Skip to main content

Bussaina

Wargghh. Frust! Post yang disimpan sebagai draft hilang!! Sengal~ Kena tulis balik! Dahlah malas..


Isk. Isk. Isk. Terdengar esakan sejurus kakinya melangkah masuk ke biliknya. Mesti Amjad ni. Ermm kenapa pulak la mate aku sorang nih.

Dari jauh kelihatan seorang gadis duduk memeluk lututnya dan bahunya terhinggut hinggut.Lekas kaki diayun ketepi katil setelah mencampak barang ke atas katil. Tangannya dipanjangkan ke sekeliling bahu Amjad.

"Amjad. Kenapa ni? Kenapa nangis lagi ni?"

Kepala digeleng-gelengkan.Tiada jawapan. Yang dengar cumalah tangisan yang makin perlahan.

"Ala Amjad ni.Macam tak biasa pulak. Kenapa ni?"

"Tadi.... Telefon ibu... Pastu...."

"Pastu apa?"

"Ibu marah. Result mid-year teruk."

"Takpe. Tu tanda mak ambil berat masa depan Amjad"

"Tapi, Amjad da cuba sedaya upaya da. Nak buat camne. Kimia tu susah.  Definition je dah berapa banyak kena ingat. Dengan melting point nyer, boiling point nyer. Pastu bab naphthalene nye. Bila sampai bab periodic table tinggal tunggu lalat je masuk mulut. Tu baru Kimia. Belum Fizik lagi.Acceleration,Decelaration.  Kalau tambah Add-Math,otak da beku. Takde neuron lagi da nak simpan data."

Dia senyum je dengar Amjad merungut. Takpe. Janji Amjad da tak nangis.

"Amjad, kita orang biasa kena usaha secara luar biasa."

"Amjad tengok kan Melisa tidur je semedang waktu cikgu tengah ngajar. Waktu prep jangan harapla, muka pun tak nampak. Kalau nak jumpa, tu hah., pergi bilik sakit,tengah nyenyak atas katil."

"Biarla.Dia gifted. Belaja sekejap dapat catch up habis dah."

"Amjad nak gifted jugak."

"Mintaklah dengan Allah."

"Bengkak tak mata Amjad?"

"Mestilah. Sape suruh nangis."

"Ala.. Orang sedih nak buat camne."

###############################################################################1

Sepanjang dia berkawan dengan Bus, (disebut Bas) dia tak pernah lihat gadis itu menangis. Gadis itu sentiasa ceria dan nampak tenang sahaja. Bus memang baik. Dia selalu ada waktu susah dan senang. Alah, hidupnya mana pernah dilanda badai mungkin. Sebab itulah dia menjadi segirang itu.

"Amjad!"

"Eh mak cepot. Kau nih! Kalau Amjad ada sakit jantung tadi, terkujat Amjad kat sini tahu!" Eh budak ni. Macam hantu. Pantang seru,memang sampai.

"Kenapa Amjad melatah teruk macam tu?"

"Entahla. Bukan salah ibu Amjad yang mengandung."

"Eheh. Ke situ pulak. Dah. Jom makan. Nak makan tak?" Bus ayun kaki laju ke dewan makan.

"Kebulurlah tu. Tulah.Sakan lagi lari sana sini tadi."

"Alah. Tolong cikgu sesiket. Kita ni, Kalau permudahkan urusan orang, nanti insya Allah, urusan kita akan dipermudahkan."

"Ala. Amjad ada Lupus Nephritis. Nak sebut pun berbelit. Amjad tak tahu kenapa semua bala atas kepala Amjad."

"Amjad.. Allah tak beban kita kalau kita tak mampu. Yakin tu!"

"Amjad tahu. Tapi kekadang, Amjad tengok orang lain semua bahagia. Semua senang. Dapat apa yang dia nak. Ada family. Pandai. Cantik......"

"Amjad takde Ibu? Amjad cantik apa.." sambil  jari tangannya diangkat menunjukkan signal bracket.

"Elleh. Perli la tu."

"Amjad. Kenapa nak banding kan apa yang kita dapat dengan orang lain? Lagi satu. Amjad sure ke yang dok bersuka ria tu bahagia. Mungkin mereka bersuka ria sebab nak cari bahagia,kerna hakikatnya mereka rasa kosong dan sendirian. Amjad, don't judge a book by its cover keh."

