Skip to main content

Melihat Hidup


Bila aku bangun pagi tadi dan buka Whatsapp Group, ada orang hantar gambar waktu Form 5. Bila aku download gambar tu, rupanya gambar aku tengah makan. Tapi muka suci habis. Sumpah! Aku pun berani cakap otak lagi suci waktu tu. Bila aku tengok tarikh gambar diambil, 08.02.2012, tapi kalau tak silap aku tu gambar waktu Ramadhan, tengah sahur.

Cepat betul masa berlalu. Sudah hampir 5 Tahun sejak kami meninggalkan bangku sekolah. Aku ingatkan, aku tak banyak berubah. Tapi bila fikirkan balik, macam mana aku boleh cakap aku adalah orang yang sama dengan aku waktu bangku sekolah. Bahkan, aku yang tahun lepas bukan aku yang sekarang.

Mungkin kerana akar prinsip hidup aku untuk menjadi lebih baik daripada yang lain membentuk siapa aku yang sekarang. Aku akui kadang-kadang disebabkan prinsip yang ini membuat aku benci diri aku sekarang. Yelah, ada masa bila kita dikhianati atau dipergunakan atau menjadi korban fitnah, datang rasa untuk membalas atau berdendam. Tapi disebabkan aku telah pahatkan prinsip yang satu ni dalam hati membuat aku berperang dengan diri sendiri, memujuk diri untuk memaafkan, melepaskan sedangkan amarah membuak-buak sehingga ke otak.

Tapi disebabkan prinsip ni juga, aku taknak jadi aku yang dulu melainkan aku yang sekarang atau yang akan datang yang lebih baik dari masa ke semasa. Cuma ada beberapa perkara dalam hidupku yang baik dan berharga yang aku tidak turut atau terkial-kial untuk bawa bersama sepanjang aku membesar 5 tahun ini. Biasalah, perkara yang mahal harganya tentulah memerlukan lebih usaha dari yang biasa.

Dan aku akui aku pun dah tak 'rigid' macam dulu. Mempunyai kawan Non-Muslim banyak membantu aku membuka minda dan situasi aku sekarang juga memberi aku banyak kawan lelaki,yang terakhir kali aku berkawan dengan lelaki adalah ketika aku berusia 12 tahun. Peluang untuk travel dan tinggal di negara yang Majority Non-Muslim juga membantu aku melihat dunia dari sudut yang tak pernah aku duga aku akan lihat.

Tapi yang paling penting, aku belajar untuk sering membawa sekeping hati yang baik, yang taat dan takut kepada Allah, beradab dan mempunyai 'high common sense' untuk sekurang-kurangnya menjadikan dunia kita dan sekeliling lebih baik.

Aku bersyukur dan berterima kasih kepada Allah untuk aku yang dulu, aku yang sekarang dan aku yang akan datang. Untuk apa yang pernah aku miliki, masih aku miliki dan apa yang akan aku miliki. Semoga baik atau buruk segala sesuatu yang terjadi, aku akan sentiasa punyai hati yang bersangka baik kepada Engkau, wahai Tuhanku Al-Wahid.

Comments

  1. Bacaan tarikh nya 2.8 la,kamera tu mmg bulan,hari dan tahun susunannya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jangan kita tersungkur di Pintu Syurga kerana ego kita..

        Syurga serta segala nikmat dan kelazatannya adalah ganjaran setimpal serta kesudahan indah nan abadi bagi orang-orang yang memiliki bsifat-sifat yang terpuji di dalam diri mereka seperti tawadhu',pemaaf,pemurah dan sabar.Namun begitu,kalangan bani Adam,ada sekolompok manusia yang tidak diizinkan untuk masuk ke syurga,lantaran dosa dan maksiat yang tidak disusuli dengan taubat dan dibawa hingga ke mati.        Antara dosa yang menyebabkan mereka terhalang daripada memasuki Syurga itu adalah kerana tingginya sifat takbur dalam diri mereka terhadap Allah dan sesama manusia.Kebenaran ditolak mentah-mentah sementara sahabat dan para solihin dipandang remeh dan hina.      Sabda Rasulullah:                                  "Tidak akan masuk ke syurga seseorang yang terdapat dalam...

I Spoke To God About You

I spoke to God about you How beauty my life has been, when you were around. I spoke to God about you How I have been absent when you cried. I spoke to God about you for all the wrong doings that now I regret. I spoke to God about you that what a beautiful creatures He has created and what a selfish blind figure I become. I spoke to God because I couldn't reach into your heart to take away the sadness now to make your heart strong and firm I spoke to God to bless you more as you deserve more than me to help you more like you help me to love you more than me to not abandon you like I did Yes, I spoke to God I know He hears me He knows what I feel.

KISAH AIR KELUAR DI CELAH-CELAH JARI NABI MUHAMMAD S.A.W

Anas Bin Malik r.a telah menceritakan bahawa satu ketika semasa berada di Zaura’,Baginda telah menyuruh para sahabat berwudhu’ dengan air yang sedikit.             Ini berlaku setelah Baginda s.a.w meletakkan tapak tangan Baginda dalam air itu,maka dengan tiba-tiba air memancar deras dari celah-celah jari Baginda.Kejadian itu berlarutan sehinggalah mereka selesai berwudhu’.                 (Riwayat Muslim no. 6082 dan al-Baihaqi dalam al-Dalail,6/136)               Dalam riwayat lain,daripada Abdillah,dia berkata, “Ketika kami dalam perjalanan bersama Rasulullah,kami telah kehabisan air.Rasulullah bertanya, “Siapakah dalam kalangan kamu memiliki air?’ Setelah kami menemui orangnya kami menyerahkan air itu kepada NAbi Muhammad s.a.w.Air itu kemudian dicurahkan oleh Baginda ke dalam wadah itu....