Matahari terik atas kepala.Baju dahla pakai berlapis.Peluh
mengalir boleh rasa kat badan.Jalan sesak dengan kenderaan. Alah,time lunch.
Semua orang pejabat keluar kot time ni.Lagu Daylight Maroon 5 yang masuk carta berdendang kat dalam
kepala.Telinga ditutup dengan headphone.Be My Baby dengan warna merah atas tshirt kuning jelas
kelihatan dari jauh. Walaweh, aku nampak cool apa dengan gaya ni. Orang skema
panggil selekeh,but this is how we defined cool and rock bebeh! Rambutnya
diserabaikan ke depan ke belakang.
Hari ni sekolah sekerat hari.Kelas petang ni,Pendidikan
Islam. Apa lagi,chow la wehh. Buang masa je dengar Ustaz Syuib ajar. Alah,tak
masuk kelas pon boleh jawab exam kot. Setakat tanya nyatakan akibat menderhakai
ibubapa,logik akal boleh jawab.Eheh. Kaki lambat lambat melangkah.Takde tujuan.
Nak pergi main game,dah bosan. Ala, Space Wright da khatam dah. Game semua
bosan macam happe je. Common la. Dia orang ni dah kering idea ke sampai level
12 pon musuh cukup tangan lagi nak menekan .Nak pergi jamming pon macam takde
mood. Alah,mamat jiwang tulah yang rosakkan. Masuk tempat orang bawak lagu
karat. Apade.Putus cinta pergi tasikla weh. Sini tempat main lagu outstanding
gituh.
Ah.. Kacau!Aku nak pergi mana ni.Kalau jiwa kacau
camni,cantik pergi memancing.Eheh. Seronok apa kalau dapat ikan. Kalau dapat.
Kalau tak dapat pon, paling tak pon,jiwa da reda siket.Mujur mak takde time aku
balik nih,kalau tak mati aku kena kejar satu kampung.Yerlah,mana ada sekolah
menengah habis pukul dua belas.Pukul dua belas dah tercegat depat pintu alamat
memang nak kena libas la dengan bapak.
Tangannya mencapai batang buluh yang tersandar kat dinding
belakang rumah.Kemudian terdengar bunyi kabinet dapur berdentum ditutup.Dentingan
kunci memenuhi ruang rumah yang tak berpenghuni.Seketika kemudian,enjin motor
berderum dan sayup-sayup meninggalkan rumah banglo dua tingkat tu.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Dah nak maghrib baru
tersidai muka kau kat depan pintu ni ye,Jai”
Jamil Ahmad Irfan cuma tersenyum memandang maknya yang
tercegat di muka pintu. Kaki laju membuka sneakers Adidas hitam merah.
“Yang senyum sorang sorang tu kenapa?Angau ke kena sampuk?”
“Mak ni. Kata tu doa tahu. Nak tengok ke Jai kena sampuk?”
Tangannya menghulurkan plastik hitam .Segera disambut Mak
Wan.
“Amboi!Dinner ikan patin kita hari ni. Mana kau dapat ni?”
“Tangkap la mak. Ni anak lelaki badang maklah.”
“Banyaklah kau punya badang. Suruh buang sampah pun berulat
dulu tong tu. Ni nak masak tempoyak ke nak goreng je?”
“Tempoyaklah mak. Jai mengidam sampai kecur lidah lidah ni”
“Dah. Naik. Mandi. Solat.Pastu turun makan.”
“No problemo,madam”
Kaki melangkah naik tangga.Dah macam terasa dah dalam mulut tempoyak
dengan belacan.Kalau ini ceritanya, mahu dia solat Nampak patin tergolek atas
sejadah ni.Eheh. Solat?Banyakla kau punya alim.Subuh bukan gajah dah,nak terjah
pon tak.Bangun lompat dari katil pon sebab dah lewat nak pergi sekolah. Bukan
mak tak kejut,tapi dia dah record suara dia angkat takbir dan beri Salam.
Memang keji punya idea la.Tapi,hidup ni kena survive.Kalau tak,tak puas la
tidur.Pukul dua pagi mata masih depan Tv.Tangan masih menekan bagai nak
rak.Yerlah nak tembak alien sejuta makhluk kut.
Apahal semua benda nampak kecik ni? Kelopak mata rasa macam
kena gantung dengan sejuknya aircond nih.Kaki dah bersilang atas katil.Badan
dah lama landing. Mandi memang taklah.
Malas aku. Sejuk. Dan bazir masa je.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
“Bertuah punya budak.Bawak balik Patin tapi tidur pulak.”
Mak Wan menarik selimut untuk membungkus badan anaknya.Suhu
bilik dinaikkan sedikit. Dahi anaknya dicium perlahan.
“Ya Allah,golongkan dia dalam golongan orang orang yang
Engkau cintai”
Pap!Bilik gelap kecuali sedikit simbahan cahaya bulan yang membolos masuk
melalui ruang antara langsir.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Kumpul jawapan Integeration yang saya suruh kamu buat
semalam sekarang. Siapa yang tak siap berdiri”
Alamak!Mampus!Semalam dahla tidur awal.Homework memang tak
ingat langsungla.
“Saya bagi satu minit je untuk awak semua settlekan sebelum
saya mulakan pembelajaran hari ni”
Jai mulakan sketsa murahan dalam kelas. Dia selongkar satu
beg.Meja habis dikubangnya.
“Jai ” Afiq hulur tapak tangan sambil buat isyarat.Makin
rancak sketsa Jai.
“Siapa yang tak siap,tak buat,tertinggal Berdiri!”
Bala apa melekat kat aku hari ni nih. Dahla cikgu neutral komando. Sekali kena push-up seratus kali kat kaki lima kelas naya je.
“Jai.”
“Aku tertinggallah” Tangan kiri meronyokkan kertas kajang
yang berisi sekerat ayat.Dia berdiri.
Dan dia sorang je yang berdiri.
“Luar.Keliling padang on your hand.”
“Hah?.Guna tangan?”
“Satu round je.Nak saya tambah lagi dengan tiga copy jawapan
yang awak tak hantar harini?”
Kaki laju melangkah keluar kelas.Nasib kaulah,Jai. Tangannya
menekan perut selepas perutnya membuat konsert pendek tapi cukup untuk dia
mengeluh perlahan. Ikan Patin masak tempoyak maknya terbayang-bayang.Tulah,semalam
tidur. Dahla tak sarapan.Aduhai. Muka dah macam kena simbah dengan cuka campur
acid concentration rendah. Ni macam puasa sambil buat bangunan lima tingkat
nih.Padang yang luas menghijau ditatapnya penuh perasaan. Kalau rumput ni rasa
macam bendi,sekarang jugak aku transform jadi kambing mutan.
“Dalam masa sepuluh minit,siapkan dan masuk ke kelas!”