"Ok. Jom makan."

"Jom."

################################################################################2

Hailamak. Apasal bengkak pulak lengan ni. Ah sudah! Takpelah. Tahan sekejap. Lagi sejam baliklah asrama.

Amjad berkerut kerut menahan kesakitan. Lengannya terasa berdenyut perlahan. Kepala mula terasa bingit. Tahan Jad! Cikgu kat depan tu. Kau jangan cari pasal eh.

Fokus! Fokus! Amjad mula mengalihkan perhatiannya kepada pembelajaran waktu itu. Bus di sebelah mula merasai kegelisahan Amjad. Tapi dia cuma memerhati dalam diam. Bimbang timbul kekecohan dan mengganggu seisi kelas.

"Dulu, matlamat utama pendidikan di China adalah untuk lulus peperiksaan awam. Ada tiga peringkat pendidikan,iaitu pendidikan rendah menengah dan tinggi."

"Amjad.." terdengar suara berbisik memanggil namanya.

"Peringkat sekolah rendah adalah peringkat mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan sembilan buah buku suci tanpa memahami maknanya."

"Amjad. Kau Ok tak?"

"Peringkat menengah, tumpuan diberikan kepada karangan dan satera."

"Amjad.." sambil menggerakkan tangan untuk menyentuh  Amjad.

"Peringkat tinggi pula..." "Argghhhh"  "...... menumpukan suara yang tinggi ooh mak cocot"

"Oh-My-God..."  sepatah dan perlahan Bus berbisik sambil bertukar pandangan dengan Amjad. Refleks tangannya terhadap jeritan Amjad menyebabkan tangannya segera melarikan diri dari menyentuh lengan Amjad. Oh-My-God satu untuk terpegang lengan Amjad dan Amjad menjerit kesakitan. Oh-My-God dua untuk Cikgu Nurin yang melatah.

Dalam hati Bas berlegar soalan: Aku tak paham kenapa semua perempuan kat sekolah ni nak melatah.

Kelas hingar bingar dengan gelak yang tak dapat ditahan tetapi segera dileraikan Cikgu Nurin.

Bus segera menangkap kebiruan yang amat pada lengan Amjad. Wajahnya bertukar panik dan risau. Segera dia bangun untuk ke hadapan kelas tapi lengannya disambar Amjad.

"Weh. Jangan weh. Menyusahkan orang je aku ni."

Bus buat tak dengar dan segera melaporkan kepada cikgu.

Petang itu,Amjad sekali lagi terpaksa ke hospital. Dan pastinya Bus turut serta untuk menemaninya.

"Aiyooo kakak. Ini darah banyak tinggi maaa. Macam mana nih?"

Kau doktor ke aku doktor. Ah,nasib. Dapat pulak doktor camni.

"Kakak makan apa tadi tengah hari?"

"Er.. Makan nasi macam biasa . Lauk pun biasa. Saya tinggal kat asrama la doktor?"

"Ooh iyaka? Habis macam mana darah boleh tinggi tiba tiba ini?"

Hai doktor. Bukan saya la nak. Saya tak kawal pressure darah saya.

"Eh. Sekejap sekejap. Nasi? Darah tinggi mana boleh makan nasi!"

"Aiyoo doktor. Saya bukan sakit darah tinggi. Darah saya tinggi sebab ini lengan saya lebam."

"Ooh iyaka? Kenapa tidak tunjuk awal awal tadi?."

Dan sesi bersama doktor dan di hospital selebihnya cuma diiiringi keluhan nafas.

Setelah selesai mengambil ubat di farmasi. Kelihatan Cikgu Nurin hadir dengan senyuman dan sedang mendapatkannya yang sedang duduk di bangku bersama Bus.

"Erm. Dah settle? Doktor cakap apa?"

"Doktor cakap hati hati."

"Hah?"

"Entahlah. Saya dapat doktor pelik tadi."

"Ooh ye ke. Kesian awak. Dapat MC kan? Mari cikgu hantar awak balik rumah yer."

"Eh. Takpe cikgu. Menyusahkan je. Dan saya minta maaf sebab menggangu cikgu yang tengah mengajar tadi.." suara Amjad selang seli dengan esakan.

