"Maafkan saya. Saya ingin menarik diri daripada senarai lantikan Nuqaba' " "Berikan saya alasan yang kukuh" "Saya tidak mampu" "Dari sudut manakah definisi ketidak mampuan itu datang?" "Saya ada hati yang tertutup. Dan syarat utama seorang naqib itu adalah hati yang hidup. Kerana cuma hati yang hidup mampu menghidupkan hati hati lain" "Jadi,awak mengatakan hati awak telah mati?" "Tidak. Cuma hati saya tertutup" "Tapi hati awak masih hidupkan? Cuma tertutup." "Bagaimana hati yang tertutup mampu membina jambatan untuk menarik ikhwan dan akhawat kepada kebenaran?" "Jadi mengapa kamu tutup hati kamu?" "Ia tertutup sendiri." "Bukakan kembali" "Tidak semudah lancarnya kata-kata abang" "Insha Allah,Allah mudahkan bagi yang hendak" "Bukan saya taknak,tapi bagilah masa" "Sampai bila?" "Saya tida...
Dan janganlah kamu merasa lemah,dan jangan pula kamu bersedih hati,kerna kamu paling tinggi darjatnya,jika kamu orang2 yang beriman.. (al-IMRAN:139)