“Kau nampak tangki besar kat belakang tu? ” Taufiq menunjuk ke arah tangki besar di belakang asrama perempuan sambil berjalan menuju ke dewan makan dari bangunan akademik. Mereka berdua baru sahaja selesai latihan Pingpong. “Apahal dengan tangki tu? Kau jangan nak cerita bukan-bukan lagi eh. Semalam aku tak dapat tidur, gila.” Hahaha. Taufiq tergelak. Berjiwa singa konon. Pahlawan Melayu Melaka konon. “Tangki tu... Legend je boleh panjat. ” “Sape yang bangang nak panjat situ. Buat apa. Bukan ada faedah pon.” Syamil menjawab sambil mengerling ke arah tangki besar itu. Tinggi juga kalau dipandang betul-betul ni. “Kita lah yang bangang. Nanti sebelum keluar sekolah, malam terakhir lepas habis paper last Biologi nanti kita panjat, ok?” Syamil melepaskan keluhan sambil tersengih sambil menjawab: “Kau bodoh ke terlampau bijak ni?” *** “Apa kebenda entah. Dah seminggu macam ni. Takde air. Pergi kolah nak mandi bagai. Tangki besar besar kat atas tu simpan ...
Dan janganlah kamu merasa lemah,dan jangan pula kamu bersedih hati,kerna kamu paling tinggi darjatnya,jika kamu orang2 yang beriman.. (al-IMRAN:139)