"Saya selalu menyusahkan orang. Saya selalu dapat nasib malang. Dahla ibu selalu bandingkan saya dengan kakak. Kakak rajin. Kakak pandai. Kakak selalu tolong ibu. Saya ni lah yang pemalas. Pengotor." tangisan Amjad makin kuat. Bus di sebelah mengggosok belakang Amjad perlahan lahan

"Ayah mana?"

"Ayah dah takde. Ayah meninggal masa turun ke laut."

"Ibu kerja apa?"

"Ibu tak kerja. Ibu sakit sendi. Kami hidup dengan duit kebajikan je. Kakak berhenti sekolah nak cari kerja." uuuuuuuu... Amjad tak tunjuk pun tanda nak berhenti nangis.

"Amjad. Takpe. Amjad belajar rajin rajin. Ubah hidup Amjad dan keluarga ye."

"Kenapa asyik saya je cikgu? Semua saya. Kenapa cikgu?"

"Allah tak uji kalau kita tak mampu."

"Saya dah tak rasa saya mampu. Dah lama saya sabar. Saya dah tak mampu sabar."

"Amjad. Amjad masih ada ramai orang yang caring pasal Amjad. Bussaina selalu ada untuk Amjad. Ibu Amjad pula, mungkin bukan niat dia membanding bandingkan Amjad, cuma dia nak Amjad berubah dan mencontohi kakak Amjad. Amjad tolonglah kakak bila pulang ke rumah. Kemaskan bilik, ruang tamu, rumah. Basuhkan baju. Baru nama anak solehah."

"Amjad. Dahla tu. Berhenti nangis. All is well." Bus buat gaya Rancho dalam cerita 3 idiots.

Amjad tersengih. Ada ada aje kawan aku sorang ni.

"Erm, terima kasih cikgu. Tapi saya nak pulang ke asrama sebab esok ada Kem Bahasa Arab"

"Ok. Takde masalah. Cikgu hantarkan kamu berdua ya."

################################################################################3

Petang yang tenang. Tidak panas dan tidak mendung. Angin sepoi sepoi bahasa lalu di kawasan mereka lepak. Kaki bukit tu memang tempak hang budak dua orang nih. Snekku bertukar tangan.

"Untung kau kan?"

"Asal pulak?" Bus angkat kening sebelah

"Kau cantik. Kau baik. Kau ada family yang baik. Kau bijak. Selalu cikgu puji. Semua orang suka kau."

"Lagi? Tu je? "

"Hek ena budak ni. Makan puji jugak rupanya." tangan Amjad mencapai teh lemon ais dalam kotak di hujung beg Bus.

"Orang nak puji. Terima jerlah. "

"Aku kan.. Dahla tak cantik. Tak pandai. Tak bijak. Tak sihat. Tak kuat. Lembik. Menyusahkan orang."

"Amjad. Tahu tak apa tu syukur?"

"Amjad bersyukur.. Cuma Amjad..... Cuma... Entahla. Amjad rasakan macam tak adil. Amjad nak jugak. Amjad nak ada keluarga kaya macam orang lain. Amjad nak cantik macam orang lain. Pakai maskara. Pakai blushher. Beli pashmina."

"Mungkin Amjad tahu syukur tu apa tapi Amjad sekadar tahu kan?"

"Alaa. Susahlah. Amjad tengok orang lain sakan shopping setiap kali outing. Semua pakai Adidas, Nike. Semua asyik dengar MP4 je. Ipod 5 bersepah kat tempat charger tu."

"Amjad tahu tak kenapa susah?"

"Kenapa?"

"Sebab Amjad asyik tengok apa yang orang lain lebih. Amjad suka tak Ibu Amjad banding itu ini dengan kakak Amjad?"

"Uissh. Mestilah tak! Sakit hati. Rasa macam kena hiris hiris. Pastu ada pulak orang perah limau nipis kat tempat kena hiris tu.."

"Hehe. Sapa perah?"

"Kakak la!"

"Tapi.. Amjad tak suka kan?"

"Tak! Kan tadi da cakap."

"Samalah."

"Hah? Bus pon.. Ibu Bus banding bandingkan Bus jugak ke? Dengan sape?"

"Bukan Bus. Tapi Allah."

"Huh? Mana ada orang nak bandingkan Allah dengan sape sape. Allah mana ada bandingan."

"Pandai. Tapi sebenarnya,perbuatan Amjad tu seolah olah tak terima apa yang Allah tentukan untuk Amjad. Memang Amjad tak berniat macam tu. Tapi, itulah hakikat apa yang Amjad tengah buat. Agak agak Allah marah tak?"

