Skip to main content

AKU YANG TERCARI CARI


Apabila kita di Malaysia mengalami keruntuhan akhlak dan jati diri yang membuahkan bibit kerisauan pada golongan yang masih cakna,aku mempunyai sebab yang kukuh untuk mengembara dan bermusafir. Budaya barat seperti clubbing,drinking dan gaya K-Pop yang menjadi tumpuan remaja Malaysia hari ini menyebabkan keresahan pada mereka yang masih cakna.Cakna akan nilai nilai ketimuran yang semakin kabur dalam peredaran zaman.Bahkan nilai Islam sendiri semakin mati dalam hati mereka yang mengaku beragama Islam.Hiburan yang berlebihan dan lari daripada garisan syara' menyebabkan biah hari ini terlampau bahaya untuk pendedahan jiwa yang merindui Islam.

Maka antara sebab yang membuatkan aku ingin lari membawa diri dari Malaysia ini ialah... Pertama, aku percaya bahawa aku sukakan sesuatu yang adventure. Ok. Bukan alasan kukuh untuk pergi. Sebenarnya,aku ingin merantau dan memerhati bagaimana orang orang barat mahupun bukan Islam yang mula menyedari segala yang dipraktikkan tidak mampu mengisi lompong lompong kekosongan yang ingin diisi,mula mengamalkan nilai islam biarpun tanpa syahadah. Aku perhatikan pada hari ini umat Islam sendiri membawa dan memberi imej yang buruk terhadap agama. Namun,hakikatnya di negara barat, setiap minggu pasti ada sahaja yang mula mempercayai kewujudan dan kekuasaan Allah.Pasti ada sahaja yang bertemu Imam masjid untuk mengucapkan kalimah tauhid.

Umum mengetahui bahawa wujudnya aktivis-aktivis barat yang berdemontrasi untuk Ghazah,Iraq dan kekejaman yang dilakukan oleh bangsa mereka sendiri.Akhbar dan media sering melaporkan bahawa mereka acap kali dengan rela hati ingin menjadi sukarelawan untuk membantu mangsa peperangan dan kemusnahan alam.Itu baru nilai kemanusiaan.Sudah tentu perkara yang berkaitan dengan bumi juga mereka yang pelopori.Seperti contoh kempen recycle,save the animals,protect the jungle dan clean our state, mereka  yang hirau.Mereka yang membuat bantahan terhadap eksploitasi alam yang berebihan.Mereka yang menciptakan teknologi untuk mengurangkan kesan kepada bumi.Mereka menubuhkan organisasi untuk bertindak dan mengatur strategi untuk menyelamatkan bumi.

Bukannya aku ingin mengagungkan mereka. Bukan. Cuma aku ingin tunjukkan betapa umat islam sangat terkebelakang dalam semua aspek,baik teknologi mahupun politik.Nak kata umat Islam pentingkan akhirat,.. yang merompak membunuh tu orang Islam.Yang ditangkap dan dijatuhkan hukuman penjara kerana merogol dan mencabul tu,pada IC nya tertera beragama Islam. Yang menipu dalam perniagaan untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda itu pun orang Islam.Yang menjadi tali barut kepada kafir laknatullah yang ingin memerangi Islam itu pun orang Islam.Aku bukannya nak memburukkan orang Islam dan mengatakan bahawa non muslim itu lagi baik.Bukan.Aku cuma mahu membuat perbandingan bagaimana orang bukan islam dan orang islam itu berbeza.Kiranya jika aku ungkapkan zaman kegemilangan Islam yang pernah menguasai 2/3 dunia ini pasti kita hairan dengan apa yang berlaku sekarang.Maruah kita hari ini dinjak dan digadai demi kepentingan dunia dan melunaskan nafsu yang dahagakan kerakusan harta,pangkat dan populariti.

Aku bukannya nak tunjuk jahat orang Islam.Barat lagi jahat.Ribuan mati dibunuh,dibom.Konspirasi dunia mereka yang atur untuk memburukkan nama Islam.Barat yang rancang peristiwa agar dunia nampak bahawa Islam ini sebenarnya pengganas.Padahal tak.Barat memang dah keji dengan taktik kotornya.Tapi apakan daya.Mereka boleh mengadakan bukti dengan teknologi yang tinggi dan perancangan rapi.Hakikatnya perang kerana agama masih berlarutan dari dulu hingga sekarang.

