sama ada aku yang bodoh
atau memperbodoh
atau diperbodohkan
aku sendiri tidak pasti
andai aku memperbodohkan kamu,
maafkan aku
aku terpaksa
aku tersepit
aku cuma pinta kau mengerti
dan cuma menerima
kerana ini privasi aku
privasi yang memang aku tak suka kongsi
mungkin kerana aku sudah terbiasa bersendirian
mungkin kerana aku suka bersendirian
mungkin kerana aku pilih untuk bersendirian
jadi,
aku cuma pohon pengertian
kerana jika kau faham
kau akan menerima
andai aku diperbodohkan
tidak mengapa
aku terima
kerana itu buat aku lebih selesa
dengan dunia aku sendiri
jadi,maaf..
tiada kata yang mampu aku ucap
melainkan maaf
maaf untuk segalanya
maafkan aku
Comments
Post a Comment