Dua puluhan telah ku tinggalkan
bertambah lagi helaian baru kehidupan
bekas jejak semalam terlihat masih baru seakan
tapi realiti kakiku sudah di lain bahagian
Masa mengheret aku meninggalkan lepas
sedang aku masih belum puas
walaupun terkadang aku berhempas pulas
dalam riang terpaksa ku keras mencantas
Bila aku semakin dewasa
diamku akur mereka semakin di penghujung usia
Bila aku semakin berpengalaman
hatiku berparut dengan banyaknya perpisahan
Bila aku semakin besar,
terasa episod lepasku begitu cepat tamat
tapi aku masih bermimpi
masih mengejar bayang esok
berharap matahari naik bersama peluang
membuka pelbagai jenis jalan
untukku langkah untukku teroka
biar berdarah terluka tidak mengapa
asal aku tidak kekal sesat di jalan yang sama
20:28
mafz454
B304
Khas untuk Siti Sarah Binti Azhar =], sebagai hadiah Hari Lahir Beliau dari benua Eropah.
Comments
Post a Comment