Sempena masuknya tahun baru Maal Hijrah ni, biar aku coretkan sesuatu untuk peringatan kepada diriku sendiri. Tahun baru selalunya sinonim dengan azam baru. Bila tahun baru datang, ramai orang berazam, tapi... azam tak semestinya baru. Kah! Kadang-kadang azam kitar semula dari tahun dulu-dulu yang dah bertahun-tahun berazam tapi tak tercapai matlamat.
Maka seharusnya kita buat muhasabah, analisis dan kaji selidik: Mengapa azam aku gagal atau tidak berjaya atau separuh jalan dan sebagainya. Sedia kita maklum azam ni umpama destinasi supaya pemandu tidak memandu tanpa hala tuju dan menghabiskan minyak dan tenaga begitu sahaja.
Azam yang tidak terlalu jelas dan terlalu besar skopnya juga antara punca kegagalan kita mencapai sasaran. Contohnya: Aku ingin menjadi lebih baik dari tahun lepas. Tidak saya katakan salah, tapi sebaiknya ada kayu ukur supaya kita tahu target kita. Apa definisi 'lebih baik dari tahun lepas' bagi kita? Sebaliknya azam yang berbunyi seperti: Setiap bulan sekurang-kurangnya sekali membantu orang lain dalam kesusahan seperti menderma atau menolong makcik tua mengangkat beg berat atau menunjukkan jalan kepada mereka yang sesat. Azam ini lebih jelas dan akan membuatkan kita lebih tegas dan berdisplin terhadap diri sendiri.
Saya bukanlah jenis orang berazam di tahun baru. Mungkin pernah saya berazam di tahun baru, tapi kebiasaannya di tahun baru saya tidak terlalu fokus pada azam tahun baru. Azam saya datang dengan waktu tidak kira masa. Contohnya sekarang walaupun Awal Muharram telah hampir dua minggu berlalu, baru sekarang saya ada azam yang berkaitan.
Tetapi bukan itu yang saya ingin kongsikan sebenarnya. Lebih kepada apa fokus kita dalam berazam. Saya baru tersedar setiap tahun azam kita lebih bersifat 'dunia'. Maaf saya menggunakan perkataan metrealistik, dunia dan sebagainya kerana saya tidak dapat menemukan perkataan yang tepat untuk azam yang saya maksudkan. Azam kita lebih kepada contohnya pencapaian kita, sekiranya kita sedang belajar, ianya tentang pembelajaran, sekiranya kita telah bekerja ianya sekitar tentang bekerja, sekiranya kita telah berkeluarga ianya sekitar bab kekeluargaan.
Maka saya mengajak diri saya dan anda semua untuk juga memberi peluang dalam berazam tentang sikap kita. Contohnya azam untuk menepati masa dalam berjanji. Atau azam untuk lebih tidak judgemental dalam sebarang situasi tetapi memberi peluang untuk memerhati dan menganalisis situasi yang berlaku terlebih dahulu. Azam untuk belajar tentang peradaban, Azam tentang sikap dan minda mungkin? Azam yang tidak hanya berkisar tentang pencapaian best student, pekerja terbaik bulanan, pandai memasak dan sebagainya.
Orang kata jangan banyak sangat azam, nanti tak mampu buat semua. Saya kata anda yang berazam, anda yang tentukan dan anda yang laksanakan. Dan kalau azam berlari separuh jalan kemudian berhenti, tak perlu rasanya kita menunggu tahun baru untuk 'restart' enjin azam balik. Boleh mula balik, esok lusa minggu depan, tidak kisah bila.
Jom tambah azam untuk upgrade bahagian dalam diri. Azam pasal perkara berkaitan akhirat itu memang element wajib. Apalah hidup kalau bercucuk tanam cuma di dunia, tapi di akhirat tiada hasilnya.
Salam Maal Hijrah untuk semua. Moga tahun ini lebih baik dari tahun lepas dalam hidup kita.
Comments
Post a Comment