Hailamak.Nama je perempuan.Tapi menakutkan betullah. Kalau
aku jumpa singa pon aku sempat say hai taw sebelom cabut lari.Dia dah turun
dengan tangan sentuh tanah.Ouch,tertekan batu pulak. Habis sekolah
ni,kalau aku hari hari tak siap homework
memang tough la badan aku. Stamina baik
punyer. Heh kawan, kau nak terbakar satu badan dulu ke sebelum kau berhenti
membebel? Tak nampak matahari punyalah cantik 90 darjah atas kepala tu?
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sejuk je dalam bilik. Tangan pon sejuk je. Dah letak ais dah
kat tapak tangan. Huh. Mujur setengah jalan je tadi. Kalau satu padang,aku
saman cikgu sebab tapak tangan aku free-free je hancur berbarai. Petang tadi
pulak hujan lebat lepas balik sekolah. Punyalah buat kerja gila,dia redah hujan tu dengan selamba
aci je. Jalan macam siput kat tengah tengah hujan lebat tuh. Nak nikmati hujan
yang kadang kadang turun konon. Hah,amik kau. Dah berbungkus atas katil.Dah
terlentang macam ni,bosan lah pulak. Nak jamming atas katil pon,tangan spoil.
Masalah.Masalah.
Handphone nya tiba tiba bordering. Ringtone What About Now
bergema satu bilik. Huh? Sapelah pulak kol ni.Tak save lah pulak.
“Yo.” Sepatah dia bersuara.
“Kau kat mana?”
Macam kenal je sape. Tapi tak ingatlah sape.
“Aku kat rumah. Pehal?”
“Siap sekarang. Kita keluar. Aku amik kau lebih kurang
sepuluh minit lagi?”
Mangai. Taiko mana balik kampung ni. Suka hati nak suruh aku
hang out sesame. Tanya aku nak ikut pun
tak.Tapi sumpah aku cam suara ni. Tak ingat lak ai sape.
“Weh,kau dengar tak nih? Sepuluh minit lagi. Lambat dinner
kau belanja.”
“Errk. Bro. Kau salah nombor nih”
“Kuali arang kau salah nombor. Aku lah ni! Padi!”
“Aku tak kawan dengan Padi. Aku kawan dengan manusia je”
“Weh, kau ok ke tak nih?Ni nombor baru akulah.”
Eh,apehal dia beritahu aku dia ada nombor baru?
“Apa kaitan aku dengan nombor baru kau?”
“Yang kau main tayang wayang ni kemende hah? Aku sampai
rumah kau kejap lagi.Aku dah kat simpang tiga traffic light kat depan nih.”
Talian terputus.
Apahal berpusing semacam je bilik nih. Kepala pun rasa
berat. Adeh! Berpinar mata aku. Ni kena ambil Panadol Acti-Fast nih.
Buk! Selimut menangkap kakinya lalu menghumban badannya ke
lantai kayu. Dahinya terasa berdenyut laju. Dia dah tak sedar apa yang terjadi
selepas itu.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Refleks terhadap sakit di kepalanya menyebabkan tangannya
meraba perlahan di tempat yang sakit. Ah, masih berdenyut kepala aku. Perlahan
dia mengimbas siling biliknya. Kenapa aku rasa aura bilik ni lain semacam je.
Macam ada bom jangka nak meletop. Dia menolak badannya ke atas dan cuba
bersandar di kepala katil.
“Wargghhh. Apasal kau ada dalam bilik aku ni. Dari mana kau
turun?”Jai melatah terkejut tengok susuk tubuh yang sangat dikenalinya berada
di tepi katil
“Aku turun dari black hole nak selamatkan kau. Dah tahu
demam,pergilah makan ubat. Yang sampai meniarap atas lantai tu apekehal?”
“Bila masa aku tidur atas lantai? Ni,aku atas katil nih.Tak
nampak?”
“Oohh,Macam mana kau naik? Guna kaki kau ke kaki aku?”
“Apekehal aku nak guna kaki kau. Guna kaki akulah weh. Gila
soalan.”
“Kau kan. Memang dari dulu lagi kan. Kalau demam je siket
macam hilang ingatan. Mujur tak ingat sekejap je. Mahu kalau setiap kali kau
demam,kau lupa sape diri kau,tak ke naya je.”
Jai tersengih busuk macam sambal belacan. Ada betulnya apa
yang sepupunya cakap tuh. Dia kalau demam memang tak ingat dunia. Sedar sedar
bila suhu dah ok siket. Kalau dia demam, suhu bukan siket punya naik,cecah
sampai 40 darjah ada! Tapi betullah,kalau dia demam sampai tak ingat sape diri
sendiri,alamat masuk wad gila jerlah saban tahun.
“Bila kau sampai?”
“Lepas aku telefon kaulah”
“Mana ada kau telefon aku!Beritahu pun tidak bila sampai
sini. At least aku boleh amik kau kat airport.”
“Kau bukak handset kau sekarang. Tengok dekat received
call.”sambil tangannya membaling handset Jai.
Jai cekap menyambut sebelum mukanya menjadi tempat touchdown
plastik keras tuh.
“Haahla…” Dia melihat received call dari Daniel lepas subuh
pagi tadi, sebelum dia ke sekolah.. “Tapi, asal aku tak ingat hah?”
“Aku rasa sebab neuron kau terlampau panas kot sampai dia tak boleh nak recall what had
happened”
“Banyaklah kau. Nama je sambung medik. Suka hati je. Matilah
semua pesakit kau nanti.”
“Hamboi. Lesen mulut kau.Kau da bayar cukai jalan ke
nih?Main rempuh je. Dahla makin gemuk. Nak patah tulang pinggang aku tahu tak. Mujur
tak displace tulang tulang aku nih.Nak heret usung kau naik atas katil nih. Kau
ingat aku Harry Potter ke nak main
‘accio Jai’ dari jauh?”
“Ughh. Makin sakit kepala aku ni. Dahlah sakit.Kau membebel
berkotak kotak ni apekehal?”
“Dah solat?” Daniel tanya sambil buat muka poyo.
“Aku .. Aku tak solat lah. Aku kan uzur ni”
“Dah sihat kan?Bangunlah. Meh aku tolong kau. Solat duduk
takpe.”
“Nantilah aku qadha time aku sihat.”
“Kau ni. Dah berapa banyak kali kau tinggal solat. Mati
tetiba camne?”
“Nanti aku solatla. Bukan aku taknak. Aku kata nanti”
“Masalahnya,takut nanti dah takde”
“Fikir positifla,Bro”
“Banyakla kau punya positif. Nanti Izrail datang boleh kau
cakap,sekejap saya nak solat”
“Weh,aku malasla nak debat dengan kau ni. Kita lain la. Kau
tu sekolah agama. Aku sekolah biasa.”
