Skip to main content

Menjaga Apa Yang Kita Makan

Perut itu perlu dijaga daripada 2 Perkara

1. Perkara Yang Haram

2. Bersangatan Kenyang

Dan diceritakan daripada Ibnu Abbas RA katanya: Allah SWT tiada menerima sembahyang seseorang yang ada di dalam perutnya benda yang haram.


Tujuan memelihara diri dari yang haram dan syubhah itu ada tiga.

1. Kerana takut akan seksaan api neraka

2. Kerana memakan yang haram dan yang syubhah itu tiada diberikan petunjuk kepadanya dalam berbuat ibadat

3. Kerana memakan perkara yang haram dan yang syubhah itu ditegah daripada mengerjakan kebaikan dan jika dia mengerjakannya nescaya tiada diterima daripadanya.

Sabda Nabi SAW bersabda mafhumnya: Berapa ramai daripada orang yang berpuasa yang tiada baginya daripada puasanya itu melainkan dahaga dan berapa ramai daripada orang yang bersembahyang malam tiada baginya daripada sembahyangnya itu melainkan dapat berjaga.


Adapun sebab mengapa kita perlu menjauhi makan sehingga melampau kenyang adalah:

1. Banyak makan itu sebab kerasnya hati

2. Punca sikitnya ibadah kerana beratnya badan dan mengantuknya mata

3.  Hilangnya kesedapan dalam beribadah

4. Membinasakan kecerdikan dan kepintaran dan sedikitnya faham


Mencari yang halal itu wajib untuk orang-orang beriman tetapi Islam itu sifatnya syumul (menyeluruh) dan memudahkan. Ada beberapa rukhsah (kemudahan) yang diberikan sekiranya tiada sumber halal di kawasan sekitar.

Halal dan haram itu bukan sahaja tentang arak, babi atau cara penyembelihan yang disebut dengan nama Allah SWT, tetapi ikan itu juga halal, sayur juga halal, buah-buahan juga halal.

Namun, janganlah kita sesekali memudahkan Islam. Apa yang kita makan itu akan menjadi darah daging kita. Bimbang nanti menjadi asbab terhalangnya hidayah (petunjuk) daripada Allah. Antara hidayah yang kita minta setiap kali kita solat ialah hidayah memilih kebenaran dan hidayah diilhamkan supaya kekal melakukan kebenaran.

Berhati-hatilah kerana dunia ini bebanan bagi orang-orang yang beriman, yang halal itu nanti akan dihisab, apatah lagi perkara yang haram.


Comments

Popular posts from this blog

I Spoke To God About You

I spoke to God about you How beauty my life has been, when you were around. I spoke to God about you How I have been absent when you cried. I spoke to God about you for all the wrong doings that now I regret. I spoke to God about you that what a beautiful creatures He has created and what a selfish blind figure I become. I spoke to God because I couldn't reach into your heart to take away the sadness now to make your heart strong and firm I spoke to God to bless you more as you deserve more than me to help you more like you help me to love you more than me to not abandon you like I did Yes, I spoke to God I know He hears me He knows what I feel.

Tuba For The Strangers

Islam began as something strange and it will return, just as how it began to being something strange again. So Tuba for those who are strange All of them : the first and the last. And who are the strangers? The Prophet saw once recast, Those who coreect the affairs at a time when the people become corrupt, those who departed frome the tribes. So Tuba for the strangers! The small group of the righteous people amongst a large number of the greedy people. Those who disobey are greater in number than those who obey Him. So what is Tuba? Tuba is a tree in a Paradise Its expanse is a hundred years journey and the clothes of the inhabitants of the paradise come from its branches. 8 March 2014 *third time

KISAH AIR KELUAR DI CELAH-CELAH JARI NABI MUHAMMAD S.A.W

Anas Bin Malik r.a telah menceritakan bahawa satu ketika semasa berada di Zaura’,Baginda telah menyuruh para sahabat berwudhu’ dengan air yang sedikit.             Ini berlaku setelah Baginda s.a.w meletakkan tapak tangan Baginda dalam air itu,maka dengan tiba-tiba air memancar deras dari celah-celah jari Baginda.Kejadian itu berlarutan sehinggalah mereka selesai berwudhu’.                 (Riwayat Muslim no. 6082 dan al-Baihaqi dalam al-Dalail,6/136)               Dalam riwayat lain,daripada Abdillah,dia berkata, “Ketika kami dalam perjalanan bersama Rasulullah,kami telah kehabisan air.Rasulullah bertanya, “Siapakah dalam kalangan kamu memiliki air?’ Setelah kami menemui orangnya kami menyerahkan air itu kepada NAbi Muhammad s.a.w.Air itu kemudian dicurahkan oleh Baginda ke dalam wadah itu....