Skip to main content

Peluang Dan Kepercayaan :)



"Maafkan saya. Saya ingin menarik diri daripada senarai lantikan Nuqaba' "

"Berikan saya alasan yang kukuh"

"Saya tidak mampu"

"Dari sudut manakah definisi ketidak mampuan itu datang?"

"Saya ada hati yang tertutup. Dan syarat utama seorang naqib itu adalah hati yang hidup. Kerana cuma hati yang hidup mampu menghidupkan hati hati lain"

"Jadi,awak mengatakan hati awak telah mati?"

"Tidak. Cuma hati saya tertutup"

"Tapi hati awak masih hidupkan? Cuma tertutup."

"Bagaimana hati yang tertutup mampu membina jambatan untuk menarik ikhwan dan akhawat kepada kebenaran?"

"Jadi mengapa kamu tutup hati kamu?"

"Ia tertutup sendiri."

"Bukakan kembali"

"Tidak semudah lancarnya kata-kata abang"

"Insha Allah,Allah mudahkan bagi yang hendak"

"Bukan saya taknak,tapi bagilah masa"

"Sampai bila?"

"Saya tidak tahu. Tapi saya yakin sampai waktunya, hati ini akan terbuka kembali"

"Pernah kamu cari kunci sebagai satu usaha?"

"Saya sedang mencari penawar untuk luka ini"

"Sedalam mana lukamu itu?"

"Dalamnya sehingga tertutup pintu hati ku"

"Adakah kamu menutupnya dari rahmat kasih dan hidayah Allah?"

"Bagaimana saya ingin mengubat luka tanpa rahmat dan kasihNya?"

"Jadi,bukakan kembali. Memang perit tapi itu jihad"

Allah,dia tidak mengerti dan tidak tahu apa yang terjadi. Aku maafkan dia. Namun,permudahkan urusanku kerana aku tidak mahu dan mampu buat waktu ini untuk menyeru sohibku yang lain.

"Saya kira perbincangan ini tiada noktah. Saya juga tiada niat mencari simpati. Maafkan saya, tapi saya bertegas dan bertekad menolak jawatan ini"

"Ini bukan jawatan. Tapi amanah! Bukan dari saya! Tapi dari Allah. Dialah yang telah menggerakkan hati saya untuk melantik kamu. Kamu kena terima. Jangan anggap ini beban. Mungkin Allah ingin memberi penawar yang kamu cari dalam halaqah ini."

"Pada hemat saya, apabila memegang jawatan,amanah itu semakin jelas. Tarbiyyah bukan hanya dari Naqib dan Usrah. Saya masih boleh menunjukkan qudwah. Tetapi untuk menyampaikan ittu saya kurang kerana saya yang perlu disampaikan kembali."

"Baliklah dulu. Istikharah. Kita bincang perkara ini esok"

"Maafkan saya jika saya mendesak. Tapi istikharah telah lama saya dirikan dan saya tidak akan hadir melainkan dengan keputusan dan keyakinan. Saya cuma ingin memudahkan urusan pentadbiran"

"Kalau begitu,esok hadirlah dengan seorang pengganti. Apabila saya berpuas hati dengan pengganti kamu yang sama baik atau lebih baik, hanya dengan itulah saya terima"

Bagaimana seseorang itu diukur 'baik'nya? Mampukah aku? Allah... Bukankah kita semua sama dan yang membezakan kita adalah darjat taqwa? Apa aku punya ilmu mahu menyukat taqwa orang? Taqwa diri pun entah tingkat mana..

"Baiklah. Terima Kasih. Jazakallah"

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Adakah aku yang perlukan tarbiyyah atau dia? Bagaimana mungkin aku ingin hadir dengan pengganti lebih baik dariku? Sesiapa sahaja pasti lebih baik dariku. Itu aku tahu. Tapi untuk mencari orang yang sanggup berdiri di medan ini, siapa mahu? Ilmunya juga perlu aku ambil kira. Tapi pasti mereka yang lain lebih alim dariku. Ahhh. Kau terlampau husnuzhon. Tiada. Tiada istilah terlampau dalam kebaikan.

Baiklah. Aku rasa dia calon terbaik.

"Kazey. Esok,kau free tak? Tolong aku?"

" Ok. Set."
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Weh. Kau nak ajak aku gimana nih?"

" Ikut jerlah"

" Hey bro, dalam islam pon dilarang taqlid sebarang"

"Kau bising cot cet cot cet buat apa? Ikut jerlah.."

Huh!Bilik nih?

"Weh!Kau nak serah aku ke? Tahulah aku ponteng jemaah subuh semalam. Takkan kau nak kantoikan aku depan-depan? Kau mintak aku tolong kan?"

"Trust me,bro. Betrayal is not my type. Perkara aku nak mintak tolong susah siket. Terutama untuk kau. Cuma, no matter what you will hear inside this room,please sabar. That's it. Sabar. "

"Kau bagitau boleh tak kenapa kau bawak aku kat sini? Kau nak aku dapat mental break-down ke hah? "

"Anggap perjalanan ni seperti Nabi Musa dan Nabi Khidir. Even tak macam pon"

"What the....."