“Banyaklah kau punya loyar aku sekolah agama. Sekolah kau tu
dah jadi sekolah agama ke?”
“Kau pernah masuk kelas fardhu ain waktu kecik dulu.”
“Kau pun.”
“Aku tidur. Kau masuk kau belajar.”
“Ooh. Kiranya kau tak tahulah ni solat fardhu ni wajib?”
“Ishh. Susahlah kau nih. Takkan kau tak faham kot. Susah nak
bagi kau faham. Kau budak baikla.”
“Kau pun,susah sangat ke nak bagi kau faham yang wajib tetap
wajib?”
Tuk tuk tuk. Serentak pintu ditolak. Kelihatan Mak Wan
tersenyum.
“Daniel,Mari turun makan. Mak Andak masakkan sotong kunyit
dengan kangkung belacan untuk Daniel”
“Daniel je ke mak?”
“Mak masakkan kau bubur ayam. Nak turun ke?Larat tak?”
“Ala mak ni. Jai kan anak badang. Kejap lagi Jai turun
dengan Daniel.”
“Ok. Mak tunggu.”
Jai jeling sekilas ke arah Daniel yang masih duduk di atas
kerusi di tepi katilnya. Riak wajahnya tak dapat dibaca. Marah ke aku taknak
solat? Ke mengajuk? Dia baling selimut ke sudut hujung katil dan bingkas turun
dari katil.
“Tadi,ada kawan kau datang. Aku cakap kau tak sihat.”
“Humph. Jom. Aku kebulur.”
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Daniel tua dua tahun
dari Jai. Tapi sebab dulu selalu lepak sesame bila balik kampung cuti sekolah,
jurang dua tahun tu tak rasa pun.Sekolah pun sama dulu waktu kecik kecik. Tapi
Daniel la yang bla dulu sebab dia amik SPM dulu.Daniel sambung belajar kat Jogjakarta
buat medik. Dia balik semalam. Hari ni,dia turun nak lepak dengan cousin
kesayangan aci tempat tumbuk.Alih alih bila Jai balik sekolah ,dengan badan
lencun,terus naik ke bilik. Padahal dia terjongkong depan ruang tamu tu tengok
TV. Daniel pon malas la nak sergah. Kut tengah serabut sampai tak ingat
dunia,dia pulak kena sergah balik. Bila dengar macam ada buah betik busuk jatuh
atas lantai,dia berlarilah naik ke bilik Jai. Tengok tengok Jai atas lantai.
Bila nak pegang badan Jai,boleh rasa bahang dari jarak jauh. Huh. Sohih
demam.Main lagi hujan.Dah tua tua pun buat kerja tak pakai otak.
Jadilah bidan terjun nak jaga anak orang terbakar sekejap.
Mujur amik medik. Eheh. Kau baru tahun dua. Lagipun setakat tungku kepala budak
ni dengan air,budak enam tahun tahu.Tak payah nak terbang sana sini belajar
ilmu tuh. Macam cicak kepanasan gak dibuatnya,sekejap bangun pergi tandas
basahkan balik tuala yang dah nak kering,satu badan dia tungku.Sekejap betulkan
selimut Jai. Nama je demam. Bersilat dalam selimut kalah Hang Jebat. Dia sempat
call Mak Andak bagitahu anak lelaki bertuah ni demam panas.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Riuh Wangsa Walk dengan suara manusia. Ada yang baru balik
dari membeli belah.Tangan penuh dengan beg kertas berisi baju,handbag dan
segala bagai lah. Ada yang nak tengah menyegarkan bunga bunga cinta.Jalan
berkepit macam belangkas,tangan pegang tak lepas. Ada yang outing dengan family
satu
keluarga.Nak bonding kut. Nikan musim cuti sekolah. Waktu nilah nak gossip
balik hal luar dalam rumah.Waktu sekolah semua bersepah utara timur selatan.
“Kau nak makan Dominos ke nak makan Chicken Rice nih?”
Ditalanya pandangan ke depan menunjukkan lokasi Chicken Rice
.
“Kalau Dominos sebelah sana. Kau nak makan pizza ke nasi
nih?”
“Pekena Nasi dengan Asam Pedas la weh. Dah lama aku tak
makan.”
“Lorh,kat sini kau nak cari Asam Pedas versi Tok Ya mana ade
weh.”
“Ala, makan kat food court je.”
“Sure? Aku nak belanja ni.”
Kakinya melangkah meninggalkan suara empunya di belakang.
“Woi. Tunggula aku. Ala kau ni. Aku nak makan Dominos la..”
“Assalamualaikum Dan”
Satu suara menyapa gegendang telinganya. Dia mengangkat
muka.Senyum meleret ke hujung pipi bila dia melihat ke kanan. Tangan dihulur
terus dicapai.
“Wasalam.Kau kabare?”
“.Aku sihat,bro”
“Pergi studio ke?”
“Takdelah aku datang sini nak lepak je.Kebetulan nampak
kau.”
“Kau da buat lagu baru ke?”
“Aku tengah cari ilham la nih. Dah makan? Aku belanja jom”
“Food court.”
“Ok.”
“Ni lupa pulak nak kenalkan. Sepupu aku. Dia jamming gak.
Tapi kau hip hop kan. Dia metal je.”
“Syamsul. Call me Sam”
“Jom”
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Yang kau diam je ni kenapa? Nak makan Dominos pulak ke?”Daniel
bersuara menegur Jai yang blur semacam je.
Jai tak keluarkan bunyi pon waktu jumpa Sam tadi. Bukan
apa,kena mental breakdown. Ingatkan boleh buat geng jamming. Gabung rap dengan
metal. Mangai sekali kena,bincang pasal akidah. Free je dengar ceramah agama
tadi. Otak tak boleh nak digest,macam mana orang Hip Hop rap boleh jadi ustaz?
Tengok baju pon biasa je. Tapi sekali dia rap,nganga la jugak. Bunyi Michael
Jackson dia copy. Tapi lagu yang dia bawak pon bukan biasa biasa. Lirik dia
mana ada orang hip hop nak dengar .Lirik macam lirik Nasheed! Tapi tadi aku
bukak youtube guna S3 lepas dia bagi email,aku tengok beribu gak like music
video dia. Yerlah,music,suara,sound memang not bad. Aku boleh cakap pro punye.
Bagi 5 star la. Aku bukan suka sangat Hip Hop nih. Tapi kekadang dengar jugak
yang sedap sedap. Yang Sam punya band,baik punyer.
“ Sam tu.. Aku tak fahamlah.” Dia tengok Daniel dengan
kening kanan terangkat sebelah.
“Apa yang kau tak faham?” Daniel dengan riak wajah yang
macam selalu tak boleh nak ditafsir memandang
ke arah kedai buku Popular yang
sesak dengan manusia.
