Skip to main content

Bebaskah Aku?


Kita sentiasa hidup dalam ketakutan. Takut dengan masa depan. Takut untuk memilih kerana takut akan kegagalan. Takut untuk membuat pilihan kerana tidak pasti pilihan yang dibuat terbaik untuk kita atau tidak.

Yang kita ada cuma keyakinan dan semangat. Yakin yang selepas kita beristikharah dan bermusyawarah, inilah jalan yang terbaik untuk kita. Yakin yang Allah sedang memandu kita menuju yang terbaik. Yakin yang pertolongan Allah itu hampir. Dan apa yang kita perlu buat ialah usaha dan usaha dan usaha.

Tapi terkadang ragu sering kali menguasai hati. Jalan terbaik itu pastilah jalan yang membawa kita lagi dekat kepada Allah tapi dalam masa yang sama kita bersifat qanaah dengan dunia. Bagaimana ingin menuju ke akhirat seandainya jalan dunia kita haramkan.

Ini musim para pelajar akan memulakan satu kehidupan baru. Musim pendaftaran di universiti baik awam mahupun swasta. Ada di antara kita ditawarkan kos yang kita impikan, tapi ada juga yang mendapat kos yang bukan dalam pilihan. Ada juga yang menyambung pengajian semata-mata kerana kehendak orang lain terutama ibubapa. Ada juga yang sanggup memberhentikan pengajian semata-mata untuk mengejar impian.

Apapun dan bagaimanapun kita sentiasa mengharapkan yang terbaik, memberi yang terbaik dan menunggu hasil yang baik-baik. Siapa suka dengan kegagalan walaupun kadang-kadang dari gagal kita belajar menjadi orang yang menang. Siapa suka waktu susah walaupun kadang kadang waktu susah mendekatkan kita kepada Tuhan.

Begitulah kehidupan dan manusia. Bebaskah kita dari kurungan ketakutan itu? Takut masa lepas yang menghantui membayangi. Takut dengan masa depan yang samar kabur seperti kabus yang penuh di jalanan di pagi hari.

Maka ketahuilah, jika kamu ingin menjadi mereka yang bebas, jangan sesekali melepaskan pegangan daripada tali Allah. Mereka yang bebas itu tahu bahawa segalanya dalam kuasa Allah. Mereka yang bebas itu ada keyakinan yang utuh kepada Tuhan, tidak tergoncang dengan bisikan syaitan yang menyesatkan.

Beruntunglah mereka yang telah membebaskan jiwa-jiwa mereka. Selamat Maju Jaya untuk peringkat kehidupan seterusnya. Ayuh terus cemerlang untuk agama dan mereka yang mendoakan kita. Semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah.

Orang kata first time selalunya sukar. Oleh itu banyakkan bersabar dan memohon kekuatan dari Allah. Sungguh kita makhluk yang lemah tanpa pertolongan Allah. Tiadalah daya kita selain Kekuatan Allah. Takdir boleh diubah dengan doa dan usaha.

Berjuanglah!

Comments

Popular posts from this blog

I Spoke To God About You

I spoke to God about you How beauty my life has been, when you were around. I spoke to God about you How I have been absent when you cried. I spoke to God about you for all the wrong doings that now I regret. I spoke to God about you that what a beautiful creatures He has created and what a selfish blind figure I become. I spoke to God because I couldn't reach into your heart to take away the sadness now to make your heart strong and firm I spoke to God to bless you more as you deserve more than me to help you more like you help me to love you more than me to not abandon you like I did Yes, I spoke to God I know He hears me He knows what I feel.

Tuba For The Strangers

Islam began as something strange and it will return, just as how it began to being something strange again. So Tuba for those who are strange All of them : the first and the last. And who are the strangers? The Prophet saw once recast, Those who coreect the affairs at a time when the people become corrupt, those who departed frome the tribes. So Tuba for the strangers! The small group of the righteous people amongst a large number of the greedy people. Those who disobey are greater in number than those who obey Him. So what is Tuba? Tuba is a tree in a Paradise Its expanse is a hundred years journey and the clothes of the inhabitants of the paradise come from its branches. 8 March 2014 *third time

KISAH AIR KELUAR DI CELAH-CELAH JARI NABI MUHAMMAD S.A.W

Anas Bin Malik r.a telah menceritakan bahawa satu ketika semasa berada di Zaura’,Baginda telah menyuruh para sahabat berwudhu’ dengan air yang sedikit.             Ini berlaku setelah Baginda s.a.w meletakkan tapak tangan Baginda dalam air itu,maka dengan tiba-tiba air memancar deras dari celah-celah jari Baginda.Kejadian itu berlarutan sehinggalah mereka selesai berwudhu’.                 (Riwayat Muslim no. 6082 dan al-Baihaqi dalam al-Dalail,6/136)               Dalam riwayat lain,daripada Abdillah,dia berkata, “Ketika kami dalam perjalanan bersama Rasulullah,kami telah kehabisan air.Rasulullah bertanya, “Siapakah dalam kalangan kamu memiliki air?’ Setelah kami menemui orangnya kami menyerahkan air itu kepada NAbi Muhammad s.a.w.Air itu kemudian dicurahkan oleh Baginda ke dalam wadah itu....