"Language."

"Fine."

"Sabar?"

"Fine."

"Janji? "

"Depends on"

"No. Please. Sekejap je kau upgrade kan tingkat sabar kau tuh. Sekejap je. Kata nak tolong.."

"Fine." But still depends on. Smirk.

"I know that smirk"

"Just walk in"

"Done."


"Assalamualaikum. Maaf menggangu. Tapi inilah calon pengganti saya."

Terasa badan di scan atas ke bawah,kiri dan kanan.Apehal!

"Baiklah. Nyatakan alasan kamu."

"Dia mempunyai sekeping hati yang baik yang sentiasa dahagakan ilmu. Bakat kepimpinan jelas cuma perlu dicungkil kerana tersembunyi atas faktor luaran.Dia mampu membuat ramai kawan dan ramai mudah mesra dengan dia. Cara penyampaiannya yang luar biasa mampu menarik hati hati ke arah Islam."

" Baiklah. Tapi, kalau awak tersalah pilih awak yang tanggung dosa. Dosa kerana menolak perkara baik. Dosa kerana melantik pengganti yang kurang baik. Dosa kerana mengabaikan tanggungjawab. Dan banyak lagi dosa lain. Awak fikir dengan menolak jawatan ini,awak akan terlepas daripada amanah? Rugi pahala,bahkan dosa yang datang bergolek golek."

"Seperti yang saya nyatakan saya bukan hendak lari daripada medan tarbiyyah ini. Cuma saya tidak cukup syarat untuk menggalas amanah ini secara rasmi. Namun begitu, saya sedar tanpa jawatan pun,kita memang diwajibkan menegur perkara mungkar. Especially, dengan BERhikmah"

Aku dah tekan dah perkataan BERhikmah tadi.Mohon paham lah Ketua Biro Rohani weh. Haish. Berasap hati nih... Kau sabar Kazey. Sabar. Kau dah janji tadi. 

Telepati hati dihantar.Mereka berkomunikasi hati ke hati.

Sabar kepala kau. Terang terang dia kata aku tak layak jawatan ini tadi. Weh,ingat aku nak sangat ke? kau pon satu! Jawatan? Naqib pulak tuh! Kau gila ke aku yang tengah mimpi nih?

One word. Sabar. Sekejap jer nih.

"Awak. Kamarul Zaidi kan? Nama awak femes dalam record lambat. Bukn lambat solat je, lewat gate, lewat roll-call,lewat makan dan segala bagai lewatlah. Awak rasa awak layak ke nak jawatan nih?"

Hello brother. Aku taknak eh. Kawan aku yang heret aku ke sini. Kau,better watch-out mulut kau atau lepas ni lebam. Harap aku dah janji jer dengan Man.

Sabar Kazey. Sabar. Biar aku urus.

Better cepat. Aku bukan jenis penyabar.

"Abang Afiq. Saya sedia menanggung dosa dosa seandainya saya tersalah pilih.Bagi saya, dia sahajalah yang paling layak untuk jawatan nih."

"Saya bukan bercakap dengan kamu. Kamarul?Kenapa bisu? Kalau layak cakap nak. Kalau tak, bagitau. Pandai-pandaila nak ukur baju kat badan sendiri. Ni usrah. Bukan bola."

Nu'man Muqarrin!!!!!!!

"Kazey?"

"Humph."

"Kau tunggu luar kejap boleh tak?"

Baik punya cadangan. Tahu tahu je aku dah nak 'angkat' tangan nak 'jawab' soalan

"Ok. Saya mintak diri dulu. Assalamualaikum."

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Mohd Jamil Bin Mohd Naim. Kamarul Zaidi Bin Kamarul Adi. Ahmad Farid Bin Azman. Sayed Muhammad Loqman Bin Sayed Muhammad Al-Amin. Zamri Bin Hasyim"

Huh.Senyuman.. Bukan main lebar lagi. Sedap kau jer duduk. Aku yang kena beratur nak amik sijil nih. Lenguh kau tahu tak?

Sabarlah Kazey. Kau kan Naqib.....

Dasar musang.

Naqib....

"Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia En. Jaafar Bin Abdullah di atas kesudian menyampaikan watikah perlantikan itu tadi. Semoga para Nuqaba' ikhlas memikul amanah kerana Allah."

Allahumaj'alna jam'an marhuma.. Watafarraqna tafarruqan ma'suma.......

"Subhanallah." "Merdunya suara." "Makhraj bacaan pon ok." terdengar suara berbisik bisik. Makin lebar senyuman Nu'man. Hati mula lega.

Allah,jadikan ini titik pembukaan untuk sahabatku thabit atas kebenaran. Jangan lagi Kau butakan matanya kerana cemuhan manusia. Manusia sering menghukum lebih dari Kau. Tapi,Kau jualah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang.

"Dengan berakhirnya bacaan doa itu tadi,maka berakhirlah Majlis Perlantikan MPP dan Nuqaba' pada hari ini.Kita akhiri majlis kita pada hari ini dengan tasbih kafarah dan Suratul Asr."

