Bila masjid tempat kami berbuka sekeluarga itu menggemakan takbir, takbir tanda kemenangan, hatiku hiba terus. Bukan. Bukan kerana ini Ramadhan terakhirku bersama mereka. Bukan. Bukan kerana aku rasa telah mensia-siakan Ramadhan kali ini.Bukan kerana Ramadhan telah pergi dan syaitan mula berlari lagi. Tapi, aku hiba kerana aku tidak tahu apakah aku akan bertemu lagi Ramadhan tahun hadapan. Aku hiba kerana boleh jadi ini Ramadhan terakhir hidupku. Tapi aku tidak tahu. Aku mungkin akan berkata Ramadhan ini telah aku lalui dengan jayanya. Aku mungkin akan berkata Ramadhan ini Ramadhan terbaik dalam kehidupanku. Ya,aku mungkin akan berkata begitu seandainya tidak sampai kepadaku tentang salah satu tanda kecelakaan diri. Tanda celakanya seseorang itu adalah apabila dia terkenang kenang akan kebaikan yang dilakukannya sedang dia tidak tahu Allah saw terima atau tidak kebaikannya. Haa. Itu dia. Allahu Allah. Jadi, tidak hairanlah 6 bulan sebelum Ramadhan para sahabat akan berdoa moga dip...
Dan janganlah kamu merasa lemah,dan jangan pula kamu bersedih hati,kerna kamu paling tinggi darjatnya,jika kamu orang2 yang beriman.. (al-IMRAN:139)