Bismillahirrahmanirrahim. Terkadang bila teringat apa yang ditulis, terasa takutnya saat disoal nanti. Tapi,takkan nak berhenti sebab takut kan? Memang alasan yang sengaja jadi tembok nak dapat pahala lah kan.Kita memang kena pandang dari sudut positif, bukan cari ruang larikan diri.
Apapun,harini tulisan ini ditulis lama dahulu,tapi dalam buku yang aku taipkan semua menggunakan keyboard ni. Huilamak,keyboard warriorlah pulak aku. Aku tulis selepas mendengar radio ikim segemen Istimewa Islam Agamaku. Buat pengetahuan, segmen ini menjemput para muallaf untuk berkongsi tentang pegalaman mereka memeluk agama Islam. Alhamdulillah.
Bila aku mendengar segmen ini,selalu mereka akan menangis teresak-esak sewaktu menceritakan semua detik detik mereka mula merasai Nur Islam.
Saat waktu kalimah syahadah terlafaz,pasti mereka akan bercerita dengan sebak.
Dan aku turut sebak.
Turut rasa hiba di dada.
Turut sama ingin menangis mendengarnya.
Mereka menangis kerana rasa syukur diberi hidayah.
Dan aku ingin menangis kerana hidayah yang aku abaikan.
Mereka menagis kerana dipilih untuk hidup dalam Islam, bersama Islam.
Dan aku ingin menangis kerana tidak memilih Islam sebagai cara hidup.
Mereka menangis kerana diberi peluang untuk sujud kepada Tuhan.
Dan aku ingin menangis mengenangkan sujud yang aku tangguh dan tinggalkan.
Mereka menangis kerana gembira dapat mempelajari dan membaca Al-Quran.
Dan aku ingin menangis membilang hari yang berlalu pergi sepi tanpa Al-Quran.
Mereka menangis kerana bimbang mati tak sempat mengejar Tuhan.
Dan aku ingin menangis teringatkan langkah yang ku tapak menjauh Tuhan.
Mereka menangis kerana dahagakan ilmu untuk beramal.
Dan aku ingin menangis merenung sawang ilmu yang berhabuk bungkus.
Mereka menangis memohon ada yang membantu menyuluh jalan.
Dan aku ingin menangis kerana berpaling dari mereka yang sudi menegur.
Allah. Allah. Allah. T.T
Aku memilih sedangkan aku tahu.
Maka,tiadalah yang lebih menzalimi diriku selain aku.
Comments
Post a Comment