“Dia. Hip Hop dan Agama.” Sambil mengeluarkan jari satu persatu dan memandang Daniel dengan
kepala yang tergeleng gerak penuh kebingungan.
“Kau pernah dengar Native Deen?” Daniel pegang tangan Jai
sambil keluarkan jari Jai mengajuk kembali apa yang Jai buat tadi. “Native
Deen.Hip Hop dan Agama. Precisely, Islam”
Jai merentap tangannya daripada pegangan Daniel. “Ala kau
ni.Kacaula. Aku tak nak kenal sape Native Deen tu.Aku nak kau cantumkan apa
yang aku takleh cantum. Macam mana orang agama boleh buat Hip Hop? Bukan
spesies tu duduk dekat masjid,buat usrah sibuk nak dakwah orang sana sini ke?”
Daniel memulakan langkah menuju ke Popular. Dalam hatinya
cuba menjawab persoalan Jai secara ringkas dan mudah. Jai dengan lurusnya
mengekori anak anak langkah yang dibuka Daniel. Orang berpusu keluar masuk dari
Popular. Kebanyakannya dengan plastik yang berisi buku.Entah apa jenis buku
yang dibelinya tak tahulah. Teringat ustaz Pahrol cakap, siapa diri kamu akan
datang dicorakkan oleh buku apa yang kamu baca sekarang. Tapi dia datang ni
bukan nak cari buku. Nak beli CD.
“Kau tahu apa masalah
manusia? Manusia ni tak suka kalau dia di ‘judge’ orang lain.Tapi,sebenarnya
dia sendiri ada letakkan gap antara manusia lain. Maksud aku,dia sendiri yang
meletakkan manusia manusia lain dalam persepsi dia sendiri. Contohla, kakak
yang free hair tu. Aku bukan maksudkan dia. Tapi kalau kau tanya kenapa dia
taknak pergi kawan dengan orang yang pakai tudung,nanti dia cakap:alahai,
diorang bukan nak kawan dengan kita orang. Diorang kan budak baik baik. Aku
taknakla diorang pandang rendah kat aku sebab aku tak pakai tudung. Tu mungkin
apa yang kakak tu akan cakapla.Padahal kan, wujud je manusia yang bertudung
yang tak kisah,yang suka bina bond dengan sesape pon. Jadi,hiduplah kakak tu
dengan persepsi dia yang tersendiri. Orang tak judge pon dia padahal,tapi dia
yang judge orang macam mana.”
Panjang Daniel berkata. Dahi Jai makin berkerut dan
berkedut. Daniel rasa macam nak gelak pon ada. Tak pernah dia tengok Jai sampai
berkerut hodoh macam tu. Daniel terus mencari di rak rak CD yang dipamerkan di
situ. Rak sebelah kanannya dipenuhi dengan cerita Korea. Secret Garden. Daniel
tersenyum membaca sinopsis ceritanya. Dia meletakkan kembali bekas CD tu
sebelum bergerak ke rak English.
“Macam kau. Kau letak manusia yang beragama dan
mengamalkannya cuma di tempat tempat tertentu. Padahal,Islam kan universal.
Islam hadir untuk melengkapkan. Memperindahkan. Menampung apa yang kurang.
Sebab tulah, cantik macam mana pun perempuan tu, tapi kalau kain kat badan tak
cukup nak tutup, kita lelaki still rasa ada yang tak umphh.”
“Jadi, bolehlah sebenarnya Islam dan Hip Hop ni?” Jai capai
VCD Iron Man 3 dengan mata galak. Baru minggu lepas pergi tengok wayang dengan
gengnya. Huish cerita ni, mana sah tengok sekali je.
“Kau tahu. Islam sentiasa meletakkan garis panduan untuk
diamalkan. Nak berhibur pon ada batasan. Bukan main terjah je pub ke karaoke ke
apa ke. Dengan siapa. Pergi keluar berpegang tangan,bertepuk tampar,bersendeng
tolak kan haram. Kau rasa kalau Islam
tak gariskan semua benda tu, patut tak Islam dipanggil agama yang syumul?”
Daniel tersenyum bila nampak CD yang dicari carinya dari jauh. Alahai,apahal la
susah sangat nak cari.Tahulah luar Negara punya versi.Tapi letaklah sekali kat
sudut yang sama waktu dengannya. Mungkin tuan kedai ni pun tak pernah tahu apa
isi kandungan dan tak jangka tu isinya.
“Syu-mul.Erm. Macam pernah dengar.” Jai cuba recall balik
perkataan syumul. Ustaz Syuib selalu cakap Islam adalah agama yang syumul.
Ustaz selalu ulang Islam sebagai ad-din. Tapi sebab masa tu selalu fikir benda
lain,jadi apa yang Ustaz cakap memang macam angin lalu. Waktu periksa pun,hafal
bagi ingat time nak jawab je. Nak mengaplikasikan memang jauh sekali lah.
“Islam sebagai Ad- Din ni kalau ikut skima buku,Islam
sebagai satu cara hidup yang lengkap melengkapi semua aspek kehidupan
manusia.Tapi, ikut faham senang aku, islam ni cara hidup lah.” Daniel mencapai
CD dan menuju ke kaunter pembayaran. “Kau ada nak bayar sekali tak?” Jai
geleng.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Jai melangkah perlahan. Selepas turun dari stesen Hang Tuah
tadi,manusia dah kurang siket. Hujung minggu memang sesaknya boleh tahanlah.
Dia dan Daniel membawa haluan masing masing setelah tiba di simpang empat
hujung Jalan Permai. Rumah Daniel belok ke kiri dan rumahnya adalah rumah
pertama dari deretan blok rumah banglo di situ. Rumah dia pulak pusing ke kanan
dan rumah kedua hujung sebelum masuk ke simpang tiga menghala ke jalan besar
tu.
Jai jalan strek melepasi rumah sendiri. Dia pon tidak pasti
kenapa kakinya tidak melangkah je masuk ke rumah tadi. Boleh berehat selepas
puas merayau di Wangsa Walk tadi.Pandangannya ditala ke hadapan. Dia pon tidak
pasti apa yang dia cuba fikirkan. Cumanya fikirannya waktu itu kosong
Shreeeeeetttttttt.. Tuuuummmmmmmm.
Segalanya berlaku dengan pantas.Dia sempat menangkap
permandangan bagaimana penunggang motorsikal itu melambung ke langit sebelum
terhempas kira kira tujuh meter dari motorsikalnya. Topi keledarnya tercabut dan orangnya di tepi
longkang jalan.Bersepai bahagian depan motor tu. Semua kenderaan automatik
memberhentikan kenderaan ke tepi dan orang ramai cuba membantu. Jai masih
terpaku berdiri di hujung jalan. Dia melihat Iswara Hitam Model 1995 remuk di
bahagian depan. Dia tidak pasti pemandunya cedera parah atau pun tidak. Orang awam cuba membantu pemandu
kereta tu keluar daripada keretanya.Ada beberapa orang lelaki menarik rangka
motor yang tinggal ketepi jalan dan menolak Iswara ke tepi bagi membesarkan
jalan.
