Pada pandangan anda, apakah agak-agaknya darjat tertinggi Allah terhadap hamba-hambaNya?Pasti kita tertanya-tanya sedangkan amatlah mudah jawapannya.Apa lagi kalau bukan darjat kecintaan daripada Allah,Tuhan Sekalian Alam.Kecintaan daripada Allah itulah yang menjadi dambaan dan buruan para Aulia’ Allah dan Siddiqin (orang-orang yang berada di atas jalan yang benar) kerna mereka tahu dan mengerti bahawa kehidupan mereka di atas dunia ini hanyalah persinggahan semata-mata.Mengapa saya katakan dunia ini cumalah persinggahan?
Rasulullah bersabda: Hiduplah di dunia seakan-akan engkau adalah seorang pengembara atau orang yang sedang menumpang lalu
(Riwayat Bukhari)
Dalam kehidupan ini,apa lagi yang kita inginkan selain daripada kecintaan Allah SWT?Tanyalah iman di dada masing-masing,apakah kita mahu diri ini menjadi hamba yang sentiasa dikasihi dan dicintai Allah?Jawapannya pasti YA!Namun, apakah jalan dan amalan yang kita lakukan bagi mendapat dan membuat Allah sayang dan kasih akan kita?
Jadi,kita mestilah bertaubat dengan taubat nasuha.Bukankah jiwa ini perlu sentiasa digilap dan dicuci daripada kekotoran dan sifat2 mazmumah yang tercela.Apakah itu taubat nasuha?Taubat nasuha ialah kita memohon dan merayu-rayu agar Allah mengampun dosa-dosa yang telah kita lakukan dan bertekad untuk tidak lagi mengulang kembali untuk selama-lamanya.
Firman Allah Taala:
“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang menyucikan dirinya.”
(Al-Baqarah:222)
Pernahkah anda mendengar mengenai ‘ibadur Rahman iaitu golongan hamba Allah SWT yang baik dan dimuliakan oleh Allah.Ketahuilah wahai sahabat sekalian,salah satu daripada ciri-ciri atau sifat ‘ibadur Rahman itu adalah banyak bertaubat dan memohon keampunan atas segala dosa-dosanya bukan tau buat sahaja.
Firman Allah Taala:
“katakanlah!Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap dirinya sendiri,janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”
(Az-Zumar:53)
Rasulullah bersabda: Jika kamu melakukan kesalahan sehingga kesalahan kamu memenuhi langit,kemudian kamu bertaubat,nescaya Allah akan menerima taubat kamu”
(Riwayat Ibnu Majah daripada Abu Hurairah)
Firman dan Hadis di atas membuka pintu pengharapan kepada setiap pelaku dosa agar mereka jangan berhenti,jemu atau kecewa untuk memohon rahmat serta keampunan Allah Yang Maha Pengampun.Orang yang tidak mahu meminta keampunan adalah orang yang sombong kerna mereka bukan sahaja berani berbuat kemungkaran bahkan tidak takut akan azab yang telah dijanjikan oleh Allah itu.
Apabila seorang hamba pasrah serta bertekad untuk memulakan langkahnya menuju keredhaan Allah,maka Allah akan memandangnya dengan pandangan penuh rahmat dan kasih sayang.Di atas sana,Tujuh petala langit,sejumlah malikat al-muqarrabin yang tidak terhitung banyaknya diperintahkan oleh Allah untuk menyambut dan meraikan si hamba bertuah ini dan mendoa’kan untuknya.Subhanallah!!Sungguh,Allah itu Maha Penyayang.
Alangkah nikmat dan indahnya apabila kita dapat menghubung dan mendekatkan diri kepada Allah SWT,Tuhan yang menyifatkan diriNya dengan sifat Maha Pengampun dan Maha Menerima Taubat.Nas alukallahu minfadhlik.
Comments
Post a Comment