Skip to main content

Jangan Tunggu Tabung Itu Penuh


Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Pasti semua pernah dengar peribahasa ini sejak kecil lagi. Peribahasa ini popular dan sinonim dengan menabung. Tujuannya untuk menggalakkan ramai menabung demi masa depan dan tidak boros berbelanja.

Tetapi saya ingin mempersembahkan peribahasa ini dari sudut baru pula. Sedar tidak sedar kita juga mampu menabung dosa. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Bam! (Bergegar otak sekejap baca idea gila saya.) Persoalannya, betul atau tidak atau sekadar kontorversi acah nak sentap?

Kawan saya pernah berpesan kepada saya tentang Hidayah. Dia kata: Hidayah itu juga perlu direbut. Kalau hidayah singgah menyapa dan kita buat tak tahu dan terus mengabaikannya maka hidayah akan pergi. Sampai satu masa hidayah dah taknak singgah lagi. T.T

Ibarat tersesat jalan kalau kita perasan jalan yang kita ambil salah, kita akan terus mencari tempat untuk membuat U-Turn kan? Apa jadi kalau kita perasan kita tersalah jalan dan terus memandu ke depan. Lama-lama destinasi yang sebenarnya kita nak tuju makin jauh makin jauh. Boleh jadi jarak antara bumi ke planet kenit Pluto. (Zaman aku kecik dulu Pluto tu planet. Sekarang panggil planet kenit. Keh keh keh. Aku bukan buat lawak hambar ok. Ada dalam laman web NASA.)

Maha Pengampunnya Allah swt, tidak kira kita datang menghadap dengan selautan dosa pun, Allah akan ampunkan dosa-dosa kita sekiranya kita meminta kepadanya. Dalam erti kata lain bertaubat. Memang ada masa datang bisikan : Buat apa nak taubat, nanti kau buat lagi. Kalau dilayan bisikan ni ibaratnya buat apa buang sampah dalam rumah, hari-hari ada sampah kan.

Tabung duit tak sama macam tabung dosa. Tabung duit ada untung macam tabung pahala. Tabung sampah berbau satu rumah sampai rumah jiran pon boleh kadang-kadang. ( Haa, jangan cerita la lawak ni. Takde kaitan ok. Remember, it's garbage can not garbage can't. Semua orang da tahu. Tapi kalau tak tahu, gelak tu control la sikit hahaha )

Sebutlah apa konsep pun. Menabung ke bercucuk tanam ke. Prinsip dia sama. Dunia ini tempat persediaan. Jadi, kalau kita terbelok sikit simpang jalan tu, jangan diendahkan rasa hati yang memberitahu perkara itu salah. Sebab fitrah kita memang sukakan kebaikan




Comments

Popular posts from this blog

I Spoke To God About You

I spoke to God about you How beauty my life has been, when you were around. I spoke to God about you How I have been absent when you cried. I spoke to God about you for all the wrong doings that now I regret. I spoke to God about you that what a beautiful creatures He has created and what a selfish blind figure I become. I spoke to God because I couldn't reach into your heart to take away the sadness now to make your heart strong and firm I spoke to God to bless you more as you deserve more than me to help you more like you help me to love you more than me to not abandon you like I did Yes, I spoke to God I know He hears me He knows what I feel.

KISAH AIR KELUAR DI CELAH-CELAH JARI NABI MUHAMMAD S.A.W

Anas Bin Malik r.a telah menceritakan bahawa satu ketika semasa berada di Zaura’,Baginda telah menyuruh para sahabat berwudhu’ dengan air yang sedikit.             Ini berlaku setelah Baginda s.a.w meletakkan tapak tangan Baginda dalam air itu,maka dengan tiba-tiba air memancar deras dari celah-celah jari Baginda.Kejadian itu berlarutan sehinggalah mereka selesai berwudhu’.                 (Riwayat Muslim no. 6082 dan al-Baihaqi dalam al-Dalail,6/136)               Dalam riwayat lain,daripada Abdillah,dia berkata, “Ketika kami dalam perjalanan bersama Rasulullah,kami telah kehabisan air.Rasulullah bertanya, “Siapakah dalam kalangan kamu memiliki air?’ Setelah kami menemui orangnya kami menyerahkan air itu kepada NAbi Muhammad s.a.w.Air itu kemudian dicurahkan oleh Baginda ke dalam wadah itu....

hamba yang bertaubat..

Pada pandangan anda, apakah agak-agaknya darjat tertinggi Allah terhadap hamba-hambaNya?Pasti kita tertanya-tanya sedangkan amatlah mudah jawapannya.Apa lagi kalau bukan darjat kecintaan daripada Allah,Tuhan Sekalian Alam.Kecintaan  daripada Allah itulah yang menjadi dambaan dan buruan para Aulia’ Allah dan Siddiqin (orang-orang yang berada di atas jalan yang benar) kerna mereka tahu dan mengerti bahawa kehidupan mereka di atas dunia ini hanyalah persinggahan semata-mata.Mengapa saya katakan dunia ini cumalah persinggahan? Rasulullah bersabda: Hiduplah di dunia seakan-akan engkau adalah seorang pengembara atau orang yang sedang menumpang lalu (Riwayat Bukhari)                 Dalam kehidupan ini,apa lagi yang kita inginkan selain daripada kecintaan Allah SWT?Tanyalah iman di dada masing-masing,apakah kita mahu diri ini menjadi hamba yang sentiasa dikasihi dan dicintai...