“Boleh tolong aku siket tak?”
“Apa dia?” Meski sejak tadi berdiam
diri, mulut terkunci sepi, matanya dari tadi menatap susuk tubuh yang duduk di
hadapannya.
“Berhenti pandang aku macam tu.
Berhenti tengok aku macam aku cedera parah. Berhenti tengok aku macam aku orang
yang kau kena lindung. Aku ok. Jangan risau.”
Dia faham pandangan Ijad. Lagi lagi
lepas Ijad nampak dia nangis habis tadi dalam bilik. Dan Ijad cuma tercegat
berdiri kat situ dengan pandangan yang sama tanpa sepatah kata. Dia tahu Ijad
tak perlu tanya apa-apa, Ijad tahu semua.
“Tolonglah berhenti. Kau cuma buat hati aku lagi luluh.”
Ijad dengan perlahan membawa pandangan ke luar tingkap. Angin berderu masuk
membawa angin sejuk yang sekali lagi
menambah pedih di hulu hatinya. Terasa ingin menangis lagi sekali.
“Kau tahu Nas apa buat aku rasa tak guna sekarang?”
Ijad bersuara rendah seolah-olah
bercakap dengan diri sendiri. Dia mendiamkan diri. Perlahan tangannya memgang
dadanya. Sakit di dadanya semakin menikam. Hatinya dirasakan seperti belon yang
hampir pecah ditiup ke limitnya.
Ijad perlahan bangun dan duduk di sebelahnya.
“Aku rasa tak guna sebab aku tak mampu buat apa apa untuk ringankan apa
yang kau rasa sekarang. Aku tak mampu buat apa apa untuk sekurang-kurangnya kau
tak lalu apa yang kau lalu sekarang.”
That’s it. Anas nangis lagi. Allah Allah. It hurts like hell. Dan Ijad
menepuk –nepuk belakangnya perlahan.
Maafkan aku Anas. Maafkan aku.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Bapak best weh Fast Furious 6 tadi.”
“Kau bukan memang gila ke semua filem tu?”
“Yerlah. Tapi yang ni lagi gempak. Paling gempak kot.”
“Kenapa? Kereta dia ke?”
“Kau ingat time Dom lompat keluar sambut Letty? Perghh. Scene tu bapak cool
la weh.”
“Sebab tu je ke?” Ijad buat muka hambar.
“Taklah. Sebab prinsip diorang. Prinsip yang Shaw perlekehkan. Dan paling
macho, diorang stick dengan prinsip diorang no matter what happen.”
“Drive or Die.” Ijad mengajuk Dom seperti dalam movie tadi. Scene mereka
mengejar kapal terbang untuk selamatkan adik Dom, Mia merangkap isteri Brian.
“Drive or Die.” Anas meniru Brian.
Hahahaha! Gelak mereka pecah.
“Apehal sambung sengal?” Ijad bertanya.
“Kau Dom. Aku Brian. Sesuailah. Badan kau je papan.”
Ijad pandang Anas dengan muka hambar lagi. Haih. Kekanak-kanakan betul.
“Weh, lagi mahsyuk kalau sekarang kita tengah drive.”
“Kau nak buat parody ke apa?”
“Tak. Cuba kau bayang kita cakap cool macam tu. Drive or die. Dengan
pandangan penuh determination dan keyakinan. Bapak macho weh.”
Habis. Dia dah start dah merepek merapu meraban dia.
“Kau ada lesen ke?”
Riak muka Anas terus berubah. Pandangan tajam dan berdendam nampak jelas.
“Nanti aku ambik lesen, aku bawak kau drift jangan terkejut.”
“Buat apa terkejut. Tak terkejut
pun. Aku tahu kau boleh.”
Anas melepaskan keluhan berat.
“Kau kenapa?”
“Aku terfikir...”
“Apa dia?”
“Mampu ke aku nak protect family aku dan orang yang aku sayang sampai macam
tu sekali?”
“Pergghh kau biar betul. Nak bertumbuk pon tak reti.”
Anas pandang Ijad dengan muka serius.
“Fine. Aku gurau.” Ijad mengangkat tangan surrender.
Sepi. Sunyi. Burung pon tidak berkicau.
