ini rahsia
rahsia besar
yang musuh tak mahu kita ketahui
kerna andai terbongkar
ianya bukan lagi menjadi senjata ampuh
dan kita mampu membina benteng kukuh
demi mengelak serangan
dan tujahan
yang bisa menggoncang atma
menggelegakkan nafsu
Ibnu Abbas R.A pernah menerangkan bahawa
bila Iblis berkata
aku akan mendatangi keturunan Adam
daripada depan mereka
itu bermakna
laknat itu akan menyebabkan kamu ragu-ragu terhadap
dunia selepasnya
dan bila Iblis mendatangi
dari belakang mereka
laknat itu akan menyebabkan kamu menanam harapan
kepada dunia
dan apakah maknanya?
makna depan dan belakang?
maksud tujuan kedua-duanya?
fakta apakah yang tersembunyi,
pada ragu-ragu yang dilahirkan?
pada harapan yang dibarakan?
itulah gol bagi Iblis
untuk membuatkan manusia mencintai dunia
untuk membesarkan manusia yang materialisme
yang mana Nabi telah memberi amaran sejak sekian lama
tentang penyakit wahn
Iblis tidak mendatangi hanya dari dua arah
untuk menyesatkan manusia
laknat itu juga menyerang dari arah kanan
untuk menabur was was dalam hati mereka
terhadap agama
mencipta masalah dalam agama
memberikan mereka waktu waktu sukar
dan membuat kita mempersoalkan agama
ada ubat untuk racun itu,wahai manusia
ada jalan untuk keluar dari kesesatan
jalan itu dengan menuntut ilmu seperti yang difardhukan,
bertanyakan kepada orang alim
dan membaca sebagaimana yang diperintahkan
dalam wahyu pertama di gua hira'
dan Iblis itu juga melancarkan serangan dari arah kiri
supaya manusia bergelumang dalam parit dosa
tanpa taubat
tanpa penyesalan
memandu kita kepada ketidak taatan kepada Tuhan
dan kekufuran
sesungguhnya mereka bersumpah tidak akan berhenti
untuk menarik seramai mungkin keturunan Adam
ke dalam neraka bersama
dan apabila semua di 'sana'
laknat itu akan berlepas diri terhadap apa yang pernah dilakukan
dan mengaku bahawa dia takutkan Tuhan
pelanduk selalu lupakan jerat
tapi jerat,
sentiasa menunggu pelanduk untuk dijerat
Comments
Post a Comment