Sebenarnya, apa yang paling bernilai untuk kita? Sebenarnya, apa yang paling ingin kita miliki? Bismillah. Soalan soalan begini sering mengetuk minda aku untuk aku berfikir. Jalan aku sekarang ini,jalan yang aku inginkah? Pilihan aku ini akan memberi manfaat kah kepada aku pada masa akan datang? Apa yang paling bernilai bagiku dalam hidup ini? Jaminan untuk satu rasa dan keinginan itu berkekalan selama mana? Soalan soalan ini hadir selepas diri mengakui, hidup ni takkan berakhir cuma di dunia. Dan hidup selepas ini yang panjangnya tiada akhirnya,buat aku terfikir,berbaloikah aku 'menjual' dunia? Berbaloikah perniagaan ini? Pelaburan dan saham yang aku kumpul di dunia akan ada nilaikah untuk aku hidup selesa di sini dan sana? Bayangkan satu jalan tiada akhir. Dan kehidupan kita di sana hanya bergantung kepada cara kita hidup di sini. Maksud aku, tiada satu pun apa yang boleh kita lakukan bila kita hidup di sana untuk mengubah cara hidup kita di sana. K...
Dan janganlah kamu merasa lemah,dan jangan pula kamu bersedih hati,kerna kamu paling tinggi darjatnya,jika kamu orang2 yang beriman.. (al-IMRAN:139)