Skip to main content

Kerana Hidup Bukan Satu Bulan


Bila masjid tempat kami berbuka sekeluarga itu menggemakan takbir, takbir tanda kemenangan, hatiku hiba terus. Bukan. Bukan kerana ini Ramadhan terakhirku bersama mereka. Bukan. Bukan kerana aku rasa telah mensia-siakan Ramadhan kali ini.Bukan kerana Ramadhan telah pergi dan syaitan mula berlari lagi. Tapi, aku hiba kerana aku tidak tahu apakah aku akan bertemu lagi Ramadhan tahun hadapan. Aku hiba kerana boleh jadi ini Ramadhan terakhir hidupku. Tapi aku tidak tahu.

Aku mungkin akan berkata Ramadhan ini telah aku lalui dengan jayanya. Aku mungkin akan berkata Ramadhan ini Ramadhan terbaik dalam kehidupanku. Ya,aku mungkin akan berkata begitu seandainya tidak sampai kepadaku tentang salah satu tanda kecelakaan diri. Tanda celakanya seseorang itu adalah apabila dia terkenang kenang akan kebaikan yang dilakukannya sedang dia tidak tahu Allah saw terima atau tidak kebaikannya. Haa. Itu dia. Allahu Allah.

Jadi, tidak hairanlah 6 bulan sebelum Ramadhan para sahabat akan berdoa moga dipertemukan dengan Ramadhan. Bulan yang di dalamnya pahala dilipat gandakan. Dan 6 bulan selepasnya para sahabat akan berdoa moga semua amal ibadah mereka di bulan Ramadhan diterima Allah saw. Begitu aku dengar di satu segmen radio ikim fm bersama Habib Ali sebulan lepas.

Sejujurnya aku berharap Ramadhan kali ini benar benar dapat menyekolahkan aku tentang hidup sebagai hamba. Tantang fitrah yang berlumba lumba inginkan kebaikan. Tentang jalan kembali mencari Tuhan. Aku berharap fasa tarbiah selama sebulan ini benar benar subur, mekar tumbuh di atas tanah iman. Akar akarnya menyelirat kukuh berpasak teguh, utuh untuk menahan badai. Kerana hasilnya aku tahu dahan akan terapung di awan, berbuah di pohon, rimbun. Seperti saja pokok yang dijaga rapi, begitu jugalah perumpamaan jiwa yang solih.

Jadi, ayuh berharap bahawa kita telah berusaha mendidik nafsu untuk tunduk, merajakan iman di hati dan akal, kerana kita nahkoda pelayaran hidup kita sendiri. Andai tersalah caturannya, nahkoda itu mungkin dapat menyaksikan kapalnya karam, atau kalah diserang lanun. Lanun mungkin akan merancang untuk menyerang kapal yang besar, kuat dan bernilai namun tidak sama tentangan yang mereka dapat sewaktu mereka cuba untuk menawan dan menyerang bot bot kecil bukan? Bahkan bukan mudah. Bahkan risikonya juga tinggi. Bahkan habuan mereka juga berbeza.

Kita nanti tidak cuma akan ditanya apa yang kamu buat di bulan Ramadhan. Kita nanti saat di hisab tidak hanya dipandang pada bagaimana kita hidup di bulan Ramadhan. Itu seharusnya kita ingat. Kerana hidup bukan satu bulan.

Ahlan Syawal. Ilal Liqa' Ya Ramadhan.

Comments

Popular posts from this blog

I Spoke To God About You

I spoke to God about you How beauty my life has been, when you were around. I spoke to God about you How I have been absent when you cried. I spoke to God about you for all the wrong doings that now I regret. I spoke to God about you that what a beautiful creatures He has created and what a selfish blind figure I become. I spoke to God because I couldn't reach into your heart to take away the sadness now to make your heart strong and firm I spoke to God to bless you more as you deserve more than me to help you more like you help me to love you more than me to not abandon you like I did Yes, I spoke to God I know He hears me He knows what I feel.

KISAH AIR KELUAR DI CELAH-CELAH JARI NABI MUHAMMAD S.A.W

Anas Bin Malik r.a telah menceritakan bahawa satu ketika semasa berada di Zaura’,Baginda telah menyuruh para sahabat berwudhu’ dengan air yang sedikit.             Ini berlaku setelah Baginda s.a.w meletakkan tapak tangan Baginda dalam air itu,maka dengan tiba-tiba air memancar deras dari celah-celah jari Baginda.Kejadian itu berlarutan sehinggalah mereka selesai berwudhu’.                 (Riwayat Muslim no. 6082 dan al-Baihaqi dalam al-Dalail,6/136)               Dalam riwayat lain,daripada Abdillah,dia berkata, “Ketika kami dalam perjalanan bersama Rasulullah,kami telah kehabisan air.Rasulullah bertanya, “Siapakah dalam kalangan kamu memiliki air?’ Setelah kami menemui orangnya kami menyerahkan air itu kepada NAbi Muhammad s.a.w.Air itu kemudian dicurahkan oleh Baginda ke dalam wadah itu....

hamba yang bertaubat..

Pada pandangan anda, apakah agak-agaknya darjat tertinggi Allah terhadap hamba-hambaNya?Pasti kita tertanya-tanya sedangkan amatlah mudah jawapannya.Apa lagi kalau bukan darjat kecintaan daripada Allah,Tuhan Sekalian Alam.Kecintaan  daripada Allah itulah yang menjadi dambaan dan buruan para Aulia’ Allah dan Siddiqin (orang-orang yang berada di atas jalan yang benar) kerna mereka tahu dan mengerti bahawa kehidupan mereka di atas dunia ini hanyalah persinggahan semata-mata.Mengapa saya katakan dunia ini cumalah persinggahan? Rasulullah bersabda: Hiduplah di dunia seakan-akan engkau adalah seorang pengembara atau orang yang sedang menumpang lalu (Riwayat Bukhari)                 Dalam kehidupan ini,apa lagi yang kita inginkan selain daripada kecintaan Allah SWT?Tanyalah iman di dada masing-masing,apakah kita mahu diri ini menjadi hamba yang sentiasa dikasihi dan dicintai...