Kelana aku di bumi Tuhan
Punya rasa yang sungguh indah
Bila aku tahu Tuhan itu wujud
Sentiasa ada
Sentiasa dekat
Aku panjangkan langkah untuk
mengembara
Kerana dalam kembara
Punya satu harga tanpa nilai
Hanya untuk dirasa
Ditelan masa
Kelana aku ini terkadang henti
Mati tanpa tuju
Tapi setelah itu
Aku sedar aku adalah aku yang baru
Seperti hujan membasahi tanah
Kering tanpa air
Namun kuasa menghidupkan itu
Sebenarnya ada pada Tuhan
Maka aku yakin,
Kelana aku ini satu waktu akan berakhir
Juga aku yakin,
kelana aku ini terhenti hanya bila
Tuhan mahu
Namun teras segalanya,
aku tahu kelana aku ini
biarlah bersama hati
yang tunduk pada Tuhan
Kerana seandainya hatiku mati,
aku tahu aku punya Tuhan.
Seperti bumi rindukan hujan
Aku faham kenapa terkadang
Aku diuji Tuhan.
Comments
Post a Comment