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Weh,lusa usrah.Aku dah dapat tajuk dan bahan. Tapi aku kurang huraian weh. Tolong aku weh." Kazey ayun kaki ke meja Nu'man sambil buat muka teddy. Tapi Nu'man buat buat tak dengar. angkat muka pon tidak.

"Weh! Kau dengar tak nih.?"

"Ooh maafkan saya,Abang Naqib. Saya tak perasan tadi."

"Kepala kau Abang."

Serentak suasana sepi tadi dipecahkan dengn gelak mereka berdua.

"Kau nih. Kepala kepala.. Sikit sikit kepala.. Pilihlah perkataan lain.."

"Nak sebut dengan nada tu sedap.. Kepala kau... takkan nak guna otak kau pulak kutt.. Pelik jer nada dia"

"Happehappe jerlah Kazey weh. Minggu ni tajuk apa?"

"Putera Pemuda"

"Cayyalah kau.. Bahagian reka nama tajuk memang serah kat kau."

"Tajuk penting untuk first impression. First impression penting untuk tarik perhatian mereka"

"Perghh.. Bunyi... Takyahlah kau mintak tolong aku. Kau dah Pro kan. Aku mentimun jer.."

Pandangan hambar dihantar terus mata ke mata.

"Haceh.Buat muka pulak dia. Hah cepat. Present dulu kat aku apa kau ada. Nanti aku tambah."

"Ok. Mula-mula..." Kazey dah bertukar jadi Kamarul Zaidi

"Aku ingat nak suruh tarjim Surah Yusuf siket sebab......" Kamarul Zaidi dah masuk mood Naqib

"Lepas tuh,aku akan........" That's it.... Akhi Zaid.. Putera Pemuda.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Warghh... Letihla... Minggu depan da start Minggu Jam'ie"

Huh.. Da start dah cot cet cot cet dia. Tapi,kalau dia senyap sunyilah pulak. dan kalau dia senyap, something wrongs lah tu..

"Petang nih takleh main bola sebab ada musyawarah.Siket siket musyawarah. Berapa kali tahu nak buat musyawarah. Ke aku skip petang ni, nak tak?"

Pandangan full evil dihantar kepada Nu'man.

"Man. Cepatlah Man. Boringlah kau nih. Takde respons. Aku cari orang lainlah. Kau ni tak entertain langsung."

"Amboi.. Nak cari sape? Aku nak buang kat mana?"

"Cari sahabat baru. Gantikan kau. Kau pure bosan."

"Duh. Aku hidup lagi kau nak buang aku?"

"Kau yang buang aku"

"Bila masa aku main buang buang?"

"Tu.... Taknak layan aku."

"Hello! I am not shutting my ears, which mean I AM listening to you. Sampai hati kau. Aku hidup lagi. Nanti aku dah takde.."

"Aku buang aku kutip balik."

"Kalau kau buang, aku da hanyut. Kau takkan jumpa aku lagi dah.."

"Pergh.. Touching plak dia. Aku gurau laaa. Touch your heart, bro?"

"Deep hurt" sambil buat muka..

Lagi terburai gelak mereka berdua.

"Aku tanya siket boleh?"

"Uuu.. Sopan nyer dia..."

"Tempeleng karang... Naya jer."

"Hmmm" Nu'man sambung buat kerja...

"Asal kau tolak Naqib aritu hah?"

"Rahsia"

"Sheesh... Bla laa kau.. Weh, series nih. Aku simpan soalan ni tiga bulan lebih tau.."

"Aku tak mampu la weh."

"Bla r. Muntah aku ,kau lap nanti. Series la bro."

"Series la nih."

"Hampeh. Dahla amik aku jadi pengganti. Pastu tak cakap,main heret jer.."

"Ala, terasa lagi ke"

"Luka masih berdarah"

"Asal tak sapu gamat?"

"Bla r kau. Dah. Bai. Aku nak turun Bilik Mesyuarat.. Kalau bosan aku escape main bola.. Muehehe.."

"Berani kau.."

"Bad Guy is back."

"Never."

Nu'man hantar Kazey dengan pandangan amaran dan Kazey lesap lepas memecut berlari. Heh. Terkoyak senyuman segaris di bibir Nu'man.

Siapa sangka Kazey dulu dan sekarang jauh berubah? Siapa sangka imam subuh Jumaat yang baca As-Sajdah ala Imam Mahir Al-Muaqly tu sebenarnya Kazey?Kazey yang selalu kena hambat dengan rotan Ustaz  Wakeel waktu subuh tu dah berubah jadi imam. Siapa sangka yang lead bacaan Kahfi subuh tu Kazey? Siapa pernah terfikir Kazey jadi imam Isya'? Sebelum ni batang hidung pon takdak dalam jemaah. Asyik Sodorm ja. (Sodorm= Solat Dalam Dorm) Yang terkejutnya,Kazey yang naik port lepak pergi panggil kawan turun jemaah. Tapi Kazey tak pernah lapor mana sebenarnya tempat port escape jemaah tu kat warden. Bukan bersuhabat. Tapi, dia paham.. Bukan dengan paksaan boleh panggil gengnya turun patuh untuk jemaah. Ceh. Bila borak pasa nih,katanya dia lagi arif. Tapi cara Kazey berkesan gak. Mula nampak kesan. Ada lah sorang dua orang yang mula join tazkirah maghrib-isya.

