Dengan Nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang.Segala puji hanya layak bagiNya yang sentiasa menerima keampunan dan mampu mencintai kita berkali-kali walau kita mungkiri janji kita beribu kali.
Sapa nak dengar lagu?..Ada satu lagu,first time saya dengar,lagu ni terus naik dalam lagu top faveret beb.Sedap!Tak cayya??,try dengar.Native Deen-Test.Tu tajuk lagunya dan penyanyinya.Lagu rap.Saya dengar sambil baca lirik.Baru paham.Native Deen memang hebat.
Masa yang berbaki saya cuba untuk terus menerus menulis di blog sebab bila sekolah dah start,trust me, you won't have much time to spend more on fb,blog or ym.Jadi,pasti pembaca tertanya2,belajar dari alam?Bagaimana?.sebenarnya,saya terlihat tajuk ni dari sebuah majalah Solusi.Tak baca sebab tak beli.Tapi,muka depannya,cukup menarik perhatian saya dan mengajak saya berfikir sejenak.Belajar daripada alam.Macama mana Alam nak ajar kita tanpa berkata-kata.Kemudian saya teringat sahabat berkata:Kadang2 kita tak perlu ungkapkan kata-kata untuk memberitahu segalanya.
Allah lah yang sentiasa memberi saya HidayahNya.Kemudian saya membaca buku dan menemui satu ayat.Alam itu adalah alamat.Alamat yang menunjukkan sesuatu.Alamat yang menunjukkan PenciptaNya,KeagunganNya.Ye,pasti kita tahu bahwa Allah is The Creator.Kalau kita 'scan' langit untuk cari cacat cela padanya,maka pasti kita akan berkata bahwa ciptaan Allah itu sempurna.Kita pasti menyoal diri kita:kenapa manusia itu berbeza dan punya kelemahan.setiap ciptaan Allah itu berserta dengan hikmah.Hikmah yang cuma mampu dilihat dan ditafsir dengan hati.hati yang beriman kepadaNya.Cikgu pernah berkata:Perbezaan manusia itu menunjukkan Maha Hebat dan Agung Allah dalam mencipta.Kalau semua manusia sama,maka di mana kehebatan Allah itu.
Native Deen-Not Afraid To Stand Alone.Dalam lagunya,apa yang cuba disampaikan ialah jangan takut sebab Allah akan sentiasa bersama kita.Satu hari,beberapa minggu sebelum ambil result.I'm home alone.Mak takder,adik takder dan ayah kerja.Bayangkan kebosanannya!Saya keluar ambil angin.Jalan2 kat rumah.Lama dah terpeuk dalam bilik.Saya duduk kat beranda.Tengok alam.Dulu,kawasan rumah aku boleh dikatakan kat belakangnya adalah hutan.Tapi,sekarang macam2 dah ade.Ada rumah baru,ada sekolah menengah dan yang terbaru ada tempat lumba.Kalau dulu masa mula2 pindah kat rumah ni,ada banyak burung.Ada burung raja Udang,comel sangat.Ada burung Enggang jugak!!Masa tu ingat lagi,waktunya pagi.Mak sedang 'paksa' saya mengafal surah2 pilihan.Juzu' Amma lah.Dan Mak selalu pesan:Kalau ngafal Al-Quran,nanti Al-Quran tolong Anis kat Padang Mahsyar.Mayat pon tak reput,bumi tak makan.Allah lindung.Anis boleh tolong ramai orang dengan hafaz Al-Quran.Anis boleh tolong mak.Jadi,macam tulah bermulanya cerita saya sematkan dalam diri saya untuk jadi seorang yang menghafaz Al-Quran.Tapi,sayang masa saya masuk sekolah rendah,masa kakak ambil UPSR,mak kata MRSM adalah sekolah yang hebat.Dan bermula tu jugalah setiap kali saya lalu di mana-mana sekolah MRSM saya akan berkata pada diri saya sendiri:Satu hari nanti,aku akan jadi salah seorang pelajar MRSM.Betapa bila saya tamat sekolah rendah,saya terpaksa memilih cuma satu jalan.Bukan dua.Saya pilih Imtiaz.Saya nak belajar agama dulu,kemudian saya akan pindah ke MRSM.Tulah apa yang saya beritahu pada diri saya sendiri.Memujuk diri untuk terus stay di smid even masa form 1 adalah tahun yang paling sukar kerna saya telah disisihkan.
