"The life of this world is made up of three days: Yesterday has gone with all that was done; Tomorrow, you may never reach; But Today is for you. So do what you should do today."
Hassan Al-Basree
Kerana Exam Bahasa telah lama tamat hampir sebulan yang lepas, makin lama makin bosan aku tak tahu nak buat apa. Ya, kelas bahasa masih berjalan seperti biasa. Tapi nilah orang kata, belajar untuk periksa maka semakin hari semakin tiada semangat atau keinginan lagi untuk belajar bahasa. Senang cerita no point. Padahal setiap kali aku ke kelas aku akan belajar perkara baru. Aku kata dulu aku suka nak belajar perkara baru.
Pertama aku rasa malas kerana Homework. Kedua sebab aku tak sabar-sabar nak masuk Degree and so on. Aku tak pernah pulak sebelum ni terfikir macam mana kalau aku bosan kat sini. Dulu kalau aku bosan kat Malaysia, benda aku buat ialah larikan diri. Sama ada lari balik rumah atau lari keluar pergi jalan mana-mana sorang sorang. Dan aku ingat aku boleh buat benda sama kat sini. Boleh memang boleh. Kalau aku anak jutawan. Kalau mata wang yang semakin merundum ni aku tak payah risau. Dah lama aku cabut angkat kaki tinggalkan realiti.
Apa aku nak cakap ialah, dah banyak masa aku membazir sejak hampir sebulan yang lepas. Kebetulan pula rutin aku sabtu ahad tengah break seketika. Lagilah menambahkan masa yang sia-sia. Kat Jerman ni sangat 'straight' untuk hukuman pasal hak copy right terpelihara semua tu. Nak buat apa semua kena bayar dan secara 'halal'. Even nak download lagu ke apa ke, Semua dia boleh trace kat internet. Even nak upload gambar yang bukan milik kita kena berhati-hati.
Silap hari bulan boleh sampai surat saman kat rumah. Errr, mintak dijauhkan Allah. Duit melayang mana nak ganti. Huhuhu. Oh ye, sebab bosan jugak aku dah develope lagi satu masalah. Bila bosan aku cari makanan. Hurrm, tak patut dan sangat tak patut. Apapun, keputusan akan keluar dalam masa dua minggu lagi ni. Doakan kami. Dapat keputusan yang terbaik untuk kami dan Universiti yang terbaik untuk kami dan agama kami.
Waa maksudnya xleh bukak youtube atau download apa2 ke?????????????
ReplyDeleteyoutube boleh. benda yang streaming boleh. Tapi banyak laman web yang streaming kena bayar jugak atau kena sign in apa entah. Even ineternet kat University boleh diguna hanya untuk pelajaran sahaja.
Delete