jalan dilalui berbeza setiap manusia..
ada yang terpaksa.
ada yang diberi pilihan.
ketika ditanya mengapa tempuh jalan yang payah,
katakan kembali,
mengapa menyangka aku yang ingin?
kala mata melihat yang lain,
jalan mereka lebih mudah,
tapi terkadang luaran tidak langsung menggambarkan dalaman.
hakikatnya,
tak kisah jalan itu berliku atau berbatu.
bukan masalah jalan itu luas atau lengang.
asalkan jalan itu jalan bahagia.
janji jalan itu jalan bahagia.
untuk apa jalan luas tapi tetap sesak?
juga untuk apa jalan lengang tapi menakutkan?
jika jalan berbatu itu yang rasa cuma gegaran,
masih boleh dinikmati hijau alam,
dan hati riang,
sudah cukup bukan?
rahsia hidup kita tidak ketahui,
kerana ilmunya bukan untuk dipelajari..
tapi hikmahnya,
kita masih boleh memerhati.
di situ ajarnya untuk menjadi manusia.
bukan manusia yang manusia.
tapi manusia yang luar biasa.
kerana manusia itu mengikut perasaan,
tapi yang luar biasa itu mengawal perasaan.
#masih ada satu pain yang aku tak bisa atasi,ku kira ianya hadir setiap kali aku terpaksa meninggalkan rumah..homesweethome:)always
Comments
Post a Comment