Ingat sejarah bagaimana Barat bangkit?Zaman Renaissance katanya.Zaman kebangkitan Eropah selepas kejatuhan tamadun besar seperti Rom. Selepas kejatuhan tamadun Rom,Eropah mengalami kemunduran yang dikenali Zaman Gelap. Mereka mengalami kemerosotan dalam bidang ilmu pengetahuan,perdagangan dan kehidupan.Sebaliknya,ketika inilah dunia Islam tertegak kegemilangannya.Dengan sistem Khalifah,pusat pentadbiran yang mantap dan kelahiran ilmuwan Islam yang ramai pencapaian Islam ketika itu menggambarkan bahawa Islam Mulia. Dunia Eropah telah mencedok ilmu dan menggerakkan reformasi kebangkitan untuk keluar dari zaman itu. Didorong semangat Inkuiri yang tinggi dan perubahan politik yang berlaku,Eropah mula mengharagai ilmu pengetahuan dan mula mengembangkan kegiatan ekonomi. Namun,perubahan yang amat penting berlaku ketika zaman kebangkitan itu adalah Gereja yang dulunya terlau memberi fokus kepada pembelajaran ilmu agama dan keakhiratan sahaja,telah mula memainkan peranan yang Universal.Gereja menjadi ejen penyatuan.Dahulu,gereja amat berkuasa dan memiliki harta tanah yang banyak.Tapi sering dianggap mengongkong kehidupan rakyat dan tidak membantu.Namun,ketika zaman Reformasi,iaitu zaman selepas zaman Renaissance,kuasa gereja telah dicabar secara terbuka dan pengaruhnya semakin berkurang.Ini cerita kebangkitan Eropah.

Jadi selepas Eropah bangkit,bemulalah perancangan dan perlaksanaan menjatuhkan Islam.Ketika itu khalifah tidak lagi mengamalkan nilai Islam.Mereka mengabaikan tanggungjawabnya.Bahkan mengabaikan ajaran Islam.Hidup mereka bermewahan dan rakyat mulai sengsara.Sehinggalah akhirnya Pihak Yahudi laknatullah berjaya menguasai dan menghapuskan sistemp pemerintahan Khalifah.Eropah berjaya meluaskan kuasa dan pengaruhnya sehingga sampai di Tanah Melayu,India, dan Asia.Dan sehingga sekarang Umat Islam ditindas dan diperbodohkan Barat.Namun yang hairannya,kita seolah masih belum tersedar.Masih leka dengan hiburan yang melalaikan.Masih leka dengan hidangan yang disediakan Barat yang ingin kita jauh dari agama.

Aku di sini ingin mencari solusi dan penawar.Ingin mengumpulkan pengalaman dan mengambil pengajaran. Yang penting aku ingin melaksanakannya.Hari ini,aku lihat ramai yang salah menggunakan kuasa demi kepentingan peribadi.Hari ini aku lihat ramai ibu bapa yang terlalu sibuk menyediakan kelengkapan jasmani tapi mengabaikan keperluan rohani.Hari ini aku lihat ledakan trend terkini yang diikut ikut.Pantang ada gelombang,pasti ramai yang tergilakan.Oppa Gangnam Style.Gwiyomi.Dan entah apa apa lagi. Bila ada yang menegur,ada yang menegur dengan kasar sekali.Bila ada yang menegur,ada yang memarahi kembali. Katanya hidup sendiri sendiri.Bila ada yang bersuara,katanya belum sampai seru lagi. Bila ada ceramah,masjid pasti tidak penuh.Namun bila ada konsert,pasti melimpah seperti semut mengurung gula.

Aku harus mengenal pasti punca masalah yang berakar umbi ini dan harus menggerakkan langkah dan bertindak.Sebelum orang mula tak percaya kepada Tuhan.Sebelum orang mula menjadi Tuhan.Maka aku percaya,setidaknya langkah pertama yang harus aku pencakkan ialah mengenal diri.Mungkin ini sebabnya ramai remaja yang hanyut.Mereka cuma terikut ikut.Jati diri tidak mantap kerana diri sendiri pun kita tidak pasti.Kini aku dalam perjalanan yang dipandu Allah.Untuk mengenal diri,aku wajib mengenal Rabbi.Untuk mengenal Rabbi,aku harus direct berkomunikasi denganNya.Aku ingin mengembara untuk mencari Tuhan.Untuk meletakkan Tuhan di dalam hatiku.Di makam tertinggi.Sekaligus menjadi hamba.

Jujurnya,bila aku toleh ke belakang,aku lihat perancangan Allah Maha Hebat.Aku tercampak ke sana sini dari awal lagi.Aku dilatih itu ini sejak awal.Segala yang aku lalui adalah untuk membentuk jati diri dan hatiku.Untuk melatih emosi dan rohaniku,agar aku tak mudah melatah dengan ujian.Hakikatnya,apa yang aku lalui cuma setitik dari lautan.Aku masih dalam pencarian.Siapa diriku?Mengapa aku diciptakan?Apa taqdirku? Soalan soalan begini sering meghantuiku dan aku masih dalam pencarian.Aku langsung tiada idea bagaimana jawapan akan hadir nanti.Yang pasti,aku dahagakan jawapan.Dan aku percaya aku masih dalam perjalanan.Aku tidak tahu aku sesat ataupun berada di landasan yang betul.Namun aku percaya Allah akan pandu sehingga ke destinasiku.