“What if I failed to protect them one day?” Anas bersuara perlahan.
“Yang tu kawan, depend pada definition protection kau.” Ijad menepuk
belakang Anas perlahan.
“Dan buat apa nak fikir pasal gagal sekarang? Sekarang kita usaha dulu.”
Ijad bangun dan menepuk nepuk seluar jeans nya.
“Jom.”
“Huh? Nak pergi mana?”
“Aku nak protect kau dari kena makan entah apa apa binatang yang ada dalam
semak kat sini. Dah
nak maghrib. Kena Balik. Mandi. Pergi masjid.”
“Badan macam playwood ada hati nak jadi hero aku.”
“Aku mutan.”
“Aku tahu power kau.”
“Apa dia?”
“Perasan”
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Genap seminggu selepas berita buruk yang hampir memusnahkan hidup Ahmad
Anas Bin Zaid. Dan genap seminggulah dia hidup dengan minum air masak je.
“Kau ni dahlah dah kurus. Sekarang makin cengkung. Dah nampak macam hantu
jerangkung dah.”
Hampir tersembur air dalam mulut dia mendengar bebelan Ijad. Buat pantun ke
apa? Jerangkung?
Ada eh hantu jerangkung? Tapi dia bukan dalam mood nak
menjawab. Tangannya cuma meletakkan kembali gelas di atas meja. Dan dengan
pandangan meminta untuk faham, perlahan dia meninggalkan Ijad.
Tangannya direntap,langkahnya terhenti mendadak, serentak Ijad
memanggilnya: Nas.
“Ijad. Tolonglah. Bagi aku masa.”
“Duduklah sekejap. Dah lama tak lepak. Sekejap je.”
“Jad, Sori. Bukan aku taknak. Tapi aku memang taknak.”
Ah sudah. Apa aku cakap macam baru keluar gua ni.
“Kau ingat tak dulu kau tanya aku soalan tu. What if i failed to protect
them?”
“Ijad.” Dia segera cuba meleraikan genggaman kemas Ijad di tangannya. Ijad
dah masuk topik ni.
Topik yang paling menghiris hatinya sekarang. Yang mampu
buat dia tak tidur malam. Yang
mampu buat dia tersentak bangun dari tidur sebab
sesak nafas. Yang mampu buat mata dia sepet kalah orang Jepun.
“Nas. Kau gagal. Kau tahu kenapa? Sebab kau pilih untuk terus gagal. Kau
fikir kau buat macam ni mak kau tak merana ke kat sana?”
“Stop it Ijad. Now.”
Perlahan Ijad melepaskan pegangan tangannya. Dan Anas menapak pergi.
“Nas, aku ada kat sini. Kau tak perlu simpan semua untuk kau sorang.”
Ijad yakin Ijad nampak air mata Anas tadi. Ah. Ayat aku keras sangat kot.
Dan genap seminggu jugalah Ijad hilang Anas. Meski mereka satu rumah, bilik
sebelah menyebelah, kongsi peti sejuk, kongsi tandas, tapi dah seminggu Anas
kunci bilik. Dah seminggu Anas tak bercakap. Dah seminggu Ijad makan takde
teman.
Anas sekarang bukan Anas dulu yang ceria dan childish. Anas sekarang Anas
yang pendiam. Anas yang terluka.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Ijad, kau ingat tak apa jawapan Dom bila Brian cakap yang mungkin Letty
dah berubah?”
“Kau tak boleh tinggalkan keluarga meski mereka tinggalkan kau.”
“Waaah. Kan aku da cakap kau Dom. Aku Brian.”
“Tu prinsip mereka kan. Family stays together. Apapun yang berlaku
keluarga. Tapi kau tahu kan yang Han, Tej, Pearce bukan asal satu family.”
“Haah. Tapi diorang anggap mereka satu team, satu family. Diorang akan buat
apa saja untuk selamatkan satu sama lain. Dan konsep tu sangat jelas dalam Fast
And Furious 6 ni kan?”
“Nas, kau nak lindung keluarga kau dari apa?”
“Semua yang tak baik. Aku taknak bagi mak bapak aku sedih. Aku taknak benda
benda buruk berlaku kat diorang. Aku taknak tengok diorang nangis. Aku nak
semuanya baik. Dunia dan Akhirat. Kalau ada apa apa jadi, biar aku je yang
tanggung semua.”
