Skip to main content

Panic Attack


Dulu lepas aku masuk GMi, aku dapat panic attack. Memang sangat berlawanan dengan diri aku yang dulu. Dulu aku setiap kali exam, orang akan cakap aku adalah orang yang paling tenang. Masuk atau keluar dewan exam, aku adalah orang yang tenang. (Ok, bukan nak bangga). Tapi entah macam mana aku dapat panic attack tu pon aku tak tahu. Yang aku tahu, waktu aku nak baring siap-siap pejam mata sambil-sambil ingat semula apa yang dah dihafal, aku akan start panic.

Aku tahu aku panic sebab aku akan lupa semua benda yang aku dah hafal, yang dah faham. Waktu tu jugak aku akan bangun dari katil dan nyalakan lampu dan tangan aku akan terus mencapai buku. Aku tahu aku panic sebab nafas aku kencang, dadaku berombak naik turun dengan cepat, dan jariku membelek mukasurat demi mukasurat dengan laju tanpa otak aku ingat pun aku nak cari apa sebenarnya.

Macam mana aku berhentikan panic aku? Aku tak mampu. Aku cuma akan kembali bertenang sedikit demi sedikit selepas aku pastikan apa yang aku telah belajar dalam kepala aku. Dengan kata lain, aku akan study untuk kali kedua selepas aku dah pun decide untuk tidur tadi. Dan hanya selepas dapat meyakinkan hati dan diri bahawa aku telah belajar dan faham apa yang sepatutnya dikuasai, dapatlah aku kembali baring. Itupun aku terpaksa berlawan dan meyakinkan diri sendiri yang was-was dan takut.

Panic attack ini bukan hanya menyerang aku sebelum exam, bahkan ketika exam. Apabila Penjaga Masa untuk peperiksaan mengumumkan berapa minit lagi yang tinggal, aku akan menggelabah teruk. Dan kesannya otak aku akan dengan automatiknya ter’block‘ dan aku tak dapat lagi berfikir, biarpun aku memaksa keras otakku untuk bekerja. Namun aku hanya kosong tanpa sebarang maklumat dalam kepala. Dan aku walaupun telah mencuba untuk bertenang, tidak berjaya.

Apabila keluar dewan peperiksaan yang hanya bilik tempat kami belajar, jauh di sudut hatiku aku tahu aku mampu menjawab soalan-soalan tadi andai aku tidak panic. Kelakarkan apabila aku fikirkan bagaimana aku yang dahulunya sangat tenang bahkan boleh tidur setiap kali peperiksaan, tapi sekarang aku 180 darjah bertentangan dengan siapa aku yang dulu. Tak hairan jugak sebab aku yang dulu adalah budak extrovert and somehow aku end up sebagai introvert.

Selepas aku menganalisis dan mempertimbangkan punca aku berubah mendadak sebegini, aku sedar yang aku terlalu mengambil serius tentang peperiksaan. Boleh dikatakan dahulu aku tidak ambil pusing sangat tentang keputusan peperiksaan melainkan peperiksaan besar seperti PMR dan SPM. Dan aku juga perasan level tawakkal aku kepada Tuhan tidak setinggi dulu. Aku lupa yang lepas kita berusaha yang terbaik, serahkan semua kepada Allah. Aku obsess dengan usaha kuat aku dan keinginan aku yang membuak-buak ingin terbang ketika itu dan ketakutan yang amat tentang ‘what if I fail to fly’.Dan aku berazam periksa yang akan datang, aku akan meng’upgrade’ apa yang patut.

Sangkaan aku benar-benar meleset apabila aku dapati sekali lagi aku dalam keadaan kelam kabut mencapai buku, nafasku kencang turun naik malam trial AS untuk subjek Kimia esok. Dan waktu itu juga telefonku berdering kuat dan melalui skrin telefon itu aku dapat tahu siapa yang menelefon aku di waktu begini. Emak. Aku dengan segera mengangkat dan menjawab salam emak. Selepas soalan sudah makan belum, esok periksa apa dan sudah bersedia belum, emak terus bertanya kenapa dengan aku sekarang? Suara termengah-mengah macam orang baru habis lari satu padang.

