Skip to main content

Pertemuan Yang Palingku Nanti


Bismillah. Pernah tak kita terfikir atau membayangkan apa nasib kita sesudah mati nanti? Pernah tak kita kronologikan hidup kita selepas mati nanti. Bermula dari alam kubur sehingga dibangkitkan kembali, kemudian kita akan dihisab sebelum meniti titian sirat.

Saya memang amat bersetuju bahawa orang orang yang memikirkan kematian adalah orang orang yang bijak. Dengan syarat mereka beriman kepada Allah. Beriman dan percaya bahawa akan tiba satu hari di mana kucar kacirnya itu sehingga apabila sangka kala itu ditiup,tiada lagi pertalian keluarga. Yang membawa makna huru haranya itu sehingga mereka lupa semua perkara dan cuma kisah akan diri masing masing sahaja.

(22:2)

Sebenarnya apabila kita mati, kita akan memperoleh immortality. Kerana selepas itu kita akan hidup selama-lamanya. Lama mana? Apa kata kita beri satu gambaran metafora untuk keadaan ini. Kita kutip satu butir pasir di satu padang pasir yang paling luas di atas bumi ini dan kita isi dalam satu botol. Selepas 100 ribu tahun, kita kutip lagi satu biji pasir dan kita isikan lagi dalam botol yang sama. Kita ulang perkara yang sama sehingga semua biji pasir di padang pasir yang luas itu habis kita kutip dan simpan dalam ribuan botol. Berapa lama jangkaan waktu yang diperlukan? Infinity bukan?

Immortality ini boleh jadi satu perkara yang paling indah atau mimpi paling ngeri untuk kita. Setuju bukan? So,let’s decide for the best before we do something. We have to pay for the price later on.

Namun saya bukan ingin mengajak kita semua membayangkan tentang kedahsyatan Hari Kiamat atau the-endless-life-we-gonna-have. Saya ingin ajak kita semua membayangkan satu perkara paling indah yang wajib menjadi impian semua orang beriman. Tentang pertemuan pertama dengan Nabi saw.

Nabi saw memberitahu kita untuk bertemu dengan Baginda di tengah tengah haru biru itu di Telaga Al-Kauthar. Kerana waktu itu kita semua akan merasa dahaga yang amat. Dan seteguk air sejuk dari Telaga Al-Kauthar akan menghilangkan dahaga kita buat selamanya.

Bayangkan ketika yang lain lupa akan segala-galanya kerana ketakutan yang amat, kita pula tahu ke mana tujuan kaki kita melangkah. Kita cepatkan langkah bukan kerana ingin menghilangkan dahaga. Tapi untuk pertama kalinya, inilah peluang kita. Peluang kita untuk bertemu kekasih Allah yang paling agung. Untuk kali pertamanya setelah selama ini kita cuma membayangkan susuk wajah tubuh Baginda daripada pembacaan buku dan cerita cerita ustaz, kita dapat melihat sendiri dengan mata sendiri.

Wajah Baginda yang dikatakan seperti bulan apabila tersenyum sedang menyambut kita. Sedang menunggu kita di situ. Dan Baginda akan memberi salam tanpa sempat kita memberi salam dahulu. Dan sungguh, waktu itu kita tahu sebenarnya wajah Baginda jauh lebih kacak, lebih bercahaya dari apa yang digambarkan. Lalu kita dapati bersama Baginda di situlah para sahabat yang lain. Bersama Nabi saw di situlah para syuhada’ yang keberanian mereka mengangkat panji Allah diketahui berzaman zaman.

Sungguh, waktu itu kita berharap Nabi saw akan tersenyum gembira kepada kita. Sungguh, waktu itu kita berharap Nabi saw akan mengenali kita seperti mana Baginda mengenali para sahabat yang lain. Dan kita berharap kitalah antara mereka yang Nabi saw rindu untuk bertemu.

Kemudian Nabi saw akan menghulurkan segelas air dari Telaga Al-Kauthar untuk kita. Dan dengan Bismillah kita minum air dari Syurga itu.

Dan aku ingin sekali bertanya dan meminta kepada Nabi menceritakan semuanya. Tentang jihad Baginda. Tentang hidup Baginda. Tentang kasih Baginda. Dan aku akan mendengar berulang kali lagi tanpa rasa bosan. Seperti mana kisah-kisah Nabi saw yang kita dengar berulang kali sewaktu hidup tanpa jemu sewaktu hidup. Kisah hidup Nabi saw yang kita contohi dan pelajari segala kebaikan di dalamnya. Kisah perjuangan Nabi saw yang membakar semangat.

Dan aku ingin sekali mengucapkan terima kasih kepada Baginda saw untuk segalanya. Untuk risalah Islam yang sampai. Untuk cara hidup yang dijadikan teladan. Untuk semangat yang aku rasa sewaktu hidup. Aku ingin sekali menyampaikan rasa berterima kasih itu.

Dan kemudian aku ingin berjumpa dengan Ahli Bait Baginda. Khadijah. Aisyah. Fatimah. Hassan dan Hussin. Dan aku ingin berjumpa para sahabat. Abu Bakr. Umar. Uthman. Ali. Khalid. Abdul Rahman. Saad ibn Waqqas dan beribu lagi. Juga aku ingin bertemu dengan wanita wanita mulia yang sejarahnya diketahui berkurun lamanya. Khadijah.Aisyah. Fatimah. Sumayyah dan beribu lagi.  Kemudian aku ingin bertemu Salahuddin Al-Ayubi. Sultan Muhammad Al-Fatih. Imam Syafii. Hassan Al-Banna dan berjuta lagi.