Dia melihat di tempat berkumpulnya orang ramai yang macam
semut mengurung gula. Bezanya sekarang manusia dan darah. Dan bukan tujuannya
berminat dengan darah. Tapi nyawa! Ada beberapa orang lelaki yang mengeluarkan
handphone dan mendail pantas nombor nombor berkaitan. Ada yang volunteer
mengawal lalu lintas. Tapi yang menarik perhatian Jai bagaimana keadaan
penunggang motorsikal tu. Ikut logik
akal, terhempas tujuh meter tanpa topi keledar dengan momentum yang agak besar,
tipis je nasib pemandu tu. Jai mendekati tempat nahas tapi tidak cukup dekat
untuk melihat keadaan penunggang motorsikal tadi.
“Tak boleh buat apa
dah. Kena tunggu ambulans je. Budak tu baru meninggal tadi. Orang cek nadi pun
dah takde. Teruk sangat dah. Topi keledar takde kan. Darah banyak sangat dah
keluar”
“Ye ke? Innalillah.
Dah call ke parents budak tu? Muda lagi ke?”
“ Call dah tadi.Tu lah. Muda lagi,tengok Ic 92. Muda muda
dah meninggal.”
Suara pakcik berdua itu cukup kuat untuk didengari Jai yang
masih terpacak macam kayu di belakang. Dia macam tak berani nak pergi tolong
bila terlihat darah merah macam sungai mengalir atas jalan. First time tengok
darah banyak tu.Dan dia sebenarnya macam terpempanlah jugak dengan apa yang
berlaku. Dia tak perasan macam mana kereta tu bertembung dengan motor Belang
Suzuki putih tu. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Dia dengar bunyi brek
emergency yang macam masa buat latihan sebelum dapat lesen P tu dan dentuman.
Tu je.
Tiba tiba rasa lengan panjang t shirt baju nye ditarik atas
ke bawah atas ke bawah. Dia menoleh ke sisi dan tunduk sedikit. Aik?Mana datang
budak kecik ni?Berani pulak datang dekat
dengan mayat. Aku pun da berderu darah ,jantung nak dup ke dap ke tidak. Dia
melemparkan senyuman terpaksa kepada budak lelaki itu sambil mencangkungkan
badan untuk menyamai ketinggian budak itu.
“Bang. Orang tu da mati ke?” Budak lelaki itu bersuara
sambil jari telunjuk menunjuk ke arah tempat orang berkerumun kesibukan.
“Ye dik. Innalillah.”Entah kenapa bila terdengar perkataan
mati macam ada satu renjatan elektrik kat pangkal hulu hati. Mati? Muda? Ah,
terlampau banyak perkara yang terpaksa dihadam hari ini.
“Bang, lepas mati dia pergi mana? Buat apa? Jadi apa?Mati tu
apa? Tidur sekejap eh,bang?” bertubi tubi soalan terkeluar dari mulut budak kecil
itu. Tangan kanannya memegang lolipop strawberi yang boleh dibau perisanya dari
jauh.Budak memang budak. Banyak lagi perkara yang perlu dipelajari.
Bau hanyir darah mula menusuk hidung.Tapi mulut Jai seolah
terkunci mati. Dia terkejut dengan soalan budak lelaki yang berdiri sebelahnya
yang sedang memerhati trafik manusia di depan mereka. Siren Bomba, polis dan
ambulans bercampur aduk menambahkan lagi keriuhan suasana.Polis mula mengambil
alih trafik lalu lintas yang sedikit kelam kabut itu. Tiada pula bunyi hon
marah,seakan menghormati mayat dan tanda simpati kepada yang terlibat. Para
petugas hospital segera mendapatkan pemandu dan mayat penunggang di atas jalan
raya. Jai tidak pasti terdapat penumpang atau tidak dalam kereta tadi.
Jai menarik nafas dalam dalam dan menghembuskannya.
Dia bersuara selepas mengumpulkan kekuatan hatinya “Dik,mati
ni ibarat……” sambil berpaling kepada budak kecil itu tadi tetapi budak lelaki
itu telah tiada di sisi.Dia tidak perasan bila budak itu ada di sisi dan bila
dia pergi. Budak tu datang dan pergi begitu je. Macam angin singgah dan terus
pergi. Meremang bulu romanya se inchi.Haish Jai! Jangan fikir benda karut marut
eh.Takkan budak tu kau nak kata hantu kot. Kalau yer pon ada mayat kat sini
jangan nak fikir bukan bukan eh. Dia bangun berdiri sambil mata mencari cari
kelibat budak tadi.
Oh!Tu dia! Kelihatan seorang lelaki dewasa,mungkin bapanya
atau abangnya memimpin tangan budak lelaki itu pergi jauh dari tempat kejadian.
Humph. Macam manalah budak laki tu boleh jalan sampai sini.
Budak itu berpusing dan melambai lambai ke arah Jai sambil tersenyum
menampakkan gigi rongaknya di depan.Jai melambai kembali tanpa perasaan. Dan
dia rasa cukuplah kejutan demi kejutan pada hari itu,dan dia bertekad untuk
pulang melapangkan minda yang cukup cukup bercelaru ini.
Namun ada satu suara yang
bergema di kepalanya…
“Bang, lepas mati pergi mana? Buat apa? Jadi apa?”
“Lepas mati pergi mana? Buat apa? Jadi apa?”
“Muda muda dah meninggal”
Warghh.. Kepala rasa macam nak meletup! Jai membuka langkah
lebih besar dan lebih laju. Kenapa rasa macam rumah tu jauh sangat nak
sampai,padahal sedekat mata memandang je.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasa macam nak pecah kepala jawab Integeration nih. Lepas ni
kelas Pendidikan Islam. PAFA dah hafal semalam, hari ni mesti nak tasmi’
punyalah. Bacaan dalam solat dia dah
lancar.Doa qunut dia dah masyi dah. Yerlah,solat subuh dah tak tinggal dah. Mula
mula memanglah liat nak bangun awal, tapi gagahkan diri jugak bangun lepas
dengar mak ketuk pintu suruh bangun. Subuh hujung minggu pun kadang kadang dah naik matahari
baru terkejut bangun solat. Tu pun melompat dia bangun dari katil sekilat
boleh. Adalah rasa menyesal sebab terlepas subuh tu. At least, dia dah mula
rasa. Kalau dulu solat pon tidak. Nak sebut Allahu Akbar jangan mimpilah. Menyesal?
Macam langit dengan bumi.Tapi tu dulu. Sekarang,Alhamdulillah, dia dapat,terima
dan dia grab hidayah yang sampai.