“So amat berbezalah kan dari movie ni kan?”
“Couldn’t agree more..”
Anas bersandar pada dinding. Keluhan berat dilepaskan.
Aku gagal. Gagal lindung keluarga aku. Bapak aku dituduh mengambil rasuah
Ijad! Habis selama ni
aku makan duit haram ke? Aku belajar ni duit haram ke?
Darah daging aku duit haram ke? Apa guna aku mengaji, solat, turun masjid hari
hari.
Eh jap. Bukan aku. Apa guna bapak aku buat semua tu?
Allah. Allah. Aku gagal. Apa guna aku doa siang malam mohon itu ini. Apa
guna aku doa selamatkan keluarga aku dari neraka? Apa guna aku doa solehkan
keluarga aku?
Bapak aku amik rasuah. Beri aku makan hasil duit rasuah.
Tapi bapak aku dituduh. Ah, nak tanya bapak aku benar pun aku tak mampu. Tak berani. Bukan takut.
Benci. Benci? Tapi dia bapak aku. Banyak benda dia buat untuk aku.
Nak tanya mak memang taklah. Macam mana entah mak kat sana. Kalau aku macam
ni luluh rasanya, macam mana dengan mak. Nak tanya khabar emak memang tidaklah.
Handfon nya telah dimatikan dan dicampak ke mana entah. Dia pun tidak ingat.
“Kau kena ingat. Satu hari nanti apa kita cakap akan diuji. Satu hari nanti
kau akan diuji untuk lihat sejauh mana kau nak lindung apa yang kau sayang.”
Suara Ijad tergiang-ngiang. Serentak air matanya mengalir laju.
“Waktu tu nanti, kau kena ingat. Kalau prinsip kau jelas, kalau prinsip kau
betul, misi kau benar kau tak akan tergoncang.”
Aku salah prinsip ke? Atau aku lemah sangat
nak lindung keluarga aku?
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Kau gila stadi kan?”
Mata Anas menjeling Ijad yang bersandar pada pintu.
“Aku kena belajar pandai pandai. Nak tolong keluarga aku. Kau kena ingat,
seorang lelaki itu mesti
kuat dan pandai untuk lindung keluarga dia.”
“Aku pon gila stadi.”
“Aku kan contoh teladan untuk kau.”
“Aku gila stadi sebab muslim bila dia buat sesuatu, dia buat yang terbaik.
So, bila aku main bola, aku gila main bola. Bila aku mengaji, aku gila ngaji.”
“Bila solat kau tak boleh gila. Tak sah solat.” Anas menyampuk.
Ijad bagi muka hambar.
Anas ketawa terbahak-bahak. Dia tak tahu dia ketawa sebab memang lawaknya
bapak hambar atau sebab muka Ijad yang memang hambar tu.
“Anas, kau tahu apa orang arab cakap bila berpisah?”
“Fii amanillah?”
“Betul. Dan benda tu satu doa tahu?.Tapi ada jugak orang arab cakap fii
ria’yatillah. Orang arab ucapannya sering kali dalam bentuk doa.”
Anas angkat kening sebelah tak faham.
“Maksudnya: moga dalam jagaan Allah. Kau tahu zikir mana aku suka baca bila
aku takut, bila aku
sendiri?”
“Ya Hanana?”
“Itu qasidah sengal. Bukan zikir.”
“Habis tu?”
“Nah.” Izzat melempar mp4 biru pekat kepada Anas.
“Selamat Belajar. Dan Happy Birthday.”
“Birthday aku esok. Wekk.” Anas jelir lidah.
“Kawan, It’s already 12.17 a.m”
“Hah! Kau lambat 17 minit!” Anas membuat gaya merajuk.
Tapi Ijad dengan endahnya terus menutup pintu.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----
“Hasbunallahu wa ni’mal wakeel. Wanii’mal maula wanii’man nasir.”
Ijad. Sori. Dan Terima kasih.
Aku rasa aku salah. Bukan aku yang akan lindung mereka. Allah. Bukan aku.
Bahkan untuk melindungi diri aku pon aku tidak mampu.