"Errmm..."

"Allah kata: Auzubillah: La in syakartum, La aziidannakum. Wala in kafartum, Inna azabi lasyadiid."

"Tapi Amjad bukan kufurkan?"

"Ye. Amjad tak kufur. Tapi kan Allah kata, kalau kamu bersyukur, akan Aku tambah.."

"Macam mana nak bersyukur?"

"Stop tengok apa orang lain ada. Tengok apa kita ada. Kita at least walau tak gifted, masih ada otak  yang berfungis untuk berfikir. Masih ada tangan untuk merealitikan idea kita. Masih ada kaki untuk begerak mencari ilmu. Ada orang terlebih kromosom kat kromosom 21 taw.."

"Elleh. Mentang terer Bio. Cakap jerla syndrom down. Terlebih kromosom lah,tulah, inilah."

"Amjad. Bus pernah cakap kan. Jangan nilai orang dari luaran. Sama je konsep dengan memandang orang dengan kebaikan. Kita kena sentiasa yakin orang lain lebih baik dari kita kan? Sebab kita tak tahu hati macam mana mereka miliki kan? Sama je. Kadang kadang ramai orang ada a fake smile. Di sebalik kekayaan itu mungkin wujud pengabaian. Di sebalik gelak tawa itu mungkin wujud kesedihan. Tapi yang penting mereka cari jalan untuk keluar dari black hole mereka sendiri."

"Tak salah ke? Tu kira lari dari takdir kan. Or lari dari hakikat?"

"Mereka tak lari. Mereka cuba ubah. Walau kebahagiaan tu sedetik. Lebih baik dari kemurungan sedekad bukan? Sama macam Amjad. Bus tahu Amjad hati lembut, mudah nangis. Tapi kadang kadang, simpanlah air mata amjad dan rembeskanlah hanya depan Dia. Tak menangis bukan tanda kuat. Tapi terlampau banyak menangis terkadang tanda kita sangat lemah!"

"Bus nak suruh Amjad nangis masa tengah solat?"

"No. Bus cadangkan Amjad mengadu pada Dia semua benda. Amjad kalau mengadu pada manusia, even Bus sekali pun, kami cuma manusia. Bukan pada tangan kami kuasa untuk mengubah segala sesuatu. Tapi kan, hebatnya Allah, even Dia tahu apa yang kita nak beritahu kepada Dia, Dia still dengar. Allah kan lebih dekat dari urat kat batang leher Amjad. Bila bila masa je Amjad boleh communicate dengan Dia."

"Amjad rasa Amjad dah salah tempat selama ni kan?"

"Kita sentiasa ada waktu, peluang dan ruang. Gunakanlah. Satu lagi, Dengan syukur, akan hadirnya redha! Macam mana kita nak redha akan apa yang berlaku kalau kita tak mulakan dengan syukur? Jadi Amjad, tanya diri Amjad, selama ni Amjad redha tak dengan jalan yang telah Allah tentukan untuk Amjad ni.."

"Kalau fikirkan balik, Amjad selalu tak terima kan?.."

"Amjad. Kadang kadang mulut je cakap kita redha, hati tak. Sebab tu masih ada rentetan runut runut bunyi tercicir kat belakang setiap kali ditimpa musibah. Hakikatnya, syukur dalam musibah itu indah! Musibah membentuk kita untuk menjadi lebih kuat. Something that you try to endure today will make you stronger tomorrow. Jadi musibah itu sebenarnya hadiah,kalau dilihat dari sudut positif."

"Tapi Amjad suka tengok orang lain.."

"Tengoklah. Lihatlah. Memang setiap perkara atas muka bumi ni diciptakan untuk diperhatikan dan diambil iktibar bukan? Tapi Amjad, better Amjad tengok orang yang lebih kurang dari Amjad. Mudah siket untuk lahirkan rasa berterima kasih kat Allah tu kan?. Kalau kita tengok apa yang orang lebih memang payah. Syaitan pon ambil peluang. Jadi cer try pandang orang lain yang lebih besar ujian nya. Ada orang rumah kayu lubang lubang. Ada orang famili berantakan, mak sibuk dengan persatuan, bapak sibuk outstation. Ada orang terlebih bijak sampai masuk penjara. Bila kita tak reti bersyukur, Allah tarik balik nikmat tanpa sedar."