Alhamdulillah. Sebelum aku pergi,aku boleh jugak tarik sahabat aku ni sorang. Moga dia tarik lagi banyak orang. Aku tak lama. Waktu yang Allah beri kat aku sekejap je,Kazey. Dan aku taknak kita dekat kat dunia tapi jauh kat akhirat nanti.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Man! Man! Weh! Kau jangan buat suspens Man! Weh! Bangun! Dahlah tu. Ok. Aku kena prank dengan kau arini sebab besday aku. Man! Bangunla!"

Gila Man nih. "Woi Asher. Panggil warden. Sekarang!"

Nu'man batuk-batuk dan.....

"Man! Mangai.... Kau apa kes?? Sampai darah macam nih..."

"Kazey.. dalam laci aku ada surat-surat. Jangan lupakan aku nanti kalau aku dah takde. Maafkan aku sebab bebankan kau selama ni. " cough cough

"Now you stop talking! You are gonna be okay. Warden sampai sekejap lagi" Mana warden nih. Weh.! emergency tahap petala beribu nih....

"No. Listen. This is my last words.." Cough cough. Darah makin banyak.. dari mulut... Eh, apasal tangan basah ni? masya Allah.. Darah! And from ears!

"Shit!"

"Naqib.."

"Shut up! And stop smiling like this is the last moment for us!"

"Hiduplah dalam islam. Dengan iman. Aku kat sini. Tapak tangan dibawa ke dada Kazey . Sentiasa.. Tapi Allah lagi dekat. Kau... Cough cough.. Kau tahu tu kan?"

"No. You stay with me. Ustaz Wakeel!!!!!!!"

"Uhibbuka fillah akhi.."

"No. Please. My request. Stay by myside.. Please......"

"And to Me is your ultimate return.. Allah.. Allah.."

Genggaman Nu'man terasa semakin longgar..

"Man!! Man!!"

Genggaman Man terlepas!

"You are so dead after this Man. Wake Up!" Mana Ustaz nih........

Warghhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Kau nanti,kalau kau rindu aku, dan aku takde kau nak lepas rindu kau, kau bacalah Al-Fatihah"

"Aku full-schedule. No time ingat kat kau"

"Mana tahu. Nanti satu malam rindu kau, sampai termimpi-mimpikn aku. Eheh"

"Ceh, lambatla pulak servis warung ni. Nasi Paprik aku tak sampai sampai lagi"

"Weh, kau dengar tak nih?"

"Hah! Sampai pun Nasik nyer. Nyumnyum. Laparnya"

"Weh, baca bismillah dululah"

"Dah" Ngap!

"Tak senonoh. Nampak tak makan seharian tuh"

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dua minggu berlalu. Surat surat telah diagih. Satu kepada keluarga arwah. Satu kepada guru-guru.Satu  kepada warga Kolej Hanafi. Dan satu untuk dia.

Jahannam kau Man. Banyak banyak tarikh kau pergi hari besday aku? Takde hadiah lagi baik ke? Memang aku ingat sampai matilah kau. Surat masih belum terbuka. Cuma sudah renyuk di genggam saban hari. Masih tiada kekuatan untuk dibuka..

"Kazey.. Nanti,kalau aku takde.. Kau betul ke nak lupakan aku?"

"Apa dee masuk mood jiwang karat satu tan nih?..."

"Aku serius nih."

"Hek elleh. Dahlah mood jiwang. Main serius serius plak"

"Kalau kau takde, alamat aku letak jawatan Naqib masa tu jugak. Habis? Sape nak tolong aku?

Lipat maut kepala Nu'man. "Berani kau..."

"Try me.."

"Janji dengan aku. No matter what kau thabit pada kebenaran. Commonla, Kau sendiri tahu kan... Hari hari kita doa... Rabbbana la tuzigh qulubana ba'da iz hadaitana wahablana mil ladunka rahmah... Takkan kau free free je nak campak balik apa kau rasa selama ni.."

"Humph..."

"Kau feeling better right?"

"Being judge by person killing me from inside. But you find me a way and pull me out that hole"

"Not me. Allah. Allah yang berkehendak baik terhadap kau.."

"Kenapa kau pilih aku hah?"

"Setiap manusia fitrahnya pada kebaikan. Aku melihat setiap orang itu padanya potensi kebaikan hatta kepada pelajar yang dicop seperti kau.Aku pernah dicop dan aku berjaya keluar dari seksa itu dengan izin Allah. Aku tahu dan faham rasa tu."

"Ceh, patutla.. Weh, kau fly tak dulu? Pagar mana kau rembat?"

"Aku takde sayap.. Malaikat je ada.."

"Tuih... Bla la... Sape tarik kau keluar?"

