Kelana aku di bumi Tuhan Punya rasa yang sungguh indah Bila aku tahu Tuhan itu wujud Sentiasa ada Sentiasa dekat Aku panjangkan langkah untuk mengembara Kerana dalam kembara Punya satu harga tanpa nilai Hanya untuk dirasa Ditelan masa Kelana aku ini terkadang henti Mati tanpa tuju Tapi setelah itu Aku sedar aku adalah aku yang baru Seperti hujan membasahi tanah Kering tanpa air Namun kuasa menghidupkan itu Sebenarnya ada pada Tuhan Maka aku yakin, Kelana aku ini satu waktu akan berakhir Juga aku yakin, kelana aku ini terhenti hanya bila Tuhan mahu Namun teras segalanya, aku tahu kelana aku ini biarlah bersama hati yang tunduk pada Tuhan Kerana seandainya hatiku mati, aku tahu aku punya Tuhan. Seperti bumi rindukan hujan Aku faham kenapa terkadang Aku diuji Tuhan.
Dan janganlah kamu merasa lemah,dan jangan pula kamu bersedih hati,kerna kamu paling tinggi darjatnya,jika kamu orang2 yang beriman.. (al-IMRAN:139)