"Macam mana bijak sampai masuk jail?"

"Sebenarnya, tulah kesan dari tak bersyukur. Bila tak berterima kasih dengan Allah, kita akan salah guna kelebihan yang Allah kasi,hakikatnya Allah cuma pinjamkan. Kita kena ingat, nikmat dan anugerah itu ujian. Jangan kita lalai. Dunia cuma tempat persinggahan. Takkan kekal. Kelebihan dan nikmat yang Allah beri adalah untuk dikongsi bersama."

"Amjad rasa, Amjad tak pernah bersyukur. Asyik merungut je kan. Betullah. Amjad still ada Ibu. Ada orang anak yatim."

Segaris senyuman terlukis di wajah Bus.

"Alhamdulillah. Thank You Allah." separa berbisik Bus menuturkan.

"Apa awak cakap?"

"Takde pe. Jom balik. Dah lewat. Nak makan pulak."

"Asyik asyik makan jer kerja dia."

"Elleh. Time dinner, makanlah."

"Bus..."

"Humphhh.."

" Ajar solat sunat syukur dua rakaat? "

"No biggie girl.."

################################################################################4

"Amjad. Nah. Hadiah untuk awak."

Tangan menghulurkan satu benda berbalut kertas teddy bear berwarna violet kepada Amjad. Amjad angkat sebelah kening.

"For what? Besday  saya dah lepas la. Lagipun hadiah besday kan da kasik?"

"Saje. Tahaaddu, Tahaabbu."

"Boleh buka sekarang tak?"

"Bukalah."

Laju tangannya mengoyakkan salotip dengan berhati hati.

"Koyak jerlah."

"Alah, sayang. Wrapper ni cantik."

Kemudian tangannya menarik keluar sebuah buku dari pembalut tersebut.

"Wah!!" Jatuh sekeping kad waktu itu. Bus ambil dan hulurkannya kepada Amjad.

Amjad tersenyum membaca tulisan rantaian atas kad itu.

"Thank you buddy."

"Welcome my girl."

###############################################################################5

Jadual padat gila! Rasa nak nangis rasa! Cikgu pon satu. Kerja belambak bagi. Mana sempat! Nak urus Hari Sukan lagi. Nak handle Majlis Berbuka Puasa lagi. Report lab tak hantar lagi. Warghhh! Teensionnnnn!

"Perhatian kepada Ahli Jawatankuasa Makmal ICT, anda diarahkan untuk berkumpul di hadapan Makmal ICT sekarang juga. Harap maklum. Terima kasih."

Telinga menangkap pengumuman dari pembesar suara sekolah.

Warghh! Tu lagi satu, time nilah nak mesyuarat bagai sana sini. Time aku free takdenye nak seru seru.
Bus pon kebetulan tak hadir sekolah hari ni. Bus tak tinggal kat asrama. Dia kata dia prefer duduk di rumah. Lagipun,rumahnya dekat katanya. Dia jalan kaki je.

Tangannya menyambar laju buku-buku. Kakinya dipaksa masuk ke lubang kasut dan waktu itu kad pink itu jatuh.

Perlahan Amjad ambil sambil menatap tulisan di situ. Amjad tersenyum dan berbisik. All is well dear. All is well.



 Nabi saw menyebut tentang hal seorang mukmin: “Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin, setiap urusannya adalah baik baginya, hal itu tidak dimiliki oleh siapapun, kecuali oleh seorang mukmin. Apabila mendapat kesenangan dia bersyukur, dan itu baik untuknya. Apabila mendapat kesusahan dia bersabar, dan itu baik untuknya”. (Hr Muslim)

( hudohnya kad penulis ni!!)

Sejak Amjad Solat syukur dua rakaat hari tu, rasanya A New Amjad was born! Amjad sekarang dan Amjad dulu memang banyak beza. Amjad sekarang, air matanya da mahal. Amjad sekarang, bicaranya bukan lagi merungut. Amjad sekarang, banyak sebut Alhamdulillah. Amjad sekarang dan Amjad dulu lain!

###############################################################################5

Hari Sukan Sekolah Menengah Perempuan Melayu Terakhir memang meriah! Khemah khemah dihias bagai nak rak! Trek balapan semua cat minyak balik. Khemah VIP depan dewan dilengkapi radio dan Deejay sekali. Whiteboard kelas sape entah yang kena rembat tuh.