"Aku. Memang sifat aku tak endah pada cemuhan. Tapi aku tak nafikan aku juga terkesan dengan label label tu. Tapi, satu hari.. Allah gerakkan hatiku untuk ubah diri agar terubahnya persepsi masyarakat keliling. Jadi, langkahan pertama aku cuma sendirian. Yang menemaniku cuma Allah. Berat,pedih, sakit. Tipulah kadang kadang tak rasa nak balik balik perangai lama. Buat jahat kan senang. Tak payah suruh. Ade jer idea. Semangat jer.. Tak takut pon. Tapi, masa nak buat baik, aku pon hairan kenapa rasa nih datang. Aku rasa malu. Even nak ucap perkataan Subhanallah. Alhamdulillah. Insya Allah. Aku taknak orang label aku lebai. Tapi aku taknk gak jadi samseng. Aku nak hidup biasa je."

"Samalah. Wah.. Kita rock bro.. Lebai lebai main kat masjidla... Kita otai."

"Tulah. Aku pon fikir perkara sama. Dulu. Sekarang tak. Sebab aku anggap lebai ke, samseng ke, budak bermasalah ke,syeikh ke semua sama."

"Huh. kau tak belaja bahasa melayu ke? Lain maksud kuttt"

"Tapi tetap gelaran dari manusia kan? Pandangan manusia kan? Which is bukan apa yang jadi matlamat aku. Siapa aku di mata Allah,itu yang aku kisah."

"Smack me down"

"Kita, manusia semua sama. Yang membezakan kita taqwa. Dan aku tak reti nak sukat taqwa orang lain. Aku pon tak tahu parat taqwa aku. At least,aku sentiasa usaha nak baiki kan tahap iman dan taqwa aku. Aku tak lama kat dunia nih. Semua kita tak lama."

"Live while we are young la bro.."

"I am living. Apa? Aku hantu ke nih? But I am living with the guide of Islam."

Perghh.. Asal teringat kat kau, mata memang berair.. Kau buat aku nampak macam weak la Man.. tak guna punya kawan.

Kaki diayun ke rak Al-Quran. Kitab Mulia itu disambar lalu dibawa ke dada kemudian dipeluknya. Sudah puas, dicium pula. Hurm, wangi. Bau macam kau jer Man. Turn page on 562. Here we go Man. Hadiah untuk kau hari ni..

Terdengar bacaan isti'azah...

Kemudian.. Bismillahirrahmanirrahim...

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Baiklah tajuk perbincangan kita hari ni adalah Aku dan Fitrah. Sebelum tu, eloklah kita dalami ayat Al-Quran tentang tujuan kita diciptakan. Az-Zaariyat:56 “Dan tiadalah Aku menciptakan jin dan manusia kecuali supaya mereka memperhambakan diri kepada-Ku." Jelas daripada ayat ini bahawa Allah menciptakan kita dengan bersebab.

Halaqah usrah khusyu mendengar apa yang cuba disampaikan. Cuma bunyi kipas buruk yang masih berputar perlahan kedengaran.

"Kita dan Fitrah. Fitrah Bertuhan. Fitrah mencintai kebaikan. Apa tanda kita kembali kepada fitrah? Tandanya hati kan tenang.Ar-Raa'd:28. "Bukankah hanya dengan mengingati Allah hati kan tenang?" Cuba bayangkan perompak yang baru merompak sebuah bank. Dengan duit berkarung begitu,adakah dia tenang untuk hidup dan berjalan seperti biasa? Tidak! Cuba bayangkan orang miskin yang mengeluarkan duit dari dompetnya secara senyap dan bersedekah tanpa pengetahuan orang. Adakah hatinya tenang? Bahagia itu hadirnya dari hati yang tenang. Tenang itu hadirnya bila kita mengikut fitrah."

"Kalau perkara itu kita tak suka? Contohnya, kena pakai jubah hari jumaat"

"Ok. Contohlah. hari jumaat tu, kita langgar peraturan. Kita taknak pakai jubah. Kita sarung tshirt untuk solat jumaat. Bukan ke kita akan berjaln menyorok sana sini nak elakkan ustaz dan warden? Nak melangkah ke sof depan jangan haraplah. padahal sof depan orang paling berebut. Pastu,kalau duduk belakang, khutbah tak clear, ilmu tak dapat. Dan banyak lagi rangakaian rugi lain. Betul tak? Logik tak? so, kalau kita ikut jer peraturan,kita akan senang lenang berjalan depan orang ramai. Tak payah takut sana sini kena tangkap. Bukan dapat ketenangan ke kat situ.? Kan terseksa hidup kena buru tuh?"

Satu usrah tergelak dan tersenyum apabila terdengar perkataan 'kena buru' . Terbayang wajah Ustaz Wakeel dengan rotan dan jeritan.

"Tapi, kita dan kebaikan kalau buat equation jadi malu.. Kan? Kita malu nak beri salam kat orang tak kenal. Kita malu nak senyum tetib kat entah sapesape entah. Takut difikir gila ke apa ke. Kan? Kita malu nak berdiri kat depan sebab nanti orang label baik alim. Tapi bila buat salah sikit terus kena banned kan?"

