Ada satu kejadian yang berlaku dalam masa terdekat ni yang buat saya belajar tanggungjawab seorang penulis.Saya suka menulis dan berkongsi apa yang saya nak kongsi.Saya suka bercerita agar manusia dapat pengajaran darinya.Saya suka menyebarkan agar saya pon dapat saham.Saya suka berbunga dan suka tanam bunga.Haha,sies lega bila tengok pokok yang kita tanam berbuah.Sayur yang kita semai ada hasil.Daun yang layu bila kita jirus segah balik.Tapi kalau daun mati takdenye tetiba hijau balik.Kau semua jangan lurus kayu macam aku.Punya la semangat tengok daun jadi kering sebab takda air,hari hari aku jirus dengan fikiran nanti daun kering ni jadik warna hijau balik.Luncai pon tahu even asyik main dengan labu dia,aku kepala jebat ni boleh angau pulak.Hai, kepala jebat ke kepala Pak Pandir cik kak?Hahaha.
Bila aku jirus air tiap tiap hari sambil tunggu bila daun MATI nak hijau balik,daun daun lain pon tumbuh baru dan lebat.Tapi aku yang dok fokus kat daun Mati ni,mana kesah daun baru.Janji nak selamatkan daun besar ni.Cepatla hijau.Bila nak hijau,letih aku siram,mandikan ko hari hari.Aku pon tak mandi tahu?Akhirnya,selepas beberapa minggu,otak aku mula menyambung neuron-neuron sains yang da mati akibat banyak tidor.Weh,daun ni da mati kan?Yerla,kalau da kering,kuning,matila.Habis tu,yang hang dok siram hari hari sambil doa dia hijau balik pehal?Haah ek.Kalau da mati,sel-sel semua da matila.Cell wall mati.Chloroplast mati.Vacoule kompem lenyap.Aduhai,otak baru function eh?Tula,melantak maggi berbungkus bungkus.
Sekarang,Rejab dah datang balik.Makin dekat dengan Ramadhan.Tapi,yang hairan..Ramai orang cuma nak khatamkan Al-Quran dalam bulan Ramadhan.Ramai yang bersedekah cuma dalam bulan Ramadhan.Ramai yang pergi masjid cuma dalam bulan Ramadhan.Samalah dengan kalau pergi Mekah.Nanti sampai sana aku nak doa itu ini.Nanti sampai sana aku nak qiam hari hari.Nanti sampai sana... Aku tak kata salah.Cuma macam Ustaz Zaharuddin cakapla,kenapa nak tunggu sampai Mekah baru nak doa?Kat mana mana pon Allah dengar dan kabul jer doa.Cuma yerlah, ada tempat mustajab.Ada waktu mustajab.Sama gak dengan beri salam kat Rasulullah.Ustaz Harun cakap kalau kita bagi salam kat Rasulullah dari Malaysia pun takpa. Ok.Bukan tu topik aku nak cakap.Lalut ja.
Selama ni,aku pernah baca gak tanggungjawab seorang penulis.Lagi-lagi blogger.Yang penuh macam fitnah,ketidak sahihan,kebarangkalian,gosip.Namun aku tak nafikan ada yang memanfaatkan laman laman ini dengan sebaiknya untuk mengajar,menyebar,memberitahu.Malah ada yang mencari secupak rezeki dari sini.Perkara yang menjadi persoalan ialah sejauh mana kita,sebagai penulis dan pembaca bertanggungjawab terhadap apa yang disebarkan.Penulis dalam menulis dan menyebarkan.Pembaca dalam membaca dan menyebarkan.Pokok utamanya sebaran.
Aku bagi contoh mudah.Setiap kali datang Rejab,pihak ulama' ,orang berilmu terpaksa menerangkan dan membetulkan fahaman salah yang bekaitan dengan hadis palsu.Itu tidak termasuk lagi dugaan dituduh memalsukan hadis yang sahih dan dituduh wahabi dan sebagainya.Semuanya berpunca daripada banyaknyer punca yang menyebarkan hadis yang tidak diketahui sohih atau tidak.Aku akui ramai yang menulis kerana passion,ingin mengisi masa lapang,menghilangkan kebosanan,mencari populariti,meraih undi dan macam macam lagi.Tapi,itu semua bukan alasan untuk menyebarkan perkara yang batil seperti fitnah,bukan alasan untuk menyebarkan perkara yang salah terutama dalam bab agama seperti fadhilat Rejab,bukan juga alasan untuk cerita kisah peribadi orang kat umum.Cerita kau dan dia takpa.Tapikan, nanti jadi macam promote dosa pulak.Tak ke?Entah.Fikirla sendiri.Kalau kita tutup aib orang kat dunia,nanti kat akhirat Allah tutup aib kita.Tu aib orang.Entah sesape dan memane orang lah.Law tu tetap dipakai.Takkanla kot kita nak bukak aib sendiri.Dosa kan aib jugak.
Tu cerita blogger.Tak masuk lagi bab sms.Yang sedap dok main forward mesej.Surat berantai."Kalau tidak forward mesej ni kepada sepuluh yang lain,maka akan ditimpa kecelakaan ngeri.Ini benar-benar terjadi!".Amalan entah pape entah."Baca 1kali Al-Fatihah,2 kali selawat,3 kali An-Naas sebelum melangkah keluar ambil result,insya Allah keputusan bagus.Ini adalah pesanan Syeikh Dotdot." Pastu manusia terima sms,then forward.Aku tak cakap orang lain.Aku buat gak.Tapi sekarang aku dah comes back to the sense lah.Pakai akal logik pon tak betol.Takkan gagal logik kutt..".Rezeki akan datang dengan banyak tanpa disangka sangka apabila anda........ Telah terjadi kepada seorang hamba Allah ini."
Larangan Menyebarkan Hadith Dhoif.
Ibn Hajar al-Asqalani dalam kitabnya Tabyin al-Ajab yang menggariskan syarat tambahan bagi mereka yang ingin beramal dengan hadith dhoif. Syarat tambahan itu ialah: "Tidak menghebahkannya kepada orang ramai sehingga orang-orang yang jahil menyangka bahawa amalan tersebut adalah dari hadith sahih."
Larangan MENDUSTAKAN RASUL.
"من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار"
"Barangsiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, bersiap-sedialah dengan tempat duduknya di neraka." (HR Bukhari)
Dan, sila rujuk di page DR.MAZA untuk mendalami ilmu Rejab dan Salah Faham..Pendek kata,aku umur 18 baru tahu hadis Rejab Bulan Allah dan........ adalah hadis maudhu' (palsu).Bahkan doa yang diamalkan Allahumma baariklana fii Rajabi wa Syaaban,waballighna Ramadhan merupakan hadis Dhoif.Ada syarat untuk beramal dengan hadis dhoif.Antaranya mestilah di'bayan'kan (terang) bahawa hadis itu dhoif.Dan hadis dhoif tidak boleh dimasyhurkan.
Akhir kata,dengan teknologi dihujung jari, begitu juga ilmu boleh dicari.Tapi pastikan lah sumber sohih dan jelas.Dan bertanggungjawablah dalam menulis.Moga Allah redha dengan penulisan kita dan saham saham kita ada nilainya..
Maaf seandainya bicara ku tidak kena dengan citarasa mu.. -_-"
Comments
Post a Comment