Skip to main content

5 Saksi Kita di Akhirat

Sebelum ni kalau aku dengar ceramah, aku tulis nota kat Twitter atau atas kertas. Benda online ni kan senang. Tapi masalah berlaku bila aku nak baca balik tweet lama-lama, bila aku scroll bawah-bawah tak jumpa. Kertas-kertas pula aku selalu buang lepas dah tweet.

Jadi, aku buat keputusan untuk kembali balik kat Blogger ni dan tulis nota kat sini.

Untuk permulaan, aku tengah ulang dengar balik pengajian kitab Penawar Bagi Hati oleh Ustaz Amin sebab aku dah lupa. Boleh dengar di YouTube channel Masjid Al-Hasanah. Sebagai pemberitahuan, post-post aku selepas ini mungkin akan ditulis secara ringkas tanpa penerangan panjang.

Saksi-saksi kita pada Hari Perhitungan nanti ada lima.

1. Allah SWT
2. Malaikat Kanan dan Kiri kita (Raqib dan 'Atid)
3. Sesama Manusia
4. Anggota Tubuh Badan kita
5. Makhluk-makhluk lain seperti tanah, pokok dan binatang



Teman-teman, orang Jepun itu ada mengatakan bahawa setiap dari kita mempunyai tiga wajah. Wajah pertama, wajah yang kita tunjukkan kepada dunia. Wajah kedua, wajah yang kita tunjukkan kepada rakan rapat dan keluarga kita. Wajah ketiga, wajah yang tidak pernah kita tunjukkan kepada sesiapa pun. Dan wajah inilah wajah sebenar kita.

Tetapi pada Hari Kebangkitan nanti, yang akan menceritakan dan menjadi saksi tentang wajah yang tidak pernah ditunjukkan kepada sesiapa ini, ialah anggota tubuh badan kita sendiri. Mata akan menceritakan tentang apa yang dilihat, tangan akan menceritakan tentang apa yang dilakukan, mulut akan menceritakan tentang apa yang masuk dan keluar daripadanya, sama ada tutur patah perkataaan mahupun makanan serta minuman.

Hari di mana, kita saksikan milik siapakah sebenar-benarnya tubuh badan kita yang kita fikir kepunyaan kita selama ini. Tetapi hakikatnya, kita sendirilah yang mencampakkan diri kita kepada kebinasaan.

O Allah, save us from ourselves.

Comments

Popular posts from this blog

I Spoke To God About You

I spoke to God about you How beauty my life has been, when you were around. I spoke to God about you How I have been absent when you cried. I spoke to God about you for all the wrong doings that now I regret. I spoke to God about you that what a beautiful creatures He has created and what a selfish blind figure I become. I spoke to God because I couldn't reach into your heart to take away the sadness now to make your heart strong and firm I spoke to God to bless you more as you deserve more than me to help you more like you help me to love you more than me to not abandon you like I did Yes, I spoke to God I know He hears me He knows what I feel.

Tuba For The Strangers

Islam began as something strange and it will return, just as how it began to being something strange again. So Tuba for those who are strange All of them : the first and the last. And who are the strangers? The Prophet saw once recast, Those who coreect the affairs at a time when the people become corrupt, those who departed frome the tribes. So Tuba for the strangers! The small group of the righteous people amongst a large number of the greedy people. Those who disobey are greater in number than those who obey Him. So what is Tuba? Tuba is a tree in a Paradise Its expanse is a hundred years journey and the clothes of the inhabitants of the paradise come from its branches. 8 March 2014 *third time

KISAH AIR KELUAR DI CELAH-CELAH JARI NABI MUHAMMAD S.A.W

Anas Bin Malik r.a telah menceritakan bahawa satu ketika semasa berada di Zaura’,Baginda telah menyuruh para sahabat berwudhu’ dengan air yang sedikit.             Ini berlaku setelah Baginda s.a.w meletakkan tapak tangan Baginda dalam air itu,maka dengan tiba-tiba air memancar deras dari celah-celah jari Baginda.Kejadian itu berlarutan sehinggalah mereka selesai berwudhu’.                 (Riwayat Muslim no. 6082 dan al-Baihaqi dalam al-Dalail,6/136)               Dalam riwayat lain,daripada Abdillah,dia berkata, “Ketika kami dalam perjalanan bersama Rasulullah,kami telah kehabisan air.Rasulullah bertanya, “Siapakah dalam kalangan kamu memiliki air?’ Setelah kami menemui orangnya kami menyerahkan air itu kepada NAbi Muhammad s.a.w.Air itu kemudian dicurahkan oleh Baginda ke dalam wadah itu....