Bila dah mula perform solat ni, mula rasa ada beza Islam
dengan agama lain. Bila dah angkat takbir ni,hati mula rasa memperbesarkan
Allah sebagai Tuhan. Merangkak gak baca Al- Fatihah waktu first first
dulu,sampai tersedu sedan dalam solat. Bukan apa, terfikir,aku Islam dan dah 17
tahun.Tapi Al-Fatihah aku dah berapa tahun tak baca. Baru rasa betul betul nak
bertuhan. Selama ni hidup memang fikir enjoy je dan solat tu macam kacau line
lah. Yerlah. Takkan tengah tengah game nak berhenti solat. Tengah syok syok
jamming takkan nak berhenti solat. Tapi bila fikir mujur waktu tu nadi tak
terhenti dan aku masih diberi peluang hidup,air mata memang deras mengalir.
Allah tak matikan aku waktu aku tengah derhaka kat Dia. Allah masih beri aku
peluang. Tapi waktu tu memang tak terfikir benda benda macam ni dan aku anggap
agama memang satu bebanan.
Bila dia bukak tafsir yang Daniel kasi waktu first first dia
kata nak belajar ngaji tu,Daniel suruh bukak terjemahan Al-Fatihah dulu. Sekali
baca haru hati macam hilang gitar je. Tapi rasa macam dah jumpa balik komik
Naruto yang hilang lama dulu. Tak.Lebih lagi. Rasa macam baru balik. Macam baru
jumpa jalan yang terlepas pandang lepas sesat. Rasa macam puas sangat
hati.Daniel kata khusyu memang susah,tapi kita kena usaha. So memang kena
khatam lah baca terjemahan Al-Fatihah tu. Supaya kita tak tonggang tonggik
bangun duduk je hafal bacaan solat. Bila kita solatkan kita nak komunikasi
direct dengan Tuhan. So kenalah hadirkan hati,rasa dan jasad tu.
Seminggu jugak Daniel berkampung kat rumah dia. Nak ajar
solat balik. Cek bacaan. Betulkan sebutan makhraj. Beri tazkirah. Daniel ada
tanya kenapa tiba tiba je kan nak solat,nak buat benda benda macam ni. Dia
cakap aku takut esok aku mati.Mula mula Daniel macam terkejutlah jugakkan. Tapi
sebagai sepupu,dia memang sangat gembira dan rasa sangat bersyukur. At
least,dia tahu berkat dan makbulnya doa seorang ibu. Daniel pon tak lokek
ilmu.Dan takde main sindir sindir pasal masa lalu dia. Dia jamming gak
sesekali. Tapi sekarang dia dah bawak lagu slow. Haritu Daniel kenalkan dia
dengan Dawud Warshnby. Lagi terkejut bila Daniel mintak gitar dan dia bawak
lagu Here Comes The Sun. Daniel gelak je bila dia tanya mana kau belajar main
gitar.
Bila lidah yang keras macam besi takleh sebut Allahu
Akbar,Daniel pegang bahu dia cakap takpe,Allah terima. Allah tahu kau dah
usaha. Bila dia rasa macam nak balik balik buat benda tak senonoh, malas nak
solat, dia terus ingat pasal mati. Bila dia nak lawan cakap mak,dia terus ingat
mungkin esok mak dah takde nak membebel apa yang patut dia buat dan apa tak.
Dia terus senyap dan pandang mak dia penuh rasa kasih dan sayang. Bila dia
nampak orang mintak sedekah kat tepi jalan memanglah rasa nak marah kan sebab
peminta sedekah tu tak usaha padahal ada je kaki dan tangan.Tapi bila ingat
pahala sedekah tu nanti Allah akan bayar dan ganti kat akhirat terus dia
keluarkan dompet. Tu hal dia taknak berusaha cari nafkah,hal aku beri sedekah.
Bila dia nak masuk panggung wayang sebab ada cerita meletup,terus dia batal
hasrat. Dia bisik kat diri sendiri,dosa yang lepas macam bumi dah,takkan kau
nak tambah lagi. Bukan sebab dia buat dosa bila pergi panggung wayang tu,tapi
sebab tu tempat orang buat dosa. Berapa kerat je yang masuk dengan family.
Berapa ramai yang pergi dengan couple sendiri?Ibarat kerbau bawa lumpurlah,
takut terpalit kat semua. Jalan mudah beli CD. Lambat sikit je,tapi still boleh
tengok kan. Bila nak mencarut ke maki hamun ke, dia terus diam sebab dia malu
dengan Allah. Malu sebab buat dosa berulang kali,tapi Allah tetap panggil dia
kembali. Tunjukkan jalan yang lurus untuk dia. Tepat seperti mana ayat 6 surah
Al-Fatihah: Tunjukilah kami jalan yang lurus. Walaupun dia tak pernah minta
sebelum ni,tapi Allah tetap kasi.
Dia pon hairan kenapa dia boleh jadi macam tu sekali
berubanhya. Tapi memang lepas orang berlanggar haritu dan dia ditanya soalan
maut tentang mati tu, dia search internet. Hati tergerak dan dia cuma ikut. Dia
bukak laptop dan taip kat google search engine,kehidupan selepas mati.
Memanglah internet semua takleh percaya bulat bulat,tapi apa yang dia baca
malam tu dah cukup untuk buat dia tutup laptop dan cari handset untuk dial
nombor Daniel. Daniel datang dan ajar dia macam mana nak ambil wudhu dan solat.
Bukan dia tak tahu,tapi dia tak pasti macam mana. Dia ingat ingat lupa je. Dan Daniel memang tak banyak tanya terus ajar
dia macam mana nak berwudhu, doa sebelum wudhu, lepas wudhu.
“Semua bangun….”
Jai meraup mukanya perlahan dan menolak kerusi ke belakang
sebelum bangun.
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus
7.(yaitu) jalan orang orang yang telah Engkau beri nikmat
kepadanya,bukan (jalan) mereka yang dimurkai,dan bukan (pula jalan) mereka yang
sesat.
“Assalamualaikum ya Ustaz.”
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Betul kata Saidina Ali,orang yang bijak ni adalah orang yang
selalu mengingati mati. Orang kadang
kadang memang berakal. Rancang itu ini,rumah besar, kereta Volkswagen Audi,
gaji berapa K bila dah besar. Tapi lupa nak rancang lagi satu hidup nanti.
Bukan hidup atas dunia,tapi hidup selepas mati. Ya!Hidup selepas mati yang
selalu orang lupa pasalnya. Semua tahu setiap dari kita pasti akan mati. Tapi
cuma terima je. Ok. Mati. Pastu?. Nothingkan. Lupa yang ada sebuah kehidupan
selepas mati. Dan yang paling parahnya,hidup lepas mati ni tiada akhirnya.
