Meski panjat daku pada tangga itu
belum sampai ke puncak
namun,jika aku toleh sekilas
telah jauh langkah yang aku tapakkan.
Aku corak hidup yang aku ingin,
riang ketawa
bersama angin Cyclone
yang sekali
sekala bertiup di tengah aman.
Aku pungut apa
yang tersisa,
lalu kembali
menapak.
Aku kesah akan
jatuh bangun hidupku,
kerana tika itu
aku belajar tentang rasa
aku belajar
tentang sesal
aku belajar
tentang pilihan
aku belajar
tentang sakit
dan aku belajar
tentang hidup.
Tentang erti
hidup.
Yang berbeza
definisinya.
Lain caranya.
Yang berubah ubah matlamatnya.
Pelbagai gayanya.
Untuk tahan lelahnya belajar,
aku perlukan hati yang kuat
namun ritma keyakinanku
ada kala tinggi,
ada kala tak
kedengaran.
Moga aku bukan
zombie yang mengira duit.
Moga aku bukan
zombie yang siang malam hanya bergajet.
Moga aku bukan zombie yang angau cinta manusia.
Moga aku bukan zombie yang gila berpangkat darjat.
Moga aku bukan zombie yang lupakan Tuhan!
Aku manusia
yang ingin hidup
dalam hidup satu kali ini.
Aku manusia
yang berTuhan.
Aku manusia
yang sebenarnya hamba.
Walau dunia tak seindah dahulu,
Walau hidup
kadang bergempa,
tetap aku
bebaskan mimpi ke langit
Aku ingin hidup
aku satu kali ini,
aku hidup
dan hidupku ertinya betul.
#wesharethesamedream..kan??
Mana post baruu
ReplyDelete