Skip to main content

Posts

Showing posts with the label #ceritapendek

Pororo Dan SPM

  Ini adalah Post di FB 26.10.2013. Saya post kan di sini untuk diabadikan sebagai kenangan. The words cathode and anode were invented by Michael Faraday in 1834. They are based on Greek words meaning 'way down' and 'way up'. Faraday also invented the words cation (for the particles that move to cathode) and anion (for the particles that move to anode). Sedang duduk di meja makan yang juga secara tak rasminya meja studi, pororo bersuara, "Anis,cuba teka berapa aku gagal?" Aku yang sedang asyik menyelak helaian akhbar menjawab culas, "Semua" (dan mestilah langsung tiada percent yang aku maksudkan,cuma gurauan) Pororo yang sedari tadi memandang aku membalas, " Anis! Mu jahaat" Dan aku juga sempat menangkap suara dari ruang tamu yang menyampuk, "Hah. Tulah kerja kau. Orang kira berapa A,kau kira berapa gagal." Aku tersengih akan kebenaran hal itu. "Anis,cepatlah..." Pororo merengek lagi untuk meneka. ...

Aku Anak Murid

“Kau nampak tangki besar kat belakang tu? ” Taufiq menunjuk ke arah tangki besar di belakang asrama perempuan sambil berjalan menuju ke dewan makan dari bangunan akademik. Mereka berdua baru sahaja selesai latihan Pingpong. “Apahal dengan tangki tu? Kau jangan nak cerita bukan-bukan lagi eh. Semalam aku tak dapat tidur, gila.” Hahaha. Taufiq tergelak. Berjiwa singa konon. Pahlawan Melayu Melaka konon. “Tangki tu... Legend je boleh panjat. ” “Sape yang bangang nak panjat situ. Buat apa. Bukan ada faedah pon.” Syamil menjawab sambil mengerling ke arah tangki besar itu. Tinggi juga kalau dipandang betul-betul ni. “Kita lah yang bangang. Nanti sebelum keluar sekolah, malam terakhir lepas habis paper last Biologi nanti kita panjat, ok?” Syamil melepaskan keluhan sambil tersengih sambil menjawab: “Kau bodoh ke terlampau bijak ni?” *** “Apa kebenda entah. Dah seminggu macam ni. Takde air. Pergi kolah nak mandi bagai. Tangki besar besar kat atas tu simpan ...

Buat Adik Abang

Buat adik abang yang abang sayang, Abang nak adik tahu abang sayang adik walau abang tak pernah bagitahu adik. Abang nak adik tahu abang bangga jadi abang adik. Abang nak adik tahu adik lah penyeri keluarga kami. Abang tak pernah minta maaf bila abang gagal banyak perkara. Abang memang seorang pelajar cemerlang, tapi cemerlang abang hanya akademik sahaja. Abang gagal mengawal emosi abang. Abang gagal mengetepikan keinginan abang dan mendahulukan apa yang lebih utama. Abang pentingkan diri dan hanya tahu melarikan diri. Abang nak adik tahu banyak perkara yang abang masih sesal sampai sekarang. Abang masih sesal apabila abang menghalang adik hadir untuk pemilihan bola sepak waktu sekolah rendah dahulu. Sebenarnya abang takut. Abang takut populariti abang dirampas. Abang takut posisi abang sebagai penyarang akan bertukar ke pemain tengah sahaja. Abang masih simpan rasa sesal itu sehingga sekarang. Abang masih ingat bila abang pulang menaiki basikal pra-latihan sebelum pemil...

Cerita Lama

Kau kecik-kecik dulu nak jadi apa? Sabri memulakan perbualan di tengah-tengah padang besar sekolah tu. Harini Hari Sukan dan memandangkan aku telah bersara dari dunia atlet awal tahun tu, aku tidak mengambil bahagian dalam apa-apa acara pon. Sabri pula memang tidak suka bersukan. Aku? Eh, banyak. Mula-mula aku nak jadi juruterbang. Dahla kaya pastu terbang selalu pulak tu. Pastu aku dengar kerja Scientis bapak cool. Buat experiment je kerja. Boleh main letup-letup. Pastu aku nak jadi Motivator sebab aku suka tengok Dr. Fadzillah Kamsah dulu waktu aku kecik-kecik. Aku menjawab sambil tersengih teringat betapa suci dan lurusnya pemikiran kanak-kanak ku. “Sekarang kau nak jadi apa?” Sabri bertanya lagi sambil menguis daun-daun kering yang berguguran di bawah pokok rendang tempat kami menonton acara lumba lari 4x4 tadi. Rumah Kuning menang. Entah la weh. Aku tak tahu nak pilih mana satu. Kau tahu kan, aku nak jadi doktor bila aku masuk sekolah menengah. Mungkin sebab semua...

We're Never Alone

“I’ve been choosing the wrong path. I know I walked the wrong path. The path that I should’ve avoided because I know that this is not where I should’ve been.” “That’s not the point now. I mean it’s more than pointless talking about it. You should rather take the U-Turn now instead of blabbering. You know what, it’s good that you regret now because you still have time” “Yes, we’ve been talking about this for ages. I know. People might think you’re such a bad friend when they heard our conservation because you didn’t even let me finish what I want to say” And they smiled. “But you know me better than anyone. I don’t need to talk and be honest when you know all I need is some push. You know what, I never thank you enough for all the things you’ve done. Well, I might not look like I appreciate it, but I am sure one day I will be thankful that I’ve got a friend like you.” “Well, what’s so sudden?” “Thank you for being there behind me, acting like a superhero and a...

Biar Aku Sahaja

“Boleh tolong aku siket tak?” “Apa dia?” Meski sejak tadi berdiam diri, mulut terkunci sepi, matanya dari tadi menatap susuk tubuh yang duduk di hadapannya. “Berhenti pandang aku macam tu. Berhenti tengok aku macam aku cedera parah. Berhenti tengok aku macam aku orang yang kau kena lindung. Aku ok. Jangan risau.” Dia faham pandangan Ijad. Lagi lagi lepas Ijad nampak dia nangis habis tadi dalam bilik. Dan Ijad cuma tercegat berdiri kat situ dengan pandangan yang sama tanpa sepatah kata. Dia tahu Ijad tak perlu tanya apa-apa, Ijad tahu semua. “Tolonglah berhenti. Kau cuma buat hati aku lagi luluh.” Ijad dengan perlahan membawa pandangan ke luar tingkap. Angin berderu masuk membawa angin  sejuk yang sekali lagi menambah pedih di hulu hatinya. Terasa ingin menangis lagi sekali. “Kau tahu Nas apa buat aku rasa tak guna sekarang?”  Ijad bersuara rendah seolah-olah bercakap dengan diri sendiri. Dia mendiamkan diri. Perlahan tangannya memgang dadanya. Sak...