"Haah"

"Dalam Al-Quran ada sebut,“Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu.” (al-An’am: 165). Hakikatnya,kita manusia diberikan pelbagai kelebihan dan keistimewaan berbeza. Dan apa yang membezakan kita cumalah taqwa di mata Allah. Yang lain semua sama. Allah tak pandang kacak ke tak kau.Allah pandang hati kau.So, janganlah kita free free nak judge or bash orang sebarang. Sebab free free gak dapat dosa. Kita suka ke kalau orang label or cop kita? Tak kan? So, janganlah  buat apa yang kita tak suka orang buat kat kita. Nanti kita pulak kena. Tak kita, adik beradik, mak ayah ke. Mana kita tahu.Kita kena ingat, setiap orang berbeza latar belakangnya.. Dan kalau kita dilabel, janganlah hidup bawah anybody expectation? Die hard gila susah kan? Allah will justify. People will judge. But we will act. Pekakkan telinga. Sebab nanti kalau kita masuk neraka bukannya dia boleh kita salahkan. Dan bukannya dia nak tarik kau pon sama sama masuk syurga.Dah dua dua kena seksa. Both rugi. Nobody untung. Kan?"

"Ermm. Ujian."


" Yupp. Hidup ni ful dengan test. Duniawi satu.. Tapi akhirat first. Al-Mulk:2“Dialah yang telah menjadikan mati dan hidup untuk menguji kamu siapa di antara kamu yang paling baik amalannya.”. Kita kan Fastabiqul Khoirat. Dan setiap yang hidup pasti kembali. Tiada yang kekal abadi. Apa yang kita buat kat dunia bagi saham kat akhirat. Macam mana nanti kita nak elak azab dalam kubur? Kat padang Mahsyar? Dan kat Neraka? The best sinner is those who repent,right?"


"True,bro. Tapikan, susahlah nak turn back. Terutama with those psstt pstt sana sini."


"Satu. 2:195. Dua 2:222 Tiga 9:108"


"Perghh kau. Bacalah. Malas nak bukak."


"First step is important to determine how far we've moved right? And masa dah lewat. Lepas ni mesti ada yang tidur lambat kalau usrah habis lambat sebab nak siapkan kerja sekolah kan?"


"Ulang balik, aku nak take note"


Alhamdulillah.. "No problem. Kau nak suruh ulang sepanjang hari pon aku ok. Hehehe. Satu. 2:195. Dua 2:222 Tiga 9:108. So, Gaama lead doa hari ni, ok?"


"Amin. Ok. Tasbih kafarah dan Suratul Asr. Aku tinggalkan kau dengan ayat Allah, Bismillah.:Alaisallahu bikaafiin 'abdahu. Is not Allah sufficient for His Servant? Wallahu'alam. Wasalam."


Man, ni kali ketujuh aku handle usrah tanpa bntuan kau. Tapi bantuan Allah sentiasa ada.

Ya Allah, pelihara dan jauhi sahabatku daripada seksaan kubur..

Bismillahirrahmanirrahim. Izaa waqo'atil waqi'ah...


----------------------------------------------------------------------------------------------------


"Kazey! Meh duk sini meh! Sorang jer.. Meh sini makan sesama meh.." Suara Abang Afiq memanggil sambil tersenyum.


Bila mata melihat Kazey sekarang, aku sedar aku silap dulu Ya Allah. Ampunkan aku. aku sentiasa memberi peluang pada hamba Kau. Tapi aku.. Allah, aku hina..


Alhamdulillah kerana Kau hadirkan Nu'man untuk menegur silapku dari berbuat terus kesilapan lantas menyebabkan ramai lagi makin jauh dari Mu. Sejak hari aku melihat perubahan demi perubahan berlaku pada diri Kamarul, aku berjanji untuk tidak lagi menilai mnusia. Aku berjanji untuk sentiasa memberi peluang. Aku berjanji untuk sentiasa memandang dengan kasih sayang.


"Bang, kamarul budak baik. Saya dh tiga tahun kawan dengan dia."


"Budak baik yang memenuhkan muka surat rekod displin sana sinih"


"Bang, kalau kita pandang semua orang dengan masa lalu mereka, macam mana mereka nak bina future lebih baik. Mereka tak hidup dalam masa lalu. Mereka hidup sekarang. Mereka deserves for the future."


"Memanglah. Tapi, tak boleh lah bagi terus jawatan Naqib. Suruh dia berubah jadi baik dulu, baru aku bagi jawatan Naqib nih. Aku boleh cakap janji itu ini. Buatnya tak. Nanti kalau sekolah ni hancur akhlaknya, aku yang kena. Aku Ketua Biro Rohani. Apa aku nak jawab depan Cikgu  Safwan nanti? " 


"Abang bercakap seolah tahu yang dia tak akan berubah. Abang bercakp dan menentukan siapa dia esok. pdahal ilmu tentang tu pon abang takde. Abang lupa ke yang Allah yang memegang hati kita? Sedangkan Saidina Umar yang keras boleh memeluk Islam dengan kuasa Allah"


"Aku tahu kau lagi banyak ilmu dari aku. Tak guna nak debat dengan kau panjang panjang. aku jerlah amik jawatan nih. Senang."


