Skip to main content

7 Ubat Hati

Hati itu makhluk yang mengenali Allah dan ia jualah yang membawa manusia kepada Allah. Hati jugalah yang mengenali segala dari sisi Allah. Hati itulah yang sebenarnya taat kepada Allah, yang mana jika ia bercahaya, cahayanya itu mengalir ke seluruh anggota ibadah. 

Namun, hati jualah yang bermaksiat dan derhaka kepada Allah, yang mana kesan buruknya itu mengalir ke seluruh anggota badan. Apabila cerah hatinya, terzahirlah kebaikan daripadanya. Jika gelap hatinya, terzahirlah keburukannya.

Hati itu seperti raja untuk diri sendiri. Jika baik hatinya, maka baiklah seluruh anggotanya, dan jika buruk hatinya, begitu jugalah seluruh anggota badannya. 

Hati ini boleh jadi keras, boleh jadi lembut. Boleh jadi ingkar, boleh jadi taat. Boleh jadi melihat, boleh jadi buta. Boleh jadi sihat, boleh jadi sakit. Boleh jadi hidup, dan boleh jadi mati.

Ketahuilah, ubat hati itu ada tujuh:

1. Zikrullah- Mengingati Allah (Az-Zikr) 

2. Mendengar- Tazkirah, Bacaan Al-Quran dll (As-Sama')

3. Tadabbur Al-Quran

4. Solat Sunat (An-Naafilah)

5. Bersahabat dengan Orang-Orang Soleh

6. Berdoa

7. Mengurangkan Kepada Perkara-Perkara Harus

Kepentingan zikir kepada manusia itu seperti pentingnya air kepada ikan. Tanpa zikrullah, hati akan berkarat seperti besi yang berkarat. Maka, zikirlah pembersihnya.

Jadi, lazimilah zikir (mengingati Allah) dalam kehidupan seharian agar hatimu terus hidup dan rohmu terus bangkit. Kerana tanpanya, matilah keduanya. 

Siapa yang berzikir mengingati Allah, jiwanya sentiasa tenang. Dengan mendekati Allah, jiwanya akan bertambah lunak dan sentiasa menikmati cinta Tuhan.

Tiada yang akan selamat pada hari kiamat nanti, hari di mana tiada berguna lagi harta dan anaknya, melainkan mereka yang datang dengan hati yang sejahtera (Qalbun Salim). 


Sumber: Kun Anta Video di Facebook

Comments

Popular posts from this blog

I Spoke To God About You

I spoke to God about you How beauty my life has been, when you were around. I spoke to God about you How I have been absent when you cried. I spoke to God about you for all the wrong doings that now I regret. I spoke to God about you that what a beautiful creatures He has created and what a selfish blind figure I become. I spoke to God because I couldn't reach into your heart to take away the sadness now to make your heart strong and firm I spoke to God to bless you more as you deserve more than me to help you more like you help me to love you more than me to not abandon you like I did Yes, I spoke to God I know He hears me He knows what I feel.

Tuba For The Strangers

Islam began as something strange and it will return, just as how it began to being something strange again. So Tuba for those who are strange All of them : the first and the last. And who are the strangers? The Prophet saw once recast, Those who coreect the affairs at a time when the people become corrupt, those who departed frome the tribes. So Tuba for the strangers! The small group of the righteous people amongst a large number of the greedy people. Those who disobey are greater in number than those who obey Him. So what is Tuba? Tuba is a tree in a Paradise Its expanse is a hundred years journey and the clothes of the inhabitants of the paradise come from its branches. 8 March 2014 *third time

KISAH AIR KELUAR DI CELAH-CELAH JARI NABI MUHAMMAD S.A.W

Anas Bin Malik r.a telah menceritakan bahawa satu ketika semasa berada di Zaura’,Baginda telah menyuruh para sahabat berwudhu’ dengan air yang sedikit.             Ini berlaku setelah Baginda s.a.w meletakkan tapak tangan Baginda dalam air itu,maka dengan tiba-tiba air memancar deras dari celah-celah jari Baginda.Kejadian itu berlarutan sehinggalah mereka selesai berwudhu’.                 (Riwayat Muslim no. 6082 dan al-Baihaqi dalam al-Dalail,6/136)               Dalam riwayat lain,daripada Abdillah,dia berkata, “Ketika kami dalam perjalanan bersama Rasulullah,kami telah kehabisan air.Rasulullah bertanya, “Siapakah dalam kalangan kamu memiliki air?’ Setelah kami menemui orangnya kami menyerahkan air itu kepada NAbi Muhammad s.a.w.Air itu kemudian dicurahkan oleh Baginda ke dalam wadah itu....