Realiti hari ini membimbangkan aku.Realiti hari ini aku tidak suka.Namun,jiwa aku masih dalam pencarian. Aku tidak pasti apa benar apa yang aku cari.Aku tidak pasti apa betul apa yang aku fikir. Yang pasti,aku memerhati dan menganalisis.Cuba memahami jiwa seorang manusia. Cara untuk mengendalikannya. Kerana aku manusia.Maka aku fikir itu satu keperluan dan satu kemestian untukku.Agar aku boleh membawa diriku,mengendalikan tubuhku dengan semaksimum mungkin dan memahami jiwa ragaku agar dapat aku hubungkan dengan Dia.

Tak mengapa. Yang fly,pergilah fly.Taqdirku pasti cantik seperti yang teratur. Rezkiku pasti di bahagian atau waktu lain,jadi tak usah dikesali.Hidup satu kali ini,ingin aku nikmati,tanpa rasa kesal kerana taqdir.Kerana bukan aku yang memegang aturan hidup.Bukan juga aku yang mengatur putaran hidup.Aku juga tidak memutarkan taqdir sehingga berlipat.Jadi untuk apa aku kesalkan sesuatu yang tidak mampu aku ubah walaupun dengan doa.Sungguh,bukan kemampuanku.Harus aku ingat,bila kita meletakkan sesuatu harapan,kita mesti kembalikan kepada Allah.Agar kecewanya nanti kurang dirasai.

Tak kisah bagaimanapun hidup yang kita tempuh.Akhirnya nanti kita kan kembali ditanam di dalam tanah. Tak kisah kenderaan apapun yang kita naiki.Akhirnya nanti,kenderaan kita cuma kayu yang dikambus. Tak kisah bagaimana hodoh pon apa yang terjadi.Yang penting bagaimana kita ingin ia berakhir. Kerana setiap dari kita akan merasai mati dan hidup satu kali ini cuma sementara.Kita tidak mahu apabila kita mati,kita ingin dihidupkan kembali kerana hidup selepas mati adalah yang paling indah sekali.

Comments

Popular posts from this blog

Ask God Now

This thought hit me so hard that I just can't ignore it and start to write again in this blog. You know what, think of the time when you were in trouble. Think of the time when you were sick. Think of the time when nothing went fine. Think of the time when your chest felt as if it would burst any second at any time. And remember how many times you called God to fix the thing for you. Remember how many times you asked God to make the way easy for you. Remember the time you asked God to lend you the strength to walk through the rough and cold season. And how many times did God answer your call? Every time! Each and every time! Some in ways that you can see it with your naked eye and some in ways that you could only understand if you have patience hold inside your soul. See, we are the living proof that God answers every prayer. But there will come a time when our call, our prayers will be ignored. And that's when we know everything is too late. When is that? When we alre...

hamba yang bertaubat..

Pada pandangan anda, apakah agak-agaknya darjat tertinggi Allah terhadap hamba-hambaNya?Pasti kita tertanya-tanya sedangkan amatlah mudah jawapannya.Apa lagi kalau bukan darjat kecintaan daripada Allah,Tuhan Sekalian Alam.Kecintaan  daripada Allah itulah yang menjadi dambaan dan buruan para Aulia’ Allah dan Siddiqin (orang-orang yang berada di atas jalan yang benar) kerna mereka tahu dan mengerti bahawa kehidupan mereka di atas dunia ini hanyalah persinggahan semata-mata.Mengapa saya katakan dunia ini cumalah persinggahan? Rasulullah bersabda: Hiduplah di dunia seakan-akan engkau adalah seorang pengembara atau orang yang sedang menumpang lalu (Riwayat Bukhari)                 Dalam kehidupan ini,apa lagi yang kita inginkan selain daripada kecintaan Allah SWT?Tanyalah iman di dada masing-masing,apakah kita mahu diri ini menjadi hamba yang sentiasa dikasihi dan dicintai...

5 Masalah Lidah

Apabila kita lebih banyak bercakap daripada banyak mendengar, kadang-kadang kita berlebih-lebihan. Jadi, sebagai peringatan, hendaklah kita memelihara lidah kita daripada perkara-perkara yang dilarang. Kejahatan lidah ini ada lima. 1. Berdusta- Berhati-hatilah dalam bercakap dan janganlah sehingga kita berdusta sama ada tentang kita mahupun tentang perkara yang lain. Tetapi sabda Nabi SAW bermaksud: Bukanlah dianggap pendusta orang yang mendamaikan antara manusia. 2. Mengumpat- Nabi SAW pernah bertanya kepada sahabat Baginda: Mahukah kamu aku ceritakan kepada kamu orang yang muflis? Sebenar-benar muflis itu adalah orang yang membawa amalan, tetapi amalan itu dituntut oleh orang lain kerana dia mengambil nyawa orang lain, hak orang lain, maruah orang lain. Dan apabila habis amalannya, diambil pula dosa orang lain dan diberikan kepadanya. 3. Mengingkari Janji- Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia berdusta, apabila ...