Skip to main content

-DUNIA-


ini bukan Nujum Pak Belalang
yang tuahnya terletak pada anak
ini bukan Pendekar Bujang Lapok
yang mambangnya mambang orang
ini bukan Ahmad Albab
yang bila pintu diketuk terdiam
kerana cerita mereka hasil tulisan
yang akhirnya sudah direncanakan

dalam diam ada takdir yang menunggu
dalam resah ada musibah bakal berlaku
dalam tenang ada gelojak kekacauan jiwa
dalam tidak endah ada yang mengaturkan setiap satunya
itulah perjalanan di dunia

maka,jika kita hidup seperti musafir
yang singgah mencari bekal
agar selamat bertamu di kampung sebenar
tidaklah kita alpa dengan penjual licik
mempromosikan barang jualan agar laku di hati orang
tidak jua sibuk berbelanja membeli kemahuan
mengenyangkan nafsu dalam banjir kemewahan

zaman ini,
bebal teknologi lebih baik..
atau..
IT di hujung jari yang terbaik?
kerana,
pada tangannya ada games terkini
pada matanya tertancap facebook,twitter,youtube
pada telinganya lagu lagu berdendang rancak
dan jika dia menoleh ke kirinya
ada tv sedang terpasang
damai dalam dinginnya hawa yang membelai
sendiri punya pilihan
sendiri punya tanggungan
sendiri punya jawaban

ada kisah yang manusia tak tahu
ketika maut dan hidup berborak bersama
hidup arif bahawa manusia cinta padanya
maut faham dia dibenci oleh mereka
hidup bertanya mengapa,
maut menjawab tenang,
kerna kamu satu penipuan yang digarap indah
dan aku adalah kedahsyatan yang benar
tapi manusia adalah kebodohan azali
kecuali mereka yang tunduk patuh

sebenarnya,
doa itu menyucikan dosa
sebagaimana air mengalir
membawa pergi kotoran bersama

bagi kita pendosa,
harapan selalu ada.


Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dunia ini adalah terlaknat, terlaknat pula apa-apa yang ada di atasnya, melainkan berzikir kepada Allah dan apa-apa yang menyamainya, juga orang yang alim serta orang yang menuntut ilmu."

Comments

Popular posts from this blog

Ask God Now

This thought hit me so hard that I just can't ignore it and start to write again in this blog. You know what, think of the time when you were in trouble. Think of the time when you were sick. Think of the time when nothing went fine. Think of the time when your chest felt as if it would burst any second at any time. And remember how many times you called God to fix the thing for you. Remember how many times you asked God to make the way easy for you. Remember the time you asked God to lend you the strength to walk through the rough and cold season. And how many times did God answer your call? Every time! Each and every time! Some in ways that you can see it with your naked eye and some in ways that you could only understand if you have patience hold inside your soul. See, we are the living proof that God answers every prayer. But there will come a time when our call, our prayers will be ignored. And that's when we know everything is too late. When is that? When we alre...

hamba yang bertaubat..

Pada pandangan anda, apakah agak-agaknya darjat tertinggi Allah terhadap hamba-hambaNya?Pasti kita tertanya-tanya sedangkan amatlah mudah jawapannya.Apa lagi kalau bukan darjat kecintaan daripada Allah,Tuhan Sekalian Alam.Kecintaan  daripada Allah itulah yang menjadi dambaan dan buruan para Aulia’ Allah dan Siddiqin (orang-orang yang berada di atas jalan yang benar) kerna mereka tahu dan mengerti bahawa kehidupan mereka di atas dunia ini hanyalah persinggahan semata-mata.Mengapa saya katakan dunia ini cumalah persinggahan? Rasulullah bersabda: Hiduplah di dunia seakan-akan engkau adalah seorang pengembara atau orang yang sedang menumpang lalu (Riwayat Bukhari)                 Dalam kehidupan ini,apa lagi yang kita inginkan selain daripada kecintaan Allah SWT?Tanyalah iman di dada masing-masing,apakah kita mahu diri ini menjadi hamba yang sentiasa dikasihi dan dicintai...

5 Masalah Lidah

Apabila kita lebih banyak bercakap daripada banyak mendengar, kadang-kadang kita berlebih-lebihan. Jadi, sebagai peringatan, hendaklah kita memelihara lidah kita daripada perkara-perkara yang dilarang. Kejahatan lidah ini ada lima. 1. Berdusta- Berhati-hatilah dalam bercakap dan janganlah sehingga kita berdusta sama ada tentang kita mahupun tentang perkara yang lain. Tetapi sabda Nabi SAW bermaksud: Bukanlah dianggap pendusta orang yang mendamaikan antara manusia. 2. Mengumpat- Nabi SAW pernah bertanya kepada sahabat Baginda: Mahukah kamu aku ceritakan kepada kamu orang yang muflis? Sebenar-benar muflis itu adalah orang yang membawa amalan, tetapi amalan itu dituntut oleh orang lain kerana dia mengambil nyawa orang lain, hak orang lain, maruah orang lain. Dan apabila habis amalannya, diambil pula dosa orang lain dan diberikan kepadanya. 3. Mengingkari Janji- Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia berdusta, apabila ...