"Baiklah. Lagu permintaan dari Rumah Hang Lekir. Dengarkan UNIC, Erti syukur!" suara Deejay bergema sepadang hijau.

Hamboi. Cik Melati. Riuhnya jadi Deejay. Amjad tersenyum. Lagu ni, Bus yang nyanyi dulu. Waktu tengah jalan nak pergi Taman Sains sekolah. Entah sebab suara Bus yang sedap ke atau sebab lirik yang tertempeleng pipi makan dalam hati yang menyebabkan dia diam je waktu Bus nyanyi tu.

Kenikmatan yang bertandang
Terkadang tidak dihiraukan
Lepas dari pandangan
Dan bila hilang baru dikesalkan.

Humph.. Bus.. Dah masuk tiga hari tak hadir. Semalam jumpa cikgu, cikgu cakap cikgu pun tak tahu. Cikgu dah telefon rumah, tapi talian tu tak wujud. Cikgu ajuk: nombor yang anda dial tiada dalam perkhidmatan. Terima kasih.

Hairan jugak. Bus tak pernah macam ni. Selalu Bus akan bagitahu.. Eh, rewind balik. Selalu... Jap! Bus mana pernah tak datang sekolah!

Onak duri kehidupan
Jatuh bangun sendirian
Ada hikmah yang tersimpan
Yang menguji Iman

Alamak. Aku tak pernah tahu lah pulak Bus tinggal kat mana. Bus tak pernah ajak aku lawat rumah dia. Waktu aku nak singgah dulu pun, dia kata mak dia takde kat rumah. 

Kenapa ek Bus tak datang. Bus sakit ke? Mana pernah Bus sakit. Dia tu asyik gelak sana sini. Lari tak cukup tanah. Kejap ada kejap hilang. Takkan lah kutt.

Sesungguhnya solatku,
Amalku, hidupku, matiku
Kerna Allah yang satu
Kuserahkan segala harta jiwa dan raga
Sebagai tanda cinta
KepadaMu Yang Esa

"Yer. Begitulah tadi nasyid UNIC-Erti syukur. Sebuah lagu yang telah dipopularkan lama dahulu. Bagaimana Peserta semua? Adakah anda bersemangat untuk larian kali ini? Adakah anda teruja? Kalau ya jerit yeahh!"

Riuh padang hijau tu. Boleh tahanlah Deejay rembat nih. Heh. Last minute jumpa orang. Calon Deejay lama tiba tiba ada hal. Bus lah. Tak datang pulak. Dah lah dah janji minggu lepas. Haprak betol. Nanti dia datang, siap sedialah tadah sebesen kat depan. Aku nak bagi lecture sampai muntah budak tu.

###############################################################################6

Amjad diam je sepanjang perjalanan tu. Cikgu Nurin yang tengah memandu sempat juga menjeling melihat Amjad. Kereta tu sedang menghala ke rumah Bus.

"Amjad. Nak ikut Cikgu ke rumah Bus tak petang nih?"

"Nak. Nak"

Amjad hairan. Takut. Dah genap seminggu Bus tak datang. Takde surat. Takde pesan. Mahu dia boleh buang sekolah.

Kalau Amjad tahu, harap harap dia atak terkejutlah. Doa Cikgu Nurin dalam hati. Pedal minyak ditekan lagi dan kereta bergerak semakin laju ke destinasi.

"Assalamualaikum. Bus. Oooh. Bus."

Rumah kayu hampir ranap itu seakan tiada penghuni. Salam diulang lagi. Kali ini lebih kuat. Amjad tinggal kat sini? Amjad kata rumah dekat? Mahu dia dekat 10 minit naik kereta dia kata dekat. Mangai budak ni.

"Waalaikumuusalam. Adik cari sape?"

Makcik pertengahan umur jiran sebelah yang keluar. Hampeh.

"Makcik. Makcik kenal tak rumah Bussaina. Bussaina Binti Paman."

"Oh kenal. Budak tu memang baik. Anak ni kawan dia yer."

"Ye. Saya kawan dia. Bus dah seminggu tak hadir sekolah. Makcik tahu tak dia pergi mana?Saya beri salam pun takde orang jawab tadi."

