"Qari dan Hafiz haruslah berperangai dengan perangai yang baik dan diredhai. Menyempurnakan perangai tersebut seperti zuhud terhadap kemewahan dunia, tidak menaruh perhatian kepada harta dunia dan para penggila dunia seraya menyedikitkan sahaja. Juga murah hati, orang yang dermawan, orangnya berahlak mulia, orangnya berwajah berseri-seri dan tidak masam. Orangnya santun, orangnya penyabar, orangnya menghindari dari pekerjaan-pekerjaan yang menghinakan dan sentiasa perindahkan dirinya, menjauhi tempat-tempat tertawa dan tidak bercanda berlebihan. Takut pada 'ujub, takut pada riya' dan takut pada hasad. Takut merendah-rendahkan orang lain dan takut takabbur dan dia sentiasa berhati-hati. Mempergunakan zikir dan doa yang ma'thur serta tasbih dan tahlil yang jelas sumbernya. Selalu ingat kepada Allah saat sepi dan damai dan menyandarkan segala urusan kepada Allah. Demikianlah sebahagian adab pembaca dan penghafaz Al-Quran yang perlu disempurnakan." -Syeikh Zainud...
Dan janganlah kamu merasa lemah,dan jangan pula kamu bersedih hati,kerna kamu paling tinggi darjatnya,jika kamu orang2 yang beriman.. (al-IMRAN:139)