Perkara ini apabila difikirkan akan meremang bulu roma. Air mata tanpa dapat ditahan merembes keluar.

Bagaimana sekiranya nanti, langkah aku akan dilambatkan oleh dosa-dosa yang membelenggu di buku laliku? Bagaimana nanti sekiranya, perjalananku ditahan oleh malaikat kerana dosa-dosaku sewaktu ku hidup? Bagaimana nanti sekiranya apabila aku sampai di tengah tengah orang ramai itu dan mataku terhijab daripada melihat Nabi? Dan bagaimana sekiranya apabila Nabi memandangku Nabi tidak tersenyum kepadaku? Bahkan Nabi tidak mengecam aku sebahagian dari Umat Baginda saw kerana kurangnya aku mengingati dan berselawat kepada Baginda saw sewaktu aku masih hidup? Dan bagaimana nanti ketika Nabi saw menghulur gelas berisi air itu, Nabi saw dihalang oleh Allah kerana Allah masih murka dengan cara aku hidup dulu.

Allah. Allah. Itu belum lagi aku membayangkan hari di mana orang orang beriman akan dapat melihat wajah Engkau nanti.

Dan nanti sewaktu mereka bertukar cerita tentang kisah hidup mereka, bagaimana mereka menggunakan hidup mereka untuk menegakkan Islam, aku pasti akan tertunduk malu. Dan nanti sewaktu mereka dipuji Rasulullah di hadapan seluruh ummat, aku pasti akan cemburu. Dan nanti sekiranya Rasulullah bertanya tentang ceritaku pula, aku pasti cuma mampu menangis tersendu-sendu.

Maafkan aku wahai Rasululllah saw kerana kelemahanku.

Wahai Allah, anugerahkan kami satu kehidupan yang membuatkan kami layak untuk bertemu dengan Engkau dan Rasul-Mu ya Allah.


Sungguh, itu hari di mana kami akan duduk bersama apa yang kami cintai sewaktu hidup. Maka, isikanlah hati hati kami cuma dengan rasa cinta kepada Mu dan Rasulullah Ya Allah. 

Insipiration from video from the merciful servant. Do You Know Muhammad saw. Mohon tonton jika berkesempatan.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Naruto Shippuden

I know I supposed to quote from the GREATEST BOOK, but it seems that it's okay to just make it fun to quote from Naruto. (Naruto Goes to War) -Sorry I’m late. I got lost on the road of life. Hatake Kakashi~ -Those who betray ninja rules are trash… but those who betray their comrades are worse than trash. Uchiha Obito~ -To know what is right and choose to ignore it is the act of a coward. Hatake Kakashi~ -A hero always arrives late. Uzumaki Naruto~ -There’s no meaning to a flower unless it blooms. Ino Yamanaka~ -So shut up about “destiny” and “inescapable fate”….You shouldn’t whine about such trivial stuff! Cause… unlike me… you’re not a “FAILURE.” Uzumaki Naruto~ -A dropout will beat a genius through hard work. Rock Lee~ -I am strong because I have people to protect. Uzumaki Naruto~ -In order to escape a road of solitude, one has to work hard, and forge a new path with their own power!. Sabakuno Gaara~ -When people are pr...

KISAH AIR KELUAR DI CELAH-CELAH JARI NABI MUHAMMAD S.A.W

Anas Bin Malik r.a telah menceritakan bahawa satu ketika semasa berada di Zaura’,Baginda telah menyuruh para sahabat berwudhu’ dengan air yang sedikit.             Ini berlaku setelah Baginda s.a.w meletakkan tapak tangan Baginda dalam air itu,maka dengan tiba-tiba air memancar deras dari celah-celah jari Baginda.Kejadian itu berlarutan sehinggalah mereka selesai berwudhu’.                 (Riwayat Muslim no. 6082 dan al-Baihaqi dalam al-Dalail,6/136)               Dalam riwayat lain,daripada Abdillah,dia berkata, “Ketika kami dalam perjalanan bersama Rasulullah,kami telah kehabisan air.Rasulullah bertanya, “Siapakah dalam kalangan kamu memiliki air?’ Setelah kami menemui orangnya kami menyerahkan air itu kepada NAbi Muhammad s.a.w.Air itu kemudian dicurahkan oleh Baginda ke dalam wadah itu....

A Glimpse of My 2019

2019 was so full of hatred, anger and bitterness that I almost couldn't afford to stay calm and be patient all the time. This also leads me to cut off a couple of relationships. See, when you fill yourself with negative energy, you are not capable to neutralize them anymore when people throwing them at you. Instead, the negative energy within you will either be charged or triggered by those toxic people. I couldn't deal with the source of pain that caused me anger, hatred and bitterness at the moment no matter how hard I try. But I couldn't afford myself to stay angry all the time. So, I distant myself from them. Those who are dishonest hypocrites, condescending, manipulative and sarcastic jerks. I try to ignore the sarcasm, the lie and the acting by pretending I don't understand or know nothing about it. But here's the thing: I always know. I just don't really care. They don't hurt me but I don't want their toxic words and behavior to fuel the fire I ...