"Anak tak tahu ye. Bussaina telah berpindah. Makcik pun tak tahu. Kesian dia. Ayahnya kaki botol. Balik tengah malam selalu pukul dia. Minggu lepaslah, malam tu lah paling teruk jeritan dia. Makcik pon tak berani nak tolong. Pagi esok makcik datang lawat, Bussaina dah takde. Makcik ingatkan pergi hospital ke apa ke. Tapi sampai sekarang tak balik."

Er. Er. Er. Lidah aku ni rasa macam kena rantai dengan besi lah pulak.

"Anak kawan Bussaina tapi anak tak tahu ye. Bussaina tak pernah cerita ye. Hummph. Makcik tengok budak tu,makcik memang dah tahu. Tabah orangnya. Sebelum pergi sekolah, dia pergi ambil upah menoreh getah dulu. Ibunya sakit tenat. Kos hospital mahal. Ibunya lumpuh dan baru meninggal sebulan lepas. Ibunya tak boleh bercakap dan bergerak langsung. Makcik rasa Angin Ahmar. Tapi bila makcik tanya Bussaina, dia jawab sakit sikit je. Kifarah." suara makcik mula serak

Tanpa dipinta makcik tu terus menyambung,

"Makcik rasa menyesal sangat sebab tak dapat tolong dia. Tapi, ayah dia ugut makcik kalau makcik laporkan kepada polis. Makcik bimbang.Bussaina pun pesan jangan buat apa apa. Dia kata satu hari nanti ayah akan berubah juga.Kadang kadang makcik hantar makanan kat dia sebab hujung minggu tak sekolah. Dia takde duit nak beli makanan. Dulu, hidupnya bukan macam ni. Ayahnya seorang ahli perniagaaan. Mereka hidup mewah. Tapi satu hari,awal tahun ni, ayah dia kalah judi dan tergadai semuanya. Ayahnya hilang akal dan ketagih arak."

Makcik itu mengelap air mata sebelum menyambung lagi,

"Tapi Bussaina sentiasa cakap, takpe makcik. Semua ni ujian. Anak tu memang baik. Makcik pon tak faham kenapa jalan hidupnya sangat sukar sedangkan dia masih muda. Kalau anak ada khabar pasal dia, bagitahulah makcik.Tapi untuk waktu ini, makcik memang tak tahu ke mana dia menghilang."

Kaki nya rasa kena jerat. Tak bergerak. Berat badan pun terasa tak mampu tertanggung. Amjad terduduk di situ. Amjad nampak sipi sipi Cikgu Nurin masih berdiri di hujung longkang.

##############################################################################7

Kalau diimbas balik, Bussaina yang dia kenal adalah seorang gadis happy go lucky. Takde masalah. Sentiasa ceria. Dan dia cuma kenal dari luaran. Dan dia tertipu dengan luaran tu. 

Anak kawan Bussaina tapi anak tak tahu ye. Bussaina tak pernah cerita ye..

Anak kawan Bussaina tapi anak tak tahu ye. Bussaina tak pernah cerita ye..

Anak kawan Bussaina tapi anak tak tahu ye. Bussaina tak pernah cerita ye..

Memang menikam. Bukan salah Bus yang tak pernah cerita. Mungkin sebab aku yang selalu bercerita sehingga tak sedar dia pon ada cerita. Tapi kalau difikirkan balik, Bus memang perahsia. Tapi tak nampak macam ada rahsia. Hah, sudah. Belit sana, belit sini. Kau memang! Tak pernah ambil berat pasal kawan.

Tapi bukan aku taknak ambil berat. Aku hormati privasi dia. Apa yang nak dia kongsi tulah apa yang akan aku dengar. Masalahnya,Bus taknak kongsi! Dan aku bukannya psikik yang dapat alert what's wrong dalam hati dia. Aku taknakla pulak selongkar kisah hidup dia. Takut dia tak selesa.

Tapi, at least Bus patut tahu, aku ada kalau dia nak kongsi apa apa. Humpph. Bus mesti tahu. Tapi mesti dia taknak menyusahkan aku. Kan aku asyik merungut itu ini. Alaahhh.....

Kalaula aku boleh balik balik waktu tu.....

Amjad melingkar macam ular sawa atas katil.

###############################################################################8

"Amjad. Hidup ni penuh cabaran. Kita kena kuat hadapi setia satu."

"Amjad tak kuat la,Bus"

"Belajar untuk kuat. None of the dunya were meant to be permanent. Even the pain. Amjad kena tahu beza kekal dan lama. Sakit ni cuma lama bukan kekal. Lama lama nanti dia hilang. "

"Bus, will you stay with me till the last?"

