Senyum. Ramadhan bakal meninggalkan kita sekali lagi. Dan sememangnya rugi seorang muslim itu apabila Ramadhan pergi,namun dosanya masih tidak diampuni. Maka, di malam-malam terakhir terawih ini, ayuh panjatkan doa kepada Tuhan, moga Dia memilih kita seperti yang lain agar Ramadhan tinggalkan kita dengan satu tarbiah yang subur sehingga kunjungnya lagi tahun hadapan.
Mendepankan hakikat bahawa mungkin ini puasa kali terakhirku di tanah air tercinta bersama keluarga (moga-moga, amin), andai rezekiku beraya di perantauan tahun hadapan, aku dengan berlapang dada menikmati setiap saat ini. Aku memberikan sehabis baik, merakam cuma yang baik baik, menyimpan apa yang indah untuk satu masa nanti aku kenang sambil tersenyum dan bersyukur aku pernah diberi kesempatan dan peluang sebaik itu. Semua itu aku buat dalam sedar.
Bahkan aku juga sudah mula menulis satu senarai panjang apa yang aku ingin lakukan sebelum aku berangkat. Itu hasilnya, apabila aku mula berfikir ini mungkin kali terakhir kesempatan ini hadir.
Justeru bila aku mengambil masa untuk berfikir sejenak, aku diketuk hakikat perbuatanku sendiri. Hakikat bahawa sebenarnya aku sedang mempersiapkan diri untuk satu perjalanan panjang, jauh dan penghujungnya aku tidak tahu bagaimana. Tapi, alangkah ruginya aku kerana perjalanan itu arahnya dunia semata. Lalu Dia menegurku sebelum aku tersadung untuk aku betulkan tuju aku cuma kepadaNya.
Ada waktu bila aku menyeru Tuhanku, " Wahai Allah... Ampuni aku." dengan hanya empat perkataan pendek itu, bahuku terhinggut hinggut menahan esak. Ada waktu perkataan itu memberat, seolah bahuku dihempap bumi, tertunduk aku malu kerana aku merayu sekali lagi agar dosaku diampuni biarpun sebelum ini aku berjanji untuk tidak berpaling lagi. Ada waktu lidah aku cuma mampu menyebut memohon yang itu : Ampuni aku. Ampuni aku. Berulang kali. Tiada hajat lain. Tiada hajat lain melainkan dengan seluruh jiwa ragaku aku berharap agar Tuhan sudi memandang dan mendengar penyesalanku lagi.
Namun ada waktu, bacaan doaku itu cuma hafalan, terlontar di hujung lidah tanpa aku memaksudkannya. Ritual selepas solat. Namun ada waktu, aku dapati diriku selesa dengan dosa tanpa sedikit rasa sesal pun yang bercambah di hujung reranting sedar. Namun ada waktu, aku dapati diriku kosong tiada berjiwa tanpa arah tapi lidah masih melafaz doa.
Benar, aku sentiasa ingin berubah. Berubah menjadi lebih baik dari semalam. Berlari meninggalkan lopak kesan kotoran jahiliyyah yang aku sendiri calitkan pada tubuh badan. Namun terkadang aku lelah, berhenti mengambil nafas tapi sebenarnya cuma alasan untuk menghirup udara normal tanpa rahmat. Ya. Itu masalah diriku. Aku sering lupa bahawa nafasku inilah rahmat terbesar hidupku. Seandainya nafasku terhenti, apa yang aku bawa untuk bertemu Tuhanku nanti?
Tapi dengan bernafaslah, aku merobek lumat setiap detik peluang yang Tuhan berikan aku untuk bertaubat dengan menghumban diriku ke jalan yang bagiku senang penuh bahagia. Dengan bernafaslah, aku lupa aku perlu kepada udara seperti mana jiwaku perlu dikembalikan kepada Tuhan. Dengan bernafas, aku berjalan di atas muka bumi Tuhan dalam keadaan tanah mengeji diriku yang lupa diri, bumi benci aku berlegar di atas perutnya. Tapi dengan bernafas jualah, aku sedar itu bukti Tuhan itu sangat Penyanyang.
Dan untuk Ramadhan yang hadir lagi dan lagi ini, aku percaya bukan Ramadhan sahaja bulan untuk beramal. Bukan Ramadhan sahaja kita akan berlumba berbuat kebaikan. Seperti kau yang sudah terbiasa mendirikan solat malam akan mendapati mudah untuk mendirikan malam malam dalam bulan Ramadhan. Seperti kau yang sudah terbiasa berpuasa sunat akan mendapati mudah untuk berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan. Seperti kau yang sudah terbiasa jemaah 5 waktu lengkap akan mendapati senang untuk melangkah tanpa dipaksa.
Kerana bukan kerana Ramadhan datang kau buat. Tapi it's in your blood. Hoho.
P/s: Kesempatan ini Eidun Said, Yaumul Mubarak kepada semua tak kira di mana anda berada. Jangan sedih tak dapat beraya bersama keluarga. Bersyukurlah sebab dapat merasa Raya di negara orang lain macam mana. Taqabballahu minna wa minkum, taqabbal ya Karim.

Comments
Post a Comment