"Astaghfirullah, saya taknak pun berdebat. Saya cuma nak menerangkan."


"Apa yang kau nak terangkan?"


"Bahawa hati abang pon tertutup. Tapi bukan tertutup sendiri. Tertutup sebab abang yang tutup. Abang gagal melihat seseorang dengan pandangan rahmat. Jadi buat apa kalau saya pegang jawatan Naqib di bawah abang. Ada ke tak saya, akhlak pelajar sekolah ni lambat laun akan hancur sebab sikap abang ni."


"Kau jangan nak biadap eh. Kalau kau rasa kau hebat sangat,pergilah mintak dengan Cikgu Safwan. aku siang malam rangka program sana sini nak islahkan balik akhlak pelajar sekolah ni. Sesenang kau tuduh aku ada karat jahiliyyah dalam hati."


"Kalau macam tu, kita guna cara keras. Abang bersetuju lantik Kamarul Zaidi untuk jawatan Naqib dan Kalau Kazey buat hal dan akhlak pelajar sekolah ni makin ranap macam abang cakap, panggil saya depan perhimpunan yang ada pengetua. Salahkan saya."


"Ok. Kita tengok nanti. Kau tanggung eh semua dosa. Dosa sendiri pon tak tertanggung"


"Satu syarat, abang akan layan Kmarul seperti Naqib lain dan tak akan pernah sebut lagi kesalahan lalu dia sama ada depan atu belakang dia? Abang taknak makan daging fresh kan?"


"Deal"


"Abang Afiq.. Jauh termenung. Ais dah cair dah tu. Air jadi tawar nanti." Panggilan merentap kembali dia ke dunia nyata.


Eheh. "Bila aku tengok kau sekarang. Aku faham kenapa orang kekal dalam maksiat. Aku baru faham kenapa Nu'man sanggup buat perjanjian maruah dengan aku dulu."

"Nu'man memang. Kerja luar gila,semua dia sapu."

"Mereka kat sana,kat luar perlu diberi peluang dan kepercayaan. Itulah apa yang Nu'man ajar abang."

Masing masing menala pandangan jauh,hanyut dalam memori kenangan. Koyak senyuman masing masing. 

Kau memang istimewa,Man.. Sebab ada mata yang kau isi dengan kasih sayang. Aku pon tengah usaha benda sama.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

"Kau pikir jadi Naqib baiklah. Weh, aku tahulah masa lalu kau. Rokok kau baham!"

"I don't live in the past. I live now"

"Perghh.. Bajet jer. Weh,kau ingat sesenang macam tu ke nak padam dosa kau? kau ingat boleh kau lari dari apa kau buat?"

"At least sekarang aku sedang berusaha mengurangkan dosa aku sebab aku da tak buat perkara tak elok"

"Bla la kau. Aku nak tengok sejauh mana jer kau bertahan. Dia orang semua dok kutuk kau kat belakang. Kau baik kat luar je sebab kau berlakon! Tuih"

"Aku tak kisah apa orang kata"

"Heh. Sedar diri la siket, kau tu jadi Naqib sebab Nu'man yang merayu kat Si Afiq tuh. Kau tahu pon dia reject kau depan depan kan? Bla r. Jawab macam apa jer. Dasar kaki tak jejak bumi."

Sabar Kazey. Sabar.

Warghhh. Kejadian petang tadi, di tak tahu kenapa. Tapi dia tak boleh lupa. Macam ada tape dok rewind beratus kali. Tension doooo....

"Man. Taknakla Man. Kau gila ke happe? Naqib? Bagi aku Pengawas ICT pon aku lagi oklah.."

"Tolonglah aku. Aku terpaksa tolak dan cari pengganti. Aku takde nak bagi kat orang lain dah." buat muka

"Eh. Kau ni memang tak pakai akal la! Naqib la dollll! Naqib!"

"Kau takyah lah ulang banyak kali. Ye. Naqib. So, What's the prob?"

"Haii.. makan kaki karang kau nih.. Kau tahukan Naqib semuanya baik.. Aku ni apa? solat jemaah boleh bilang jari sejak dari hari daftar sekolah hari tu."

"Kau masih ada kebaikan kat sini. Tangan dibawa ke dada sendiri. Kita sentiasa rindukan kebaikan Kazey. Takleh nafi."

"Senang kau cakap sebab orang tahu kau baik."

"Semua orang tahu semua orang baik"

"Weh, lantakla. Esok aku jumpa balik sendiri dengan Afiq tuh. Taknak aku. Taknak!"

"Kalau kau jumpa Afiq, aku kena panggil dengan pengetua kat depan perhimpunan. kau tak kesian kan aku ke?"

"Mampuslah kau. Kau yang cari pasal pehal?"

"Aku percayakan kau. Kau mampu. Sebab aku tahu, sahabat aku sorang nih kalau taknak, lagi dia buat sepenuh hati.Aku percayakan kau. Kau baik. Dan kau layak untuk jawatan ni. Terimalah. Kerana Allah. Untuk tolong aku."

 Dan esoknya, dia naik pentas untuk terima watikah.

