تعرف الى الله في الرخاء يعرفك في الشدة
"Get to know Allah in prosperity and He will know you in adversity"
Bismillah.
Dalam melangkah,kadang terjebak.
Dalam memilih,kadang meragut.
Dalam kesenangan, sering mengabaikan.
Sering kita kembali melutut depan Tuhan,hanya kala terdesak. Melutut bukan hanya dalam konsep meminta dan berdoa.Melutut yang aku maksudkan ialah jiwa hamba. Jiwa hamba itu adalah rasa takutkan Allah, menjaga hakNya dan menjauhi laranganNya setiap masa.
Dan bila tercekik,mula nak sujud balik.Wahai diri, sebenarnya apabila kita berjiwa hamba, kita akan mula mendekati dan mengenali Allah. Dan jiwa hamba ini mesti dihidupkan dalam jiwa kita, agar tidak lemau di hari lurus. Mengapa begitu? Kerana apabila kita mengenal Allah di kala senang, Allah juga akan 'mengenal' kita dikala susah.
Ingat cerita Nabi Yunus dalam perut ikan Nun? Cerita Nabi Allah yang Allah selamatkan dari perut ikan paus ini? Kenapa? Kerana Nabi Yunus dulu kala senang, Nabi Yunus banyak mengingati Allah. Ini dirakamkan dalam Al-Quran Surah As-Saffaat, ayat 143 dan 144
Dan berlainan pula tentang cerita Firaun. Firaun yang ingkar untuk percaya bahawa Allah itu Tuhan semesta alam. Firaun yang menentang mereka yang beriman. Firaun mengharapkan pertolongan dari Allah sewaktu dia hampir lemas dengan menyatakan keimanan kepada Allah. Tetapi Firaun Allah tetap tenggelamkan.
Allah berfirman: [10:90-91]
"Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang laut, dan Firaun dan tenteranya pun mengejar mereka dalam kezaliman dan permusuhan, sehingga apabila lemas mendahului dia, dia berkata, "Aku percaya bahawa tiada Tuhan kecuali dalam yang Bani Israil percaya, dan aku adalah dari orang-orang Islam. Sekarang? Dan engkau telah menderhaka [Allah] sebelum dan terdiri dari kalangan mereka yang berbuat kerosakan"
It is us who in need of Him. But He is the Richest and The Almighty.
Apakah Allah akan rugi jika kita solat lambat? Apakah akan berkurang kekuasaan Allah jika kita menayangkan aurat? Apakah Keesaan Allah akan tergugat kalau maksiat bermaharajalela? Apakah Allah tidak akan kaya kalau ramai yang enggan membayar zakat? Apakah?
Bahkan Tidak. Dan selamanya akan tidak. Allah tetap Tuhan Yang Maha Esa