JABAL UHUD
Uhud adalah sebuah gunung besar yang terletak di sebelah utara Madinah al-Munawwarah (kota yang bercahaya).Berjarak sekitar 5.5 kilometer dari Masjid Nabawi Syarif.Sekarangbangunan di Madinah bersambung dengan bukit ni dan mengitari kakinya.Uhud ini termasuk dalam kawasan tanah haram dngan persepakatan ulama’.Kerana batas tanah haram dari arah utara iaitu Bukit Tsaur yang berada di belakang Gunung Uhud.Panjang Gunung Uhud dari arah timur hingga ke hujungnya lebih kurang 6 kilometer dan warnanya kemerah-merahan.
Nabi bersabda:
“Uhud adalah gunung yang mencintai kita dan kitapun mncintainya”
Riwayat lain:
“Ini adalah Gunung yang mencintai kita dan kitapun mencintainya”kemudian Nabi mengucapkan ”Kami kembali dalam keadaan bertaubat,bersujud kepada Tuhan kami dan memujiNya”
Sabda Baginda “yang mencintai kita dan kita mencintainya”kerana Baginda merasa senang ketika melihat Uhud,di saat memasuki Madinah petanda telah dekat dengan rumah dan keluarga, dan menemui mereka ini tentu perbuatan orang cinta.Ada yang berpendapat bahawa rasa cinta tersebut hakiki,seperti bukit yang bertasbih bersama Na bi Daud a.s dan rasa takut yang dimilik bebatuan ketika Nabi melewatinya.
Diriwayatkan bahawa Nabi pernah menaiki Gunung Uhud,Anas bin Malik menceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w, Saidina Abu Bakar,Saidina Umar dan Saidina Uthman rodhiyallahu’anhum menaiki Uhud lalu ianya bergoncang,maka Nabi bersabda:
“Diamlah Uhud!Kerana di atasmu ada seorang Nabi,Siddiq dan 2 orang syahid”
Di kawasan Uhud terjadinya peristiwa yang menyayat hati di mana peperangan Uhud telah belaku di sini.Peperangan Uhud adalah peperangan balas dendam kaum musyrikin di atas kekalahan mereka dalam Perang Badar.Menurut riwayat yang sohih seramai 70 orang syuhada’ telah gugur dalam peperangan Uhud dan antaranya ialah Panglima Perang Uhud iaitu Saidina Hamzah b. Abdul Muthallib,bapa saudara Nabi sendiri.Rasulullah juga patah gigi dan wajah Baginda yang mulia berlumuran darah. Uhud telah menjadi saksi peperangan umat Islam mempertahankan Rasulullah dan Kota Madinah daripada kaum musyrikin Quraisy.
bersama mengambil iktibar dari peperangan Uhud. Sentiasalah mematuhi arahan Ketua dan taat pada perintah Allah dan Rasulullah

Comments
Post a Comment