Ujian datang dalam pelbagai bentuk. Ujian dengan nafsu makan contohnya. Atau ujian dalam persahabatan. Atau ujian dengan pembelajaran. Ujian dengan manusia. Ujian dengan diri sendiri. Ujian dengan kesihatan. Ujian demi ujian tidak akan pernah gagal untuk hadir menyapa dalam kehidupan. Ibarat orang selalu kata: apalah sangat hidup yang tiada 'naik turun'. Kadang-kadang ada orang sedar yang dia sedang diduga. Biasanya apabila dugaan itu datang dalam bentuk yang perit dan sakit. Kadang-kadang ada orang dia tidak sedar yang dia sebenarnya sedang diuji. Contohnya ketika harta melimpah ruah. Atau ketika nama mula meniti di bibir-bibir orang. Acap kali kita ralit dengan kesenangan yang Tuhan pinjamkan, sehingga ada waktu kita lupa untuk menikmati. Bahkan amat sayang sekali kalau gagal untuk disyukuri. Hakikatnya, ujianlah yang mendewasakan kita. Kita belajar dari pengalaman jatuh bangun, suka duka, mudah sukar sesuatu perkara. Supaya kita tidak akan mengulangi kesilapan yang sama...
Dan janganlah kamu merasa lemah,dan jangan pula kamu bersedih hati,kerna kamu paling tinggi darjatnya,jika kamu orang2 yang beriman.. (al-IMRAN:139)