Takde mati lagi dah selepas mati. Dan hidup selepas mati ni ditentukan macam
mana kita hidup sebelum mati.
Bila fikir balik tentang azab orang tinggal solat rasa macam
nak hidup selamanya taknak mati. Tak sanggup rasanya nak hadapi azab Allah tu. Tak
nak dengar suara kemurkaan Allah tu. Tak lalu rasa nak makan bila fikir sakit
dan peritnya waktu Izrail tarik nyawa dalam keadaan marah sebab kita tak taat
perintah Allah. Tak terbayang macam mana umat dari Nabi Adam sampai Nabi
Muhammad akan berkumpul dengan terik matahari ibarat satu jengkal atas kepala.
Penduduk bumi sekarang pon berjuta dan kalau seribu pon berkumpul dalam satu
dewan sesak dan panasnya macam apa je. Ni pulak umat semua Nabi ada. Memang tak
terjangkau la akal fikiran camne teruk dan huru haranya situasi tu. Tapi ada
pengecualian untuk orang yang beriman. Tapi beriman ni setakat atas IC je ke?
Setakat mengaku,saya muslim. Setakat solat Hari Raya je ke?
Jai melemparkan pandangan pada bintang bintang di langit.
Dalam gelapnya malam tu,Allah still beri cahaya yang sangat cantik. Semuanya
untuk diteliti dan difikir oleh golongan Ulul Albab. Macam Daniel kata dalam
Al-Quran ada sebut, bukan Allah yang menzalimi diri kita, tapi kita yang zalim
pada diri sendiri. Memang kita zalim dan kufur. Ada ke patut kita cakap hidayah
Allah tak sampai. Kalau macam tu kita nak cakap Allah zalim ke? Kita cuba cari
hidayah,tapi Allah taknak beri. Macam tu? Jai menggeleng perlahan lahan. Kita
yang zalim! Kita tengok orang solat, dengar orang ajak solat, tengok orang
tutup aurat, dengar orang ajak tutup aurat, tapi kita buat pekak. Allah jadikan
kita pekak ke? Tak! Allah bagi telinga sepasang untuk mendengar. Bagi mata
sepasang untuk memerhati. Tapi sape yang
taknak tengok? Sape yang taknak dengar? “Aku” Jai separuh berbisik memberitahu
kepada diri sendiri.
Nabi bersabda: Aku berada dalam sangkaan hamba Ku. Dan Aku
bersamanya jika dia mengingatiKu.Maka sesungguhnya apabila dia mengingati Ku
dalam dirinya,maka Aku mengingatinya dalam diriKu. Sekiranya dia mengingatiKu
sepenuhnya,maka Aku juga mengingatinya lebih baik daripadanya (mengingati Ku).
Jika dia mendekatiKu sejengkal, Aku mendekatinya sehasta. Jika dia mengingatiKu
sehasta, Aku mendekatinya
sedepa. Dan jika dia mendekatiKu dengan berjalan, Aku
akan mendekatinya dengan berlari.
Teringat kat budak lelaki kecil dengan lollipop. Kalau jumpa
lagi,abang bagi sealmari lolipop macam macam perisa. Eheh. Haru je kau. Tapi
yerlah. Sebab soalan ingin tahu seorang budak dia jadi peduli untuk mahu. Mahu
berubah. Berubah ni mestilah ke arah yang baik.Lagu Thank You Allah dari Maher
Zain berdendang di speaker phone nya. Malam masih panjang. Betul. Esok akan
datang. Betul. Tapi tiada siapa yang menjanjikan esok aku akan hidup lagi. Jadi
dah sampai masanya,kita get rid all of the nonsense dan keep on living for
another life.Jai mendekati almarinya dan membuka pintu almarinya.
Ada orang kata, ingat mati ni jumud. Sebenarnya siapa yang
jumud ni? Bila orang ingat mati mesti dia ingat kena hidup baik baik. Takdelah
jadi pecah amanah. Dirty tricks. Dan segala bagailah yang merosakkan keamanan
dunia ni.Bila ingat matilah kita akan jaga tatasusila kita. Bila ingat matilah
kita fikir macam mana nak melabur supaya pahala terus mengalir even kita dah
dalam kubur. Dan bila ingat mati,perkara
first yang kita kena lalui sebelum mati ialah kegoncangan sakaratul maut.
Jai keluarkan tshirt
tshirt dengan tulisan entah apa apa entah. Dia tarik sehelai tshirt dengan
gambar skull yang tertulis YOU’RE DEAD! True! Dead before Death.In your heart
nothing left. Just the present of your breath. Berapa ramai yang dah mati
sebelum kematian menjemputnya lagi.Tak salah lah kalau nak cakap kita ni sebenarnya
zombie. Zombie yang dahagakan gadjet, internet, songs, and all the other things
yang kita kata fun and lifeless tanpa benda benda ni. Daniel kata Ustaz pernah
cakap,carilah hati di tiga tempat. Ketika sedang solat, ketika sedang membaca
Al-Quran dan ketika sedang mengingati
mati. Kalau kita tak jumpa hati kita, pinta dengan Allah hati yang baru sebab
hati sedia ada kita tu dah mati. Kalau orang yang tak pernah solat tu?
Apatah lagi nak baca Al-Quran. Ingat
mati? Jangan harapla kalau pagi petang asyik enjoy siang malam.
Jai asingkan tshirt tshit tu ke tepi dan tarik pula short
pants yang ada. Yang ni pakai dalam rumah jerlah takpe. Dia nak buat sesi
update almari mengikut syariat. Semalam dia baca twitter seseorang .
Aku akui ada orang tudung labuh,baju longgar size XXXL,pakai
stoking, pakai handsock tapi hati busuk kalah longkang tersumbat.
#Aku pon takleh nafi orang free hair,seluar sendat ikut
bentuk,baju jarang nampak kulit tapi tetap
solat dan tahu hormat.
Tapi both bukan alasan untuk aku pakai sopan cukup makan dan
kata aku nak baiki hati aku dulu.
Tapi aku pun takleh cuma nak jaga penampilan luaran tanpa
ambil pusing apa yang ada dalam hati aku.
Pendek kata, Aku kena usaha untuk dua dua.
Tutup aurat untuk latih hati agar tunduk..
Dan islah hati agar hak dan batil tak bercampur aduk.
Yang tu tweeter seorang muslimah. Dan dia seorang muslim.