Sekarang,bila saya dah bersiap siaga untuk bertukar haluan.Ada yang menghalang.Saya belum lagi khatam.Dan mana mungkin untuk saya meninggalkan Al-Quran kerna saya telah jatuh cinta kepada keindahan Kalamullah itu.Betapa saya berperang dengan perasaan antara stay di bumi barakah tu atau beralih arah.MRSM adalah impian saya.Tapi menjadi seorang huffaz juga merupakan cita-cita saya.Apalah gunanya kalau saya terpaksa melepaskan atara dua.Kemudian,ada kata-kata yang hinggap di telinga saya.Kita tak boleh memiliki semua apa yang kita nak.Kita kena memilih dan buatlah pilihan yang terbaik kerna waktu itu tak boleh diputarkan kembali.Ya Allah,sukarnya untuk saya membuat keputusan.Betapa ketika itu juga saya takut untuk beristikharah kerana takut saya dapat jawapan ke imtiaz juga.Sya taknak stay.Cukuplah penderitaan selama 3 tahun sepanjang saya cuba mengorak langkah menujuNya.
MRSM adalah matlamat saya.Masa tu saya fikir:aku boleh ngapal Quran bila dah tamat sekolah nanti.Dan aku bukannya nak tinggal kan Quran terus.Aku ngajilah bila ada masa.Soalnya,punyakah aku masa itu?Seorang guru berpesan:Di MRSM,orang sentuh Quran cuma Surah Yaasiin,tu pon bila malam Jumaat.Bolehkah aku mengawal dan menjaga diri di sana nanti.Guru2 yang tahu niat saya ini,telah menasihati saya agar kekal di bumi Imtiaz.Masalahnya,saya telah menahan diri saya untuk menggenggam matlamat dan impian saya ini bertahun lamanya.Dan sekarang,peluang itu hadir buat kali kedua dan kali terakhir.Jika saya lepaskan yang ini,bermakna,tiada lagi peluang buat saya.Dan akhirnya,keputusannya,saya ingin teruskan perjuangan saya untuk mengkhatamkan 30 juzu'.Saya berharap inilah keputusan yang terbaik untuk saya.Seandainya saya khatam pada 2010,pasti perkara ini takkan terjadi dan saya senang hati boleh berlari di bumi MRSM pula.
Sambung topik utama,saya duduk dan berfikir tentang diri saya dan alam.Bagaimana dan apa yang alam cuba sampaikan kepada kita.Kemudian saya lihat,banyak daun2 kering yang berguguran.Dulu masa di pokok daun berwarna hijau.akan tetapi,bila rebah ke tanah,warna daun itu berubah.Mesti daun ni gugur sebab kena tiup angin.Kemudian saya sedar yang pokok tetap berdiri tegak,walau ranting patah,daun bersepah.Betapa tabah sebatang pokok merayaukan akarnya mencari air sendiri di tanah.Kemudian saya terpandang pada sekelompok burung yang terbang pulang ke sarang.Tertanya2 saya mengapa burung sering bergerak dalam kelomok.Akhirnya,saya dapat jawapan dari buku.Dia kata burung bergerak dalam kelompok kerana ingin mengelak atau 'menembus' kelajuan angin.bayangkan betapa ringannya seekor burung,pasti mana mampu untuk membelah angin.Tapi,jika bergerak dalam kumpulan dan membentuk angin,sudah pasti mereka berjaya membelah angin.Masa tu,saya lihat betapa pentingnya bersatu.Alhamdulillah sek2 burung takdok yang baloh.Ada satu mesej yang dikirimkan kepadaku tentang burung.Mesej berbunyi:The birds have nothing left at the beginning and the end of the day.But they trust in Him completing their needs.