Aku yang sambil ketawa menjawab sepatah: Panic. Benar, aku ketawakan diriku. Kerana aku bukan aku yang dulu. Aku adalah orang yang tenang atau sebenarnya orang cakap aku tak berperasaan. Hahaha. Emak yang arif tentang ‘sifat‘ yang baru aku ter’develop‘ tanpa sengaja semenjak aku masuk ke sini lantas menegah aku untuk panic. Mungkin sebab itulah juga naluri Emak menelefon aku tepat pada masanya. Emak tahu semua perkara kerana aku menceritakan kepadanya. Ok, tak. Bukan semua. Hahahaha. Emak memberikan kata-kata semangat dan meyakinkan diri aku. Emak mengingatkan aku untuk banyak mengingati Allah dan berserah kepadaNya.

Aku tak terkejut bila aku dapati aku mula bertenang selepas itu. Ubatnya hanyalah dengan mendengar suara emak yang penuh kerisauan akan anaknya yang nakal ini. Dan aku juga tidak pasti bagaimana aku dapat menyeru kembali aku yang tenang dahulu dan aku juga tidak pasti bagaimana aku dapat mengawal diri aku untuk tidak gelabah dan menghentikan ‘aliran‘ panic dari menyerang aku lagi selepas itu. Apa yang aku tahu, aku adalah aku yang dulu.

Tapi kan, aku perasan baru-baru ni Stage Fright aku makin teruk. Wakaka. Even bila jadi Imam solat makin teruk. Nafas aku pendek dan aku lupa ayat aku ingat. Heh. Tak lawak. Aku memang tahu aku ada tapi kalau sampai lupa bacaan, tak sure baca Al-Fatihah ada terskip ayat ke tak, tu dah warning level merah. Hahaha. Takpelah, for now aku decide untuk biarkan je dulu.


Comments

Popular posts from this blog

Naruto Shippuden

I know I supposed to quote from the GREATEST BOOK, but it seems that it's okay to just make it fun to quote from Naruto. (Naruto Goes to War) -Sorry I’m late. I got lost on the road of life. Hatake Kakashi~ -Those who betray ninja rules are trash… but those who betray their comrades are worse than trash. Uchiha Obito~ -To know what is right and choose to ignore it is the act of a coward. Hatake Kakashi~ -A hero always arrives late. Uzumaki Naruto~ -There’s no meaning to a flower unless it blooms. Ino Yamanaka~ -So shut up about “destiny” and “inescapable fate”….You shouldn’t whine about such trivial stuff! Cause… unlike me… you’re not a “FAILURE.” Uzumaki Naruto~ -A dropout will beat a genius through hard work. Rock Lee~ -I am strong because I have people to protect. Uzumaki Naruto~ -In order to escape a road of solitude, one has to work hard, and forge a new path with their own power!. Sabakuno Gaara~ -When people are pr...

KISAH AIR KELUAR DI CELAH-CELAH JARI NABI MUHAMMAD S.A.W

Anas Bin Malik r.a telah menceritakan bahawa satu ketika semasa berada di Zaura’,Baginda telah menyuruh para sahabat berwudhu’ dengan air yang sedikit.             Ini berlaku setelah Baginda s.a.w meletakkan tapak tangan Baginda dalam air itu,maka dengan tiba-tiba air memancar deras dari celah-celah jari Baginda.Kejadian itu berlarutan sehinggalah mereka selesai berwudhu’.                 (Riwayat Muslim no. 6082 dan al-Baihaqi dalam al-Dalail,6/136)               Dalam riwayat lain,daripada Abdillah,dia berkata, “Ketika kami dalam perjalanan bersama Rasulullah,kami telah kehabisan air.Rasulullah bertanya, “Siapakah dalam kalangan kamu memiliki air?’ Setelah kami menemui orangnya kami menyerahkan air itu kepada NAbi Muhammad s.a.w.Air itu kemudian dicurahkan oleh Baginda ke dalam wadah itu....

A Glimpse of My 2019

2019 was so full of hatred, anger and bitterness that I almost couldn't afford to stay calm and be patient all the time. This also leads me to cut off a couple of relationships. See, when you fill yourself with negative energy, you are not capable to neutralize them anymore when people throwing them at you. Instead, the negative energy within you will either be charged or triggered by those toxic people. I couldn't deal with the source of pain that caused me anger, hatred and bitterness at the moment no matter how hard I try. But I couldn't afford myself to stay angry all the time. So, I distant myself from them. Those who are dishonest hypocrites, condescending, manipulative and sarcastic jerks. I try to ignore the sarcasm, the lie and the acting by pretending I don't understand or know nothing about it. But here's the thing: I always know. I just don't really care. They don't hurt me but I don't want their toxic words and behavior to fuel the fire I ...