Aku sebenarnya ada target. Target aku nak beat jumlah Post tahun lepas. Reason? Berapa banyak aku post menunjukkan betapa rajinnya aku wakaka. Kau hadap laptop, kau ada idea nak tulis kau fikir ayat yang sesuai untuk dilontarkan dan kau tulis. Berapa kerja tu? #3kerja. Kalah ehem ehem (akhem terbelahak la pulak) Dan aku sudah merancang post bulan Disember berkaitan apa. Aku nak buat konklusi apa yang aku telah belajar sepanjang beberapa bulan yang hampir setahun duduk kat sini. (Wow hampir setahun tak balik rumah. Just Wow, I'm impressed)
Tapi untuk aku mula menaip tu yang malas. Lihatlah, esok hari terakhir 2015 dan sekarang pon aku menulis merapu yang tak termasuk dalam plan aku. Well done bro, well done. Siapa tengah mengalami krisis dengan diri sendiri? Krisis pembesaran mungkin. Krisis mematangkan diri dan membuat pilihan. Duduk kat sini jauh dari semua orang, kau memang harus kuat melawan diri sendiri sebab kau ada kebebasan itu.
Dan masalah dia bila kau sedar something wrong, sama ada kau tak tahu punca atau kau pura-pura tak tahu punca. Masalah tak tahu punca huru-hara hidup.(hampir taip huru-biru kah!) Pergi kelas balik kelas makan tido belajar tido tapi tak tahu apa tak kena. Masalah pura-pura tak tahu lagi berat. Kau tahu apa kau perlu buat dan apa tanggungjawab kau tapi at the end kau bukak Facebook scrolll sampai jumpa balik last post kau baca then tutup, bukak Insta like gambar, stalk orang, scroll sampai bosan tutup, bukak Twitter, Tweet Tweet orang, Retweet Tweet orang, gelak baca Tweet orang, Tweet apa dalam fikiran kau tutup, bukak Facebook balik tutup, bukak Insta balik tutup, bukak Twitter balik tutup, pastu terlentang atas katil ready untuk mereput.
Oh, what a life bebeh what a life.Sejak awal bulan haritu pasti ada berita kematian yang sampai ke telinga kita tetapi berapa banyak khabar kematian yang menghidupkan balik jiwa kita yang mati sebelum sampai ajalnya? Kita tahu satu hari nanti akan sampai masa kita pula dan kita tak tahu bila tapi still apa persediaan kita? Kita kata azab kubur pedih, azab api neraka itu di luar apa yang mampu kita bayangkan, kebangkitan dari kubur itu benar tapi kita masih lagi tak dapat mengawal diri kita dan menunaikan hak terhadap diri sendiri.
2016 datang sekelip mata. Usia kita bertambah lagi satu angka. Kita hidup dah cukup lama untuk tengok apa kesan bertangguh. Tangguh esok, esok tiba, tangguh lagi esok, esok yang esoknya tangguh lagi esok dan akhirnya sentiasa esok sehingga tiada lagi esok baru kelam-kabut. Bertangguhlah dalam melakukan perkara yang Allah tak suka, tapi bersegeralah dalam melakukan kebaikan seperti yang diperintahkanNya.
Kawan-kawan, moga 2016 lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Masih takleh move on dari life kat GMi hurrrmmm
Comments
Post a Comment