Kemudian,saya disergah dengan suara kucing yang kuat.Ada kucing jantan lain yang cuba membelasah kucing adik saya.Terasa gak nak lok je,tapi bising bango dieorang baloh.dan adik ambe suroh jaga kucing dia molek.Masa tu saya sedar yang bintang bergaduh kerana betina.Jadi,bila manusia yang saya tonton kat tv tu sanggup berbunuh,bertumbuk hanya kerana perempuan.Saya terfikir mana akal mereka.Apa yang ditunjuk dalam tv tu cuma lakonan,tapi hakikatnya,tulah apa yang berlaku kat luar sana.
Kemudian,saya tengok pokok.Saya teringat pokok membuat makanan sendiri melalui proses fotosintesis.Macam mana yerk??Cahaya matahari dan oksigen bergabung dengan klorofil and blabla,tak berapa ingat ah,boleh jadi makanan.Dan pokok sendiri yang menyumbang oksigen kepada kita.Pernah waktu kecik2 dahulu saya bertanya ada mak:Mak,dah kalau semua poko takde,takder oksigen kita nak bernafas macam mana.Kalau semua pokok kena tebang,sapa nak hasilkan oksigen.Mak cakap takder oksigen mati tapi mak tambah gak kuasa Allah semua tu..Manusia kadang2 menjahannamkan gak alam ni.Habis semua bukit digondol,terang kawasan.Kan haiwan tinggal dalam hutan.Kalau semua hutan musnah nak bawak diri mana?Mulalah kata haiwan nak pupus,padahal salah manusia gak.Pastu kurung haiwan2 dalam zoo.Kutip duit.Adakah apa yang ada dalam kepala manusia cuma duit dan dunia.Inilah penyakit wahn.Penyakit cintakan dunia dan takutkan kematian.Ya Allah lindungilah kami daripada penyakit ini.
Kemudian saya terfikir,apa yang ada dalam tanah?pasti ade macam2.dan Allah tu Maha Melihat.Saya teringat masa saya fly dengan kapal terbang tahun lepas,bila saya pandang ke bawah rumah yang kita duduk hanya sebesar kotak mancis pada pandangan saya.sedangkan Allah itu saksi kepada segala perbuatan kita.Even perkara yang tersembunyi semuanya dalam pengetahuanNya.
And then i pluck on of the leave.Kalau mak nampak,tobat ambe kate kena sekel.Mak marah.Mak cakap:apasal pergi petik daun tu.Dia bertasbih tak henti2 kat Allah.Ko pulak petik.Dahlah nak bertasbih pon malas.saya tersenyum,maaf ye mak..Secara tak langsung,saya ambil daun tu bawak ke telinga.Hurrmm,mungkin dah tak berapa betol.tapi,saya sangat berharap yang saya dapat mendengar tumbuhan bertasbih.bayangkan,andai kata kita dapat mendengar tumbuhan bertasbih.Pasti alam ni bergema dengan tasbih yang tanpa henti.Seandainya tumbuhan diciptakan untuk bertasbih sepanjang masa,kita manusia pula pasti mengetahui diciptakan kita untuk beribadah kepadaNya.tapi,Islam ni syumul.Islam tak suruh mengetepikan urusan dunia dan menumpukan cuma pada akhirat.Islam menyuruh kita tawazun,iaitu menyeimbangkan antara dunia dan akhirat kerana kita perlu melepasi dunia sebelum ke akhirat.dan islam itu tinggi.Umat Islam perlu cemerlang dalam semua perkara,bukan di akhirat saja.Saya terfikir,seandainya kita sentiasa mengingati allah dalam setiap langkah kita.Pasti indah bukan?..Jika kita remember Allah,Allah lagilah akan remember kita.
Setakat tu sajalah.saya berharap yang segala kata2 saya tak sia2 dan saya berharap saya dan semua mengambil pengajarannya.Sahabat cakap:Hidayah ni ada,tapi kalau kita tak guna,hidayah ni akan pergi lepas begitu je..Kita ada kuasa memilih,maka buatlah pilihan yang terbaik.All f0r Allah and Islam.Wassalam.
Comments
Post a Comment