Semuanya kembali kepada Allah. Baik dan buruk bagi kita tak sama dengan
Allah. Sebab Dia Maha Tahu. Dan paling penting Dia tak zalim. Bab tu kena
yakin.
Anas. Kau kena belajar dari semua ini. Kalau matlamat kau tak jelas kau
boleh terus sesat. Kalau kau buang prinsip kau sekarang, kau kalah. Baru kena
hempuk siket kau terus taknak bangun? Aku tahu sakit. Bohong kalau tak pedih. Tapi
takkan nak campak terus prinsip kau. Apa yang berlaku sebenarnya Allah cuma nak
kau nampak.
Semua benda kembali kepada Dia.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Eh? Anas buat breakfast ke? Sapa kat dapur? Izzat yang baru pulang dari
taman kelihatan berpeluh-peluh. Sudah menjadi kelaziman buatnya dan Anas
berjogging pada setiap pagi hari cuti. Namun dah berapa kali dia berjogging
seorang diri.
“Assalamualaikum.” Erkk. Bapak awkward.
“Waalaikumussalam. Kau goreng telur pon hangit ke Nas ooi? Bukak tingkap
tu.”
Pergghh. Memang hilang teruslah awkward tu. Anas pandang dengan jelingan
tajam.
Hahahaha! Ijad tergelak besar. Nampaknya, Anas da balik.
“Well. It’s good to have you back. So, takpelah. Telur goreng hangit
ni pon aku sanggup makan.”
Rasa nak baling kuali hitam panas kat muka Ijad.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Ijad..”
“Hurmm..”
“Dulu, kau tahu aku salah prinsip kan. Kenapa kau tak beritahu aku direct
je?”
“Anas. Bukan prinsip kau yang salah. Tapi tak jelas. Semua orang akan buat
apa saja untuk protect apa yang dia sayang. Tapi hakikatnya apa yang kita
sayang bukan milik kita. Milik Dia semuanya.”
Anas pandang ke langit biru tempat dia sering melakar mimpi. Rumput dan
tanah menjadi katil. Aku tahu benda tu. Tapi still aku nak protect apa yang aku
sayang.
“Sapa cakap kau tak boleh protect? Lembu kalau tak tambat hilang jugak.
Tapi kalau kau dah tambat lembu tu, tapi esok pagi lembu tu hilang jugak,
persoalan dia: Salah kau ke?”
“Yerlah. Habis nak salahkan sape lagi?”
“Kau tahu apa yang lebih teruk dari asyik tuding jari kat salah orang? Kau
letak semua kesalahan kat kau. Kau persalahkan diri kau.”
“Well, seseorang mesti
bertanggungjawab. Mesti dipersalahkan.”
“Bertanggungjawab mengakui dan memperbaiki kesalahan dan kelemahan yang
memang
disebabkan dirinya. Bukan membabi buta menyalahkan diri sendiri.”
Anas diam. Anas tahu Ijad betul. Tapi Anas memang macam tu. Anas selalu put
the blame kat diri sendiri. Tompok mati kena langgar motor pon dia salahkan
diri sendiri.
Ijad buka HTC hitamnya. Kemudian dia beristi’azah lalu membaca :
“O you
who have believed, protect yourselves and your families from a Fire whose fuel
is people
and stones, over which are [appointed] angels, harsh and severe; they
do not disobey Allah in what He commands them but do what they are commanded.”
“At-Tahrim.
Ayat 6.”
Anas Hafiz. Ijad tak khatam lagi. Ijad start
hafazan tahun lepas. Anas lah Guru Al-Quran Ijad.
“Kau tahu apa jadi kat anak Nabi Nuh? Nabi Nuh doa kut kat Allah selamatkan
dari banjir besar tu. Tapi anak Nabi Nuh tenggelam jugak sebab dia tak beriman.
Kau boleh bayang tak macam mana rasa seorang ayah waktu tu?”
Anas pandang Ijad. Dia rasa dia faham apa Ijad nak sampaikan. Dan Ijad pon
tak nampak macam
nak cakap panjang lagi.
Dalam hatinya akur. Bukan Nabi Nuh je. Bahkan Nabi Lut. Dan apa agaknya rasa Nabi Adam bila tahu Qabil
membunuh Habil.