"Will do my dear.."

Daun gugur betul betul depan mata Amjad.

Kau tipu aku kan,Bus. KAu pergi. Tak bagitahu. Hilang. At least, aku nak ease your pain macam mana kau buat kat aku. Aku nak buat kau tersenyum macam kau buat lawak kat aku. Aku nak gosok belakang kau waktu kau nangis.

Kau langsung tak bagi aku peluang jadi sahabat baik kan,Bus

"Amjad, satu hari nanti kita akan berpisah. Tapi bertemu berpisah,biarlah kerana Allah."

"Elleh, tadi cakap nak teman Amjad"

"Kita tak pegang the future. Anythings can happen. Tapi andai kita berpisah, Berpeganglah pada tali Allah. Hanya dengan itu,kita akan bertemu kembali. Sebagaimana sungai sungai yang mengalir laju dan berbeza haluan, satu waktu akan bersatu di lautan dalam. Jalan kita akan bertembung lagi. Percayalah."

Bus, kau memang dah rancang kan. Nak tinggalkan aku. Kau jahat Bus..

Tapi aku sangat harap kau akan live well Bus. Live well ye. Sampai waktu, ada jodoh kita bertemu lagi. Bukan kat dunia. Kat akhirat sana.

La Tahzan, Innallaha ma'ana! Yakin! Percaya!

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Shippuden

I know I supposed to quote from the GREATEST BOOK, but it seems that it's okay to just make it fun to quote from Naruto. (Naruto Goes to War) -Sorry I’m late. I got lost on the road of life. Hatake Kakashi~ -Those who betray ninja rules are trash… but those who betray their comrades are worse than trash. Uchiha Obito~ -To know what is right and choose to ignore it is the act of a coward. Hatake Kakashi~ -A hero always arrives late. Uzumaki Naruto~ -There’s no meaning to a flower unless it blooms. Ino Yamanaka~ -So shut up about “destiny” and “inescapable fate”….You shouldn’t whine about such trivial stuff! Cause… unlike me… you’re not a “FAILURE.” Uzumaki Naruto~ -A dropout will beat a genius through hard work. Rock Lee~ -I am strong because I have people to protect. Uzumaki Naruto~ -In order to escape a road of solitude, one has to work hard, and forge a new path with their own power!. Sabakuno Gaara~ -When people are pr...

KISAH AIR KELUAR DI CELAH-CELAH JARI NABI MUHAMMAD S.A.W

Anas Bin Malik r.a telah menceritakan bahawa satu ketika semasa berada di Zaura’,Baginda telah menyuruh para sahabat berwudhu’ dengan air yang sedikit.             Ini berlaku setelah Baginda s.a.w meletakkan tapak tangan Baginda dalam air itu,maka dengan tiba-tiba air memancar deras dari celah-celah jari Baginda.Kejadian itu berlarutan sehinggalah mereka selesai berwudhu’.                 (Riwayat Muslim no. 6082 dan al-Baihaqi dalam al-Dalail,6/136)               Dalam riwayat lain,daripada Abdillah,dia berkata, “Ketika kami dalam perjalanan bersama Rasulullah,kami telah kehabisan air.Rasulullah bertanya, “Siapakah dalam kalangan kamu memiliki air?’ Setelah kami menemui orangnya kami menyerahkan air itu kepada NAbi Muhammad s.a.w.Air itu kemudian dicurahkan oleh Baginda ke dalam wadah itu....

A Glimpse of My 2019

2019 was so full of hatred, anger and bitterness that I almost couldn't afford to stay calm and be patient all the time. This also leads me to cut off a couple of relationships. See, when you fill yourself with negative energy, you are not capable to neutralize them anymore when people throwing them at you. Instead, the negative energy within you will either be charged or triggered by those toxic people. I couldn't deal with the source of pain that caused me anger, hatred and bitterness at the moment no matter how hard I try. But I couldn't afford myself to stay angry all the time. So, I distant myself from them. Those who are dishonest hypocrites, condescending, manipulative and sarcastic jerks. I try to ignore the sarcasm, the lie and the acting by pretending I don't understand or know nothing about it. But here's the thing: I always know. I just don't really care. They don't hurt me but I don't want their toxic words and behavior to fuel the fire I ...