Skip to main content

Warkah Terakhir Dariku..

sahabat...
tika mata bertentang mata...
aku mula jatuh hati..
saat mulut melafazkan bicara..
aku bertekad di hati bersahabat keranaNya...

sahabat..
betapa aku mengharap..
agar kita saling berpimipinan mencari keredhaanNya..
kerana kita hidup bukan untuk selamanya..
merayu keampunan dariNya..
supaya kita terlepas dari azabNya..
lalu tergolong dalam yang golongan yang mencintaiNya..

sahabat..
manisnya ukhuwwah bersamamu..
membuat ku tidak merasa..
pahitnya perjuangan menujuNya..
indahnya bersahabat denganmu..
membuat ku terlupa akan..
dahsyatnya cemuhan manusia..

sahabat..
telah tiba saat di mana aku melangkah pergi..
sebetulnya memang bukan niatku meninggalkanmu sendiri..
tapi aku titipkan dirimu kepada Yang Maha Kuasa..
sungguh,engkau tidak akan pernah bersendirian..
Allah lah yang sentiasa bersama..

sahabat..
maafkan diriku kasih..
kerna buat diri kau menangis..
maafkan diriku teman..
andai luka semalam..
masih berbekas di relung hatimu..

sahabat,
ketahuilah..
hidup ini tak boleh dijangka..
mungkin esok maut menjemput pula,
seperti mana terjadinya perpisahan tiba-tiba..
dan selepas kesusahan itu ada kesenangan..
tiada kejayaan tanpa pengorbanan..

sahabat..
kembara hidup seorang hamba itu tidak pernah mudah..
ranjau yang dilalui pasti berliku..
keluarlah dari kegelapan yang membelenggu..
loloslah dari kesedihan yang memenjara..
moga rahmat dan kasihNya sentiasa bersama..

sahabat,
memiliki dirimu membuat hidupku terasa lebih bermakna...
berganding bahu dengan dirimu menjadikan setiap perkara terasa senang..
berjauhan denganmu membuatku merasakan hatiku hancur..
berkecai dan bersepihan..
seolah-olah ada ruang kosong yang ditinggalkan..
kesedihan yang tak terungkap dek kata..

sahabat,
pemergianku cuma sekejap..
pesanku cuma satu,
teruskanlah perjuangan kita..
kerana ini takdirku dan takdirmu..
julanglah Islam di mata dunia..
hiduplah berpaksikan Al Quran dan As sunnah..

sahabat,
indahnya persahabatan
bukan terletak pada kerapnya pertemuan...
tapi dalam doa' saudaranya..
ketahuilah,
aku mencintai kamu kerana Allah,
maka,cintailah dirimu sendiri..

sahabat,
jangan kau gusarkan akan perpisahan ini..
kerana aku yakin kita kan bertemu jua..
andai bukan di dunia ini..
di akhirat sana..
di surga yang didamba..
jika engkau terjatuh dalam lubang neraka sekalipun,
akan aku tarik kembali tanganmu
dan berjalan seiringan menuju ke syurga..

sahabat,
dengarkanlah bicaraku in,
bicara kerinduan di lautan memori..
cuma ungkapan terima kasih yang dapat terzahir..
terima kasih sahabat,
untuk setiap segala kenangan ini...
moga kita bergerak berpandukan hidayahNya..


Comments

Popular posts from this blog

Jangan kita tersungkur di Pintu Syurga kerana ego kita..

        Syurga serta segala nikmat dan kelazatannya adalah ganjaran setimpal serta kesudahan indah nan abadi bagi orang-orang yang memiliki bsifat-sifat yang terpuji di dalam diri mereka seperti tawadhu',pemaaf,pemurah dan sabar.Namun begitu,kalangan bani Adam,ada sekolompok manusia yang tidak diizinkan untuk masuk ke syurga,lantaran dosa dan maksiat yang tidak disusuli dengan taubat dan dibawa hingga ke mati.        Antara dosa yang menyebabkan mereka terhalang daripada memasuki Syurga itu adalah kerana tingginya sifat takbur dalam diri mereka terhadap Allah dan sesama manusia.Kebenaran ditolak mentah-mentah sementara sahabat dan para solihin dipandang remeh dan hina.      Sabda Rasulullah:                                  "Tidak akan masuk ke syurga seseorang yang terdapat dalam...

I Spoke To God About You

I spoke to God about you How beauty my life has been, when you were around. I spoke to God about you How I have been absent when you cried. I spoke to God about you for all the wrong doings that now I regret. I spoke to God about you that what a beautiful creatures He has created and what a selfish blind figure I become. I spoke to God because I couldn't reach into your heart to take away the sadness now to make your heart strong and firm I spoke to God to bless you more as you deserve more than me to help you more like you help me to love you more than me to not abandon you like I did Yes, I spoke to God I know He hears me He knows what I feel.

KISAH AIR KELUAR DI CELAH-CELAH JARI NABI MUHAMMAD S.A.W

Anas Bin Malik r.a telah menceritakan bahawa satu ketika semasa berada di Zaura’,Baginda telah menyuruh para sahabat berwudhu’ dengan air yang sedikit.             Ini berlaku setelah Baginda s.a.w meletakkan tapak tangan Baginda dalam air itu,maka dengan tiba-tiba air memancar deras dari celah-celah jari Baginda.Kejadian itu berlarutan sehinggalah mereka selesai berwudhu’.                 (Riwayat Muslim no. 6082 dan al-Baihaqi dalam al-Dalail,6/136)               Dalam riwayat lain,daripada Abdillah,dia berkata, “Ketika kami dalam perjalanan bersama Rasulullah,kami telah kehabisan air.Rasulullah bertanya, “Siapakah dalam kalangan kamu memiliki air?’ Setelah kami menemui orangnya kami menyerahkan air itu kepada NAbi Muhammad s.a.w.Air itu kemudian dicurahkan oleh Baginda ke dalam wadah itu....