Sejak mula lagi
aku tahu bukan mudah
untuk hidup sebagai
pengecut
takut apa orang kata
takut tak berjaya
takut tak punya sesiapa
Bahkan aku tahu bukan
mudah
hidup terluka
bernafas kecewa
Bukan mudah juga kadang
kadang bila tidur bermimpi indah
apabila terjaga
tiada apa yang berubah
mimpi yang tinggal mimpi
tapi kita harus berdiri
lagi
Maka aku memilih untuk
tahu
tahu apa yang perlu
dipentingkan
dan apa yang patut
diendahkan
Aku bukan lagi si kecil
pengecut
yang hidup dalam kotak
gelap
aku telah putuskan
sendiri
rantaian belenggu yang
menyekat
Dan aku biarkan luka itu menempa diri
untuk mendefinisi siapa diri
juga membawa satu tanda
Bahawa aku seorang pejuang
yang pernah bertahan
di saat dunia ku lihat hitam
Comments
Post a Comment