Kita sentiasa hidup dalam ketakutan. Takut dengan masa depan. Takut untuk memilih kerana takut akan kegagalan. Takut untuk membuat pilihan kerana tidak pasti pilihan yang dibuat terbaik untuk kita atau tidak. Yang kita ada cuma keyakinan dan semangat. Yakin yang selepas kita beristikharah dan bermusyawarah, inilah jalan yang terbaik untuk kita. Yakin yang Allah sedang memandu kita menuju yang terbaik. Yakin yang pertolongan Allah itu hampir. Dan apa yang kita perlu buat ialah usaha dan usaha dan usaha. Tapi terkadang ragu sering kali menguasai hati. Jalan terbaik itu pastilah jalan yang membawa kita lagi dekat kepada Allah tapi dalam masa yang sama kita bersifat qanaah dengan dunia. Bagaimana ingin menuju ke akhirat seandainya jalan dunia kita haramkan. Ini musim para pelajar akan memulakan satu kehidupan baru. Musim pendaftaran di universiti baik awam mahupun swasta. Ada di antara kita ditawarkan kos yang kita impikan, tapi ada juga yang mendapat kos yang bukan dalam pilihan. A...
Dan janganlah kamu merasa lemah,dan jangan pula kamu bersedih hati,kerna kamu paling tinggi darjatnya,jika kamu orang2 yang beriman.. (al-IMRAN:139)