Sebenarnya,
apa yang paling bernilai untuk kita?
Sebenarnya,
apa yang paling ingin kita miliki?
Bismillah. Soalan soalan begini sering mengetuk minda aku untuk aku berfikir.
Jalan aku sekarang ini,jalan yang aku inginkah?
Pilihan aku ini akan memberi manfaat kah kepada aku pada masa akan datang?
Apa yang paling bernilai bagiku dalam hidup ini?
Jaminan untuk satu rasa dan keinginan itu berkekalan selama mana?
Soalan soalan ini hadir selepas diri mengakui, hidup ni takkan berakhir cuma di dunia. Dan hidup selepas ini yang panjangnya tiada akhirnya,buat aku terfikir,berbaloikah aku 'menjual' dunia? Berbaloikah perniagaan ini? Pelaburan dan saham yang aku kumpul di dunia akan ada nilaikah untuk aku hidup selesa di sini dan sana?
Bayangkan satu jalan tiada akhir. Dan kehidupan kita di sana hanya bergantung kepada cara kita hidup di sini. Maksud aku, tiada satu pun apa yang boleh kita lakukan bila kita hidup di sana untuk mengubah cara hidup kita di sana.
Kalau kat dunia miskin, kita boleh usaha itu ini. Kalau kat dunia sunyi,kita boleh cari itu ini. Kalau kat dunia susah,kita boleh mintak tolong dia mereka. Kalau kat dunia sakit,kita boleh makan ubat terus sihat.
Tapi... Kalau kat sana? Apa kemampuan kita? Tiada!
Buat aku terfikir, sanggupkah aku pertaruhkan untuk benda yang tidak sepatutnya?
Buat aku wonder, patutkah aku tinggalkan dunia untuk sesuatu yang lebih utama?
Buat aku rasa, aku tak sepatutnya mensia siakan setiap detik aku bernyawa.
Sebab aku ada satu lagi hidup yang aku takkan mampu buat apa apa kat sana!
Jadi,sebenarnya apa yang aku mahu? Apa yang aku ingin? Apa yang aku patut lakukan? Apa yang sebenarnya ada nilai? Apa yang akan membantu aku untuk hidup dengan baik dalam menjalani kedua dua kehidupan? Apa bayaran yang patut aku bayar untuk hidup dengan baik kat sana?
Dan bagaimana patut aku berbuat sekarang?
Supaya bila aku tak mampu berbuat apa, semua tetap baik sahaja.
Berbaloikah cara hidup aku sekarang? Bernilaikah pilihan aku sekarang?
Hidupku ini tidak lain tidak bukan cumalah hidup di satu perhentian.
Allahu Rabbi. Satu waktu nanti aku akan kembali. T.T

Comments
Post a Comment