Haha. Gelak sorang sorang macam orang gila. Boleh pulak kau pujuk aku yang hati batu ni. Betulla, keras macam mana pun hati orang tuh, Allah paling berkuasa. 

Tapi, Man. Sekarang.aku rasa berat sangat. Beban sangat. Sebab. Entah. Aku ragu gak. Hakim pon cakap macam tu petang tadi.

Kaki diayun ke meja arwah. Mata tertancap pada sekeping kertas. Tulisan arwah.

Sujud!Sujudlah kalau ada masalah!Sujud mendekatkan Kau dengan Rabb!

Allah. Man. Terima Kasih. Allah. Aku datang. Hamba Mu datang.

It is me who in need of Allah. But Allah is the Richest

Panjang sujudnya malam tu. Ketika semua yang lain lena, dia menjadi hamba kepada Nya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kalau rindu Man, Kazey baca surat. Surat ni seolah Man tengah berckap dengan dia. dan bila baca surat, Kazey akan tersenyum sorang sorang. Kadang kadang mata masuk habuk gak waktu baca.

"Kazey. Allah ampunkan tak aku? Dosa aku banyak sangat. Aku da dua puluh lebih baru nak balik kepada Dia"

"Sham, Never He did bandon you. Nor He did forget you. Sujudlah"

Man, aku kat Jerman sekarang. Bumi Hitler kau tahu. Bukan sebarang.. Hahaha.. Ok Ok. Bumi Allah...

Aku, even kau dah pergi sepuluh tahun lepas. Dah satu dekad kau pergi, aku still ingat kat kau. Aku tak buang pon kau.. Jumpa kau kat sana eh? Aku bawak ramai lagi kawan. Nanti aku perkenalkan semua kat kau.













Comments

  1. Replies
    1. eheh. malu gila. tak capai tarap pon..
      rasa nk padam balik jer... penchenta addin.. is that you? partner locker dorm 2011?

      Delete
    2. hebattt..mantop....dush dush....burst pon ada..ni mmng superb kentang punya story sweet dibetes....

      Delete
  2. Waw smart gle.. TERBAIK!! Ttbe mata masuk habuk..:) Keep on moving!!=]

    ReplyDelete
    Replies
    1. --'..haha silala update lg sebelum anda mnjd lebih busy..=p! =]

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Naruto Shippuden

I know I supposed to quote from the GREATEST BOOK, but it seems that it's okay to just make it fun to quote from Naruto. (Naruto Goes to War) -Sorry I’m late. I got lost on the road of life. Hatake Kakashi~ -Those who betray ninja rules are trash… but those who betray their comrades are worse than trash. Uchiha Obito~ -To know what is right and choose to ignore it is the act of a coward. Hatake Kakashi~ -A hero always arrives late. Uzumaki Naruto~ -There’s no meaning to a flower unless it blooms. Ino Yamanaka~ -So shut up about “destiny” and “inescapable fate”….You shouldn’t whine about such trivial stuff! Cause… unlike me… you’re not a “FAILURE.” Uzumaki Naruto~ -A dropout will beat a genius through hard work. Rock Lee~ -I am strong because I have people to protect. Uzumaki Naruto~ -In order to escape a road of solitude, one has to work hard, and forge a new path with their own power!. Sabakuno Gaara~ -When people are pr...

KISAH AIR KELUAR DI CELAH-CELAH JARI NABI MUHAMMAD S.A.W

Anas Bin Malik r.a telah menceritakan bahawa satu ketika semasa berada di Zaura’,Baginda telah menyuruh para sahabat berwudhu’ dengan air yang sedikit.             Ini berlaku setelah Baginda s.a.w meletakkan tapak tangan Baginda dalam air itu,maka dengan tiba-tiba air memancar deras dari celah-celah jari Baginda.Kejadian itu berlarutan sehinggalah mereka selesai berwudhu’.                 (Riwayat Muslim no. 6082 dan al-Baihaqi dalam al-Dalail,6/136)               Dalam riwayat lain,daripada Abdillah,dia berkata, “Ketika kami dalam perjalanan bersama Rasulullah,kami telah kehabisan air.Rasulullah bertanya, “Siapakah dalam kalangan kamu memiliki air?’ Setelah kami menemui orangnya kami menyerahkan air itu kepada NAbi Muhammad s.a.w.Air itu kemudian dicurahkan oleh Baginda ke dalam wadah itu....

A Glimpse of My 2019

2019 was so full of hatred, anger and bitterness that I almost couldn't afford to stay calm and be patient all the time. This also leads me to cut off a couple of relationships. See, when you fill yourself with negative energy, you are not capable to neutralize them anymore when people throwing them at you. Instead, the negative energy within you will either be charged or triggered by those toxic people. I couldn't deal with the source of pain that caused me anger, hatred and bitterness at the moment no matter how hard I try. But I couldn't afford myself to stay angry all the time. So, I distant myself from them. Those who are dishonest hypocrites, condescending, manipulative and sarcastic jerks. I try to ignore the sarcasm, the lie and the acting by pretending I don't understand or know nothing about it. But here's the thing: I always know. I just don't really care. They don't hurt me but I don't want their toxic words and behavior to fuel the fire I ...