Hai.. Sungguhla, taufiq dan hidayah itu milik Allah. Iman bukan harta nak
waris waris.
Bapak Nabi Ibrahim buat berhala kut. Tapi anak dia jadi Nabi.
Patutlah Allah larang berbangga
bangga dengan keturunan. Bukan semua menurun.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Weh, esok turun Dresden nak?”
Anas menghempas dirinya di atas sofa empuk cream tu.
“Nak buat apa kat sana?”
“Tengok sejarah Perang Dunia Kedua”
“Ai.. Tetiba jer?”
“Saje.. Ijad, mak aku kol kau eh?”
“Habis, anak sendiri lupa diri.”
Aduh! Anas melempar kusyen tepat mengenai kepala Ijad yang sedang berkerja
dengan Asus
Putihnya.
“Aku kol mak aku tadi. Aku nak skype, tapi aku rasa tak mampu aku nak
tengok muka mak aku sekarang. Mak aku cakap bapak aku tengah kena siasat. Kena
tahan dalam lokap. Kesian mak aku kat rumah sengsorang.”
Anas anak tunggal. Anak emas. Mula mula waktu dapat tawaran belajar luar
Negara tu fikir panjang jugak dia. Tapi mak yang desak dia pergi. Mak kata
belajar hidup kat negara orang ni banyak hikmahnya. Belajar hidup. Belajar erti
hidup. Duduk kat Malaysia ni selesa sangat. Pergi tengok dunia luar. Kembara.
Luasakan pandangan. Tambah pengalaman. Takda apa yang rugi.
“Ijad. Kalau kau jadi aku, apa kau buat sekarang?”
Ijad diam je. Ijad tetap dengan Asus nya.
Akhirnya Anas tertidur atas sofa. Bila Ijad kejut suruh tidur dalam bilik,
Anas tak nak. Malas nak
naik katanya.
Malam tu Anas terjaga.
“Ya Allah. Permudahkan Anas Ya Allah. Apa dia rasa sekarang. Sakit pedih
buntu dia Kau hilangkanlah. Jangan bagi Anas rasa apa dia rasa sekarang.
Pikulkan bebannya ke atas aku Ya Allah. Jangan Anas Ya Allah. Jangan Anas. Biar
aku je.”
Anas tak sanggup nak dengar lagi. Anas tutup mukanya dengan bantal. Dan dia
menangis.
“Ya Allah. Jangan dengar doa Ijad. Aku taknak dia rasa apa aku rasa
sekarang. Jangan bagi dia rasa sakit aku rasa sekarang. Aku taknak tengok dia
menangis Ya Allah. Aku taknak dia lalu apa aku lalu sekarang. Dia anak yatim Ya
Allah. Kasihani dia lebih dari aku.”
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Mesti ramai gila yang tak berdosa mati kena bom kan? Dia bom satu bandar
kot. Kesan perang ni
dahsyat betul.”
“Tapi macam Jepun, semua bangkit balik. Jepun sekarang kalau kau tengok
teknologi dan pembandarannya memang gempak. Bukan setakat tu je, culture mereka
pon buat kau kagum. Negara terbersih. Rakyat Berdisplin. Kalau tak masakan Tun
Dr. Mahathir lancar Konsep Pandang
Ke Timur satu ketika dulu.”
“Tak kisah sapa kau dulu, sapa kau masa depan. Apa yang penting sapa dan
apa kau buat
sekarang.”
“Huish. Makin matang kawan aku.”
“Aduh! Takyah ah sekel aku. Nak cakap words aku penuh wisdom cakap jerlah.”
“Kira kan pemimpin waktu tu gagal melindungi rakyat Negaranya kan? Berapa
ramai yang mati pon sampai tak pasti sebab ramai sangat.”
Anas pandang Ijad.
“Kau dah jadi taksub gak ke dengan hal protect protect ni?”
Ijad cuma tersenyum. Penuh makna.
“Kau rasa orang macam aku ni, yang takda keluarga atau apa apa, apa yang
aku perlu lindung?”
Anas pandang Ijad pelik. Dah masuk lah tu bab dalam dalam sampai aku tak
faham nanti.
“Jom makan.”
Aikk? Lagi Anas pelik.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Comments
Post a Comment