seketika,
damai rindu menyapaku..
mengusung memori memori lama..
bayu hiba mula sepoi-sepoi bahasa..
di bawah sedar senyum kelat terkoyak
hati diruntun peritnya kesal
aku rindu,
rindu pada diriku dulu..
aku rindu,
rindu pada diriku yang merinduiMu..
aku rindu,
rindu pada jiwa yang merindui kebaikan..
aku rindu,
rindu untuk mendekatiMu dalam kehinaan..
diri yang entah lesap bersama kekasih gelap
konon inginkan rehat setelah penat
terus dibawa ke spa idaman
cuma makanan,
hiburan
dan tidur yang ditawarkan.
tapi cukup selesa dan puas
hidup seolah tiada erti.
untuk apa aku hidup?
untuk mengerti erti bosannya dunia?
dulu kala tanggungjawab berbakul terbeban di bahu percaya
kau kata kau tidak cukup berbakat
konon takutkan amanah yang akan ditanya kelak
lantas ditolak dan bertegas dengan keyakinan
kini,
bahumu ringan tanpa kepercayaan tergalas
apakah kamu senang hidup bersenang lenang?
kebebasan inikah yang kau inginkan?
kepercumaan hidup inikah yang kau dambakan?
aku hipokrit kepada Tuhan.
aku temu jawapan tapi aku abaikan
aku ingin jawapan yang aku inginkan
bahhhhhhhh!
celaka kau dengan syaitan
yang licik menipu daya kau.
hingga iman kau surut senipis kulit bawang
esok aku berazam itu ini,
dan bila esok datang kembali,
sekali lagi kau ulang azam kau
tanpa kaki yang mula menapak
azam kau tinggal debu kotor memarut buku dosa
kau hanyut dan terus hanyut
dalam azam yang seperti buih buih disejat
kau ingin tanpa usaha
kau pinta tanpa iman
kau buat ikut syaitan
dan kau masih berkata,
ah,esok aku berubah.
esok masih ada.
tanda kiamat masih jauh
kiamat itu ada dua.
tapi dua dua kiamat itu adalah rahsia
kiamat pertama kiamat dunia
kiamat kedua kiamat hidup
kiamat dunia ada tanda kecil besar
kiamat hidup,siapa yang tahu?
apakah kau jamin esok kau akan berdiri kembali?
aku tidak tanya apakah kau jamin esok kau masih hidup lagi,
aku cuma bertanya,
apakah kau jamin esok kau akan berdiri kembali?
adakah kau jamin esok kau masih boleh melihat?
mendengar?
bercakap?
untuk kau berdiri merasai nikmat solat?
untuk kau menangis dalam sujud dahi di tanah?
untuk kau berdaya mengangkat tangan dan berdoa merayu keampunan?
untuk kau tatap baca dan hayati makna keindahan Al-Kitab?
untuk kau dengar bacaan imam imam yang membuat jiwamu tenang?
aku...
aku insaf...
tapi,aku tak terlangkah..
aku kesal masa terbazir begitu sahaja..
namun,aku tak bertindak..
aku pasti aku jauh..
jauh dari Nya..
dan,aku biarkan sahaja..
Allah,aku lemah!
aku tidak thabbit dalam ketaatan!
#jika kau tidak disibukkan dengan kebaikan,maka kau akan mudah jatuh dalam kejahatan
Comments
Post a Comment