Air mata yang mengalir di wajah kita..ternyata bukan semata-mata air yang keluar dari kelopak mata..bahkan mempunyai rembesan makna yang penuh hikmah di sisi Allah.kadang2 keluarnya air mata itu menyebabkan keberkatan-Nya dalam hidup kita..
Nabi bersabda..
“ada dua titisan yang dibanggakan dan kelak menjadi saksi di Hari Pembalasan, iaitu titisan darah syuhada’ kerana menegakkan agam Allah.. dan titisan hamba yang bertaubat.”
Ada banyak jenis air mata yang dapat mengundang keberkatan-Nya..
- Pertama – air mata kerna rasa cinta,takut dan rindu kepada Allah.
Air mata ini keluar kerna rasa terharu dan bersyukur kerna telah mampu menemukan makna cinta dan takut kepada Sang Maha Pencipta.
- Kedua – kerinduan yang mendalam terhadap Rasulullah,keluarga,sahabat2 Baginda radiyallahu ‘anhum.
Seseorang yang hanyut dan terbuai semasa berselawat,berharap akn cinta Rasulullah dalam setiap helaan nafasnya dan berusaha menegakkan sunnah Baginda.Maka pada Hari Kebangkita nanti, air mata ini akn menjadi saksi bahawa orang ini adalah umat yang mencintai Nabinya walaupun tidak pernah berjumpa.
- Ketiga – air mata bahagia kerna dapat menggembirakan hati orang tua mereka.
Ketika mengenang jasa2 mereka dan menatap wajah mereka,lalu timbul rasa kebahgiaan dan kesyukuran dan tanpa sedar air mata bergenang,maka air mata ini akan turut menjadi saksi di Padang Mahsyar nanti.sekurang2nya anak ini akn dicatatkan sbg anak yang patuh kpd perintah Allah,Rasul dan ibu bapa.Bukankah itu perintah Allah agar menaati mereka dan bercakap dengan suara yang lunak di hadapan mereka??
- Keempat- air mata hamba-hamba-Nya yang bertaubat.
Ini kerana mereka takut akan seksa Allah di dunia dan akhirat.Bukankah Allah telah berfirman bahawa azabNya adalah satu perkara yang sepatutnya ditakuti kerna azabNya adalah keras!!. Seseorang yang menyesali semua dosanya dan menangis-nangis bersungguh dan memohon maghfirahNya,maka InsyaAllah air mata ini akan diberkati.
- Kelima- air mata kerna rasa bahgia dapat beribadah kepada-Nya.
Dialah yang Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.tanpa HidayahNya taufikNya dan kekuatan yang diberikan,maka kita tidak akan dapat merasa nikmatnya Islam,Iman dan amal.orang2 yang terharu dan suka berkumpul dengan orang2 yang soleh di majlis2 ilmu dan majlis zikir yang mengingati Allah.
Comments
Post a Comment