Skip to main content

Sommerferien 2019

Hai Gaiss,

Jadi, selepas 4 Tahun 4 Bulan aku terbang ke Jerman, aku kembali semula ke tanah air, tempat tumpahnya kesetiaan dan segala cintaku. Aku pulang bercuti selama 9 minggu dan Alhamdulillah untuk nikmat yang Tuhan pinjamkan walaupun sekejap, berjaya membuat aku terlupa tentang jerih payah hidup sebagai perantau. Hanya apabila aku mengusung bagasi seberat 37 kilogram di tangan dan di atas belakangku, aku pantas teringat kembali beginilah rasanya susah payah tanpa keselesaan dan kemudahan di negara orang.

Cuti 9 minggu terisi dengan pelbagai aktiviti dan makan-makan. Ada juga makanan atau masakan yang aku masih belum sempat jamah dan ada juga aktiviti yang tidak terbuat. Tidak lupa rutin berulang-alik ke klinik kerana penyakit lama aku disahkan kembali aktif semula. Tapi secara keseluruhannya, aku gembira kerana dapat bertemu dan menatap kembali wajah-wajah yang aku rindu dan biasa bermain di hati. Terima kasih Tuhan dan terima kasih semua. Pantas masa berlalu, hari semalam hanya untuk dikenang. Moga mekar senyuman apabila kenangan singgah menyapa.

Peluang berjumpa, walaupun ada yang hanya beberapa minit sahaja tetap aku hargai kerana kalian semua mengingatkan aku siapa aku dahulu dan siapa aku ingin jadi di masa hadapan. Jika ditanya apa perasaan aku pulang selepas begitu lama tidak kembali ke gagang, aku akan jawab: Rasanya seperti aku tidak pernah pergi meninggalkan semua yang aku sayang. Semuanya masih sama, cintanya masih sama walaupun lama tidak bersua, gurau sendanya dan jenakanya masih sama menghiburkan, peribadinya masih sama seperti dalam kenangan. Rumah masih sama tersergam, jalan raya begitu juga.

Mungkin juga kerana aku telah lupa apa yang dulu ada, kini tiada, atau apa yang dulu tiada, sekarang ada, maka aku tidak perasan akan perubahan. Ya, masakan 4 Tahun lebih berlalu tanpa perubahan. Tapi mungkin juga kerana perubahan itu tidak penting untuk aku menyebabkan aku tidak endah dengannya. Atau mungkin aku sudah selalu terbiasa dengan perubahan, aku terima sahaja semua.

Dan sekarang aku kembali kepada lubang kesunyian. Jujur, walaupun baki pengajian ini sikit, tapi aku takut dan risau. Tapi saki baki perjalanan ini, biarlah Tuhan rahmati dan berkati. Aku telah hidup di sini lebih 4 Tahun, dan selama itu Tuhan tidak pernah meninggalkan aku walaupun sesaat. Jadi, untuk apa aku takut akan hari esok, sedang hidup mati aku masih lagi samar. Everything's gonna be fine. All is good.

Apapun yang aku lakukan, semuanya kembali kepada Tuhan. Kerana daripada Dia kita datang, kepada Dia juga kita akan kembali. Teruskan kehidupan, moga kita berjumpa lagi. Tidak di dunia, di akhirat nanti insya Allah. Dan jauh di sudut hatiku aku tahu, bila aku pulang lagi selepas ini, semuanya takkan seperti ini lagi. Kita semua perlahan-lahan meninggalkan zaman kanak-kanak kita dan terpaksa memikul tanggungjawab orang dewasa. Tapi semuanya akan aku simpan dan kenang.

Salam Perjuangan.




Comments

Popular posts from this blog

Jangan kita tersungkur di Pintu Syurga kerana ego kita..

        Syurga serta segala nikmat dan kelazatannya adalah ganjaran setimpal serta kesudahan indah nan abadi bagi orang-orang yang memiliki bsifat-sifat yang terpuji di dalam diri mereka seperti tawadhu',pemaaf,pemurah dan sabar.Namun begitu,kalangan bani Adam,ada sekolompok manusia yang tidak diizinkan untuk masuk ke syurga,lantaran dosa dan maksiat yang tidak disusuli dengan taubat dan dibawa hingga ke mati.        Antara dosa yang menyebabkan mereka terhalang daripada memasuki Syurga itu adalah kerana tingginya sifat takbur dalam diri mereka terhadap Allah dan sesama manusia.Kebenaran ditolak mentah-mentah sementara sahabat dan para solihin dipandang remeh dan hina.      Sabda Rasulullah:                                  "Tidak akan masuk ke syurga seseorang yang terdapat dalam...

I Spoke To God About You

I spoke to God about you How beauty my life has been, when you were around. I spoke to God about you How I have been absent when you cried. I spoke to God about you for all the wrong doings that now I regret. I spoke to God about you that what a beautiful creatures He has created and what a selfish blind figure I become. I spoke to God because I couldn't reach into your heart to take away the sadness now to make your heart strong and firm I spoke to God to bless you more as you deserve more than me to help you more like you help me to love you more than me to not abandon you like I did Yes, I spoke to God I know He hears me He knows what I feel.

KISAH AIR KELUAR DI CELAH-CELAH JARI NABI MUHAMMAD S.A.W

Anas Bin Malik r.a telah menceritakan bahawa satu ketika semasa berada di Zaura’,Baginda telah menyuruh para sahabat berwudhu’ dengan air yang sedikit.             Ini berlaku setelah Baginda s.a.w meletakkan tapak tangan Baginda dalam air itu,maka dengan tiba-tiba air memancar deras dari celah-celah jari Baginda.Kejadian itu berlarutan sehinggalah mereka selesai berwudhu’.                 (Riwayat Muslim no. 6082 dan al-Baihaqi dalam al-Dalail,6/136)               Dalam riwayat lain,daripada Abdillah,dia berkata, “Ketika kami dalam perjalanan bersama Rasulullah,kami telah kehabisan air.Rasulullah bertanya, “Siapakah dalam kalangan kamu memiliki air?’ Setelah kami menemui orangnya kami menyerahkan air itu kepada NAbi Muhammad s.a.w.Air itu kemudian dicurahkan oleh Baginda ke dalam wadah itu....