Takde beza rasanya. Muslim ke muslimah, semua kena ikut syariat. Bezanya aurat
lain lain. Dia pon kena jaga cara pemakaiannya. Dia turun ke dapur mencari
plastik hitam sampah. Kali ini dia bertekad. Takkan nak derma kot baju ni. Free
je dosa masuk akaun. Dia masukkan semua baju dan seluar yang dia rasa tak sesuai ke dalam
plastik hitam tu. Memanglah aku taknak pakai jubah pergi shopping complex. Tapi
at least, aku tak sarung seluar betul betul bawah lutut yang bila duduk nampak
kepala lutut tu. Dan dia takdelah nak pakai baju tengkorak ke dengan tulisan
tak
senonoh ke. Dia pakai tshirt biasa. Berjalur,berbelang,berkotak. Still lagi
dalam kategori smart apa.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jai tersenyum lebar dalam kereta yang sedang dipandu
bapanya. Mereka dalam perjalanan ke LCCT untuk menghantar Daniel pulang ke
Jogjakarta. Cuti break Sem nya selama dua bulan setengah hampir tamat.Jai dah
janji nak hantar Daniel balik Jogja. Dan dia pun dah janji lepas tamat SPM
nanti dia nak pergi Jogja. Daniel kata cari
pengalaman. Cari erti hidup. Tapi dia sendiri rasa dia hidup untuk hidup
di alam seterusnya. Daniel kata ada banyak lagi yang kita tak nampak
sebenarnya. Jogja cuma sebuah kota. Sama seperti Kuala Lumpur. Tapi suasana tu
yang berbeza. Antara sebuah kotaraya yang megah berdirinya bangunan tinggi tinggi mencecah langit dengan sebuah Bandar yang
jarang jarang BMW lalu di tengah jalan raya,malah banyak beca pula.“Kau kena
experienced sendiri. Susah aku nak cerita.” Daniel menpuk belakangnya sambil
tersenyum.
“Bapak, tukar ikim pak.” Jai bersuara sopan.
Seketika kemudian lagu Nothing Compares bertukar menjadi
suara Ustaz.
“Bapak,kuatkan sikit. Tak jelas lah.”
“Apabila kita meninggal, kita akan meninggalkan semua benda.
Keluarga, sahabat, harta dan sebagainya. Yang akan menjadi pakaian kita
ccumalah kain kafan putih tiada jenama.Bagaimana agaknya malam pertama kita di
perbaringan kita yang merupakan tanah. Kita sering kali menangisi kematian
orang lain,tapi menangisi kematian diri sendiri itu yang paling penting tuan
puan.”
Jai mengangguk perlahan lahan. Benar kata Ustaz.
“Mati tu datang tiba tiba.
Ada syair arab yang menukilkan Berapa ramai anak anak muda yang sedang
bermain pagi dan petang,sedangkan kain kain kafannya telah mula dikoyakkan tapi
dia tidak tahu. Kita tidak tahu bila dan di mana kita akan meninggal tuan puan.
Tapi kita tak bersedia pun untuk mati.”
Jai pandang pokok pokok yang merimbun diluar. Teringat satu
ayat yang mengatakan: tiada satu pun daun yang gugur ke Bumi melainkan dalam
pengetahuan Dia. Aku masih tak bersedia
lagi. Aku takut untuk menghadapMu Ya Rabbi.
“Kalau baik kita hidup di dunia, maka insya Allah,baiklah
pengakhiran kita. Allah dah sebut dalam al-Quran ye tuan puan bagaimana kematian orang yang taat.Surah Al-Waqiah,ayat
88 89.”
Jai mendengar dan menghayati alunan bacaan kalamullah yang
dibacakan Ustaz dengan mata yang terpejam.
“Dan Allah mengingatkan hamba Nya tentang kematian orang
yang derhaka dalam Surah al-Qiyamah,ayat 26 hingga 31. Auzubillah…..”
Jai masih memasang telinga dan menghayati bacaan Ustaz.
“Sebenarnya kita semua dah mengaku bahawa Allah itu Tuhan
kita sejak alam roh lagi. Kita cakap apa waktu Allah tanya adakah Aku Tuhan
kamu?Dalam Al-Quran cakap kita cakap Qaaluu balaa syahidna. Ya, kami bersaksi.
Mengakui. Tapi bila lahirnya kita,kita lupa. Sebab apa. Sebab kita manusia. Na
Si Ya. Lupa. Sebab tu Allah turunkan Rasul untuk pandu kita. Allah turunkan
Al-Quran sebagai panduan.”
“Jai.” Suara bapak memanggil. “Kita dah sampai ni”
“Kejap pak,sekejap. Satu minit.”
“Rasulullah s.a.w bersabda. Tuhfitul mukminil maut. Hadiah
orang mukmin itu maut. Kenapa Rasulullah berkata seperti itu? Kerana hakikatnya
akhirat jauh lebih cantik,lebih indah,lebih aman dari dunia yang fana ini.Dan
hidup di akhirat tiada akhir. Sebab itu dunia ini ibarat penjara bagi seorang
mukmin.”
“Ok pak.”
Bapaknya mematikan enjin dan menarik kunci keluar. Jai
keluar dari kereta sambil tersenyum kerana dari jauh dia mengecam tshirt putih
belang hijau yang sedang memunggah bagasi dari kereta. Jai berlari anak
mendapatkan Daniel sambil berteriak memanggil nama Daniel.
“Kau ni buat malu je! Kau nak suruh satu dunia ke kenal sape
aku ni?”
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Pagi sabtu lepas subuh tu, dia turun jogging di park dekat
dengan rumahnya.
Lagu Native Deen bergema di gegendang telinganya.
Daniel yang hadiahkan CD lepas mereka balik merayap di
Wangsa Walk tu.Dia copy masuk dalam MP4 barunya. Bukan baru beli, tapi baru
dari segi isi kandungannya. Tiada lagi
metal,tiada lagi rock. Jiwang karat tu adelah, tapi sikit. Dia masukkan
Opik, Maher Zain, Zain Bikha. Dan dia masukkan sikit sikit surah favourite
bacaan Syeikh Ghamidi.
Dia tak menyesal sebab berubah. Sebab dia masih jamming,
masih skate, masih memancing. Tapi kali ni,ikut syariatlah. Dia masih cool apa.
Ke arah gentleman lah.
Dia kena ada brand sendiri. Bukan brand barat. Bukan brand
karat. Tapi brand Mukmin.
Kisah apa orang suka ke tak. Janji dia bahagia. Ada beza antara seronok dan bahagia. Seronok tak tahan lama. Tapi
bahagia lebih tenang dan gembira. Bahagia. Ermm. Satu contoh senang untuk
bezakan dunia dan akhirat. Seronok di dunia, tapi tak bahagia kat akhirat.
Bahagia kat dunia, bahagia kat akhirat.
Imam Syafie cakap, jangan kecewa kerana perkara yang dah lepas sebab tiada satu pun perkara
di dunia ini yang bermaksud untuk kekal.
Yang lepas kita ambil pengajaran bukan jadi batu penghalang.
Subhanallah. Cantiknya matahari naik.
Matahari akan terbit lagi esok pagi, tapi aku mungkin
tidak..
Beri aku peluang untuk bertaubat sebelum terlambat Ya Rabb...
Comments
Post a Comment