Bismillah.Aku dah banyak kali cek JPA,tapi tak boleh nak akses.Sudah sedia maklum,bukan rezeki aku untuk JPA,mahupun Petronas ataupun Yayasan.Kebetulan Zakat pon tiada pembukaan tawaran. Jadi,konklusinya,Allah masih tidak menjawab doa aku untuk Fly.It's okay.Cheers.Malaysia not bad. Hakhakhak.Masa Balqis beritahu: Khadijah,tak dapatlah.Aku cakap ok.Takpe. Lepas end the conversation aku kemas meja sebab bersepah.Tapi,otak mula fikir kenapa tak dapat.Pastu aku tanya diri aku, Oh macam ni eh reaksi aku kalau tak dapat apa yang dihajatkan?Dan hati aku mula berkata,aku yakin pada Allah. Lantas dahi aku rapatkan ke lantai,syukur aku panjatkan kepada Tuhan sambil mulut separa berbisik berkata dengan nada meyakinkan,Ya Allah,aku yakin Kau taqdirkan yang terbaik untuk aku.Aku ulang dua tiga kali sambil mata terasa hangat.Namun,apabila air ingin tumpah aku terus bangkit.Aku tidak mahu menangis kerana aku tidak pasti,aku akan menangis kerana kecewa atau aku akan menangis kerana tidak yakin d...
Dan janganlah kamu merasa lemah,dan jangan pula kamu bersedih hati,kerna kamu paling tinggi darjatnya,jika kamu orang2 yang beriman.. (al-IMRAN:139)