Assalamualaikum semua.Fuih!!Lama rasenye xaktif dalam dunia laman web.Maaf atas masalah teknikal yang tak dapat dielakkan.Rugi rasanya,seandainya pada saki baki akhir tahun ini,aku bazirkan sahaja.Seolah2 tiada apa yang berlaku.IZinkan aku pada hari ini untuk berbicara soal cinta.Hah?Khadijah cakap pasal cinta?Apasal?Tinggi sangat ke tajuknye..Saya rase tak,sbb apa yang saya tulis ni adalah atas dorongan kerana lately,saya lihat banyak sangat post tentang benda2 macam ni.So,saya nak join sekaki boleh?
Sebelum tu,Kamus dewan cakap cinta ialah luahan perasaan sayang,ingatan,rindu kepada sesuattu yang menjadi idaman hati serta membayangi perasaan dan fikiran sehingga melupakan suasan persekitaran.Faham makna cinta?..Herrmm..Islam adalah agama yang paling lengkap.Mengumpulkan seluruh kebaikan di dalamnya.Maka,islam mengikitiraf fenomena cinta.Hakikatnya,cinta terbahagi kepada tiga martabat: Cinta Agung,Cinta Sederhana dan Cinta bawahan.
Cinta agung pastinya milik Allah,cinta kepada Allah dan rasulNyaCinta sederhana cinta pada ibubapa,isteri,keluarga dan sahabat.Cinta bawahan pasti cinta yang melebihkan harta,darjat,dunia dan keluarga mengatasi cinta kepada Allah dan RasulNya.
Ader orang cakap,cinta ni salah.Ader plak yang cakap cinta kerana Allah ni xapa.Ader orang cakap..macam2 ada la.Sumpah!bercakap soal cinta,smpai esok pon xhabis lagi.Pasti banyak pertanyaan yang bertanya itu dan ini.Tapi,ingin saya tanya kalian dan saya sendiri:Mansur Al-Hallaj rela mati dibunuh kerana mpertahankan cintanya kepada Allah.Apakah kita akan berbuat perkara yang sama seandainya ada pedang yang singgah di leher ketika ini dan bertanyakan itu dan ini?Iman tidak boleh diiktiraf melalui mulut.Iman adalah apa yang tersemat di hati kita.Kemudian kita terjemah melalui amal.
Kita dialpakan dengan cinta Al-Ma'syuqat,iaitu cinta yang melalaikan tentang urusan kehidupan dan keseronokan dunia semata mata.Firman Allah Surah Al-An'am ayat44:"Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan)."
Apa guna cinta?Mengapa Allah menciptakan cinta?Cinta sebenarnya adalah satu ujian ke atas kelakuan dan sikap insan.Adakah dia memilih cinta yang mahal atau murahan.Adakah dia berlebihan atau bersederhana dlam bercinta.Adakah dia setia atau sekadar main kayu tiga.Adakah dia memilih kemuliaan atau kehinaan..
Cinta tak salah.tetapi manusia yang salah dalam bercinta.Seandainya ramuan cinta hari ini,dicampurkan dgn perasa keimanan,sudah pasti generasi hari ini adalah seperti mana generasi awal Islam.Ya bukan?Sejujurnya,saya tidak suka bicara soal cinta manusia.bicara tentang cinta Allah lebih menawan hati saya.Bicara cinta Allah membuatkan saya sedar siapa saya dan mengapa saya dicipta.
Sekadar ingin berkata.Cinta itu fitrah.Tapi saat ini,cinta itu tusukan jarum syaitan dan senjata yang berbahaya,kerna mereka tahu betapa mudahnya remaja terpedaya dengan cinta.Maka,kembalikanlah cinta itu kepada yang lebih berhak pada ketika ini kerana melalui cinta Allah,kita kan mndapat cinta manusia.Ingatlah,kerana cintalah yang membuatkan darjat kita sbg manusia ini tinggi.Jadi,apakah semudah itu untuk kamu mengatakan i love you?Perhatikanlah kaki langit saat terbenamnya matahari,apakah kasih sayang Allah turut terbenam sekali?..
Cinta dan kasih sayang manusia itu cuma setitis jika dibandingkan dengan kasih sayang Allah..
maka,jika kamu kehilangan yang setitis itu..
pasti ia tak akan menjejaskan kehidupanmu..
selagi engkau masih memiliki yang selautan itu..
cinta pada bunga,
bunga akan layu..
cinta pada harta,
harta akan habis..
cinta pada rupa,
rupa kan hodoh..
cinta pada manusia,
manusia akan mati..
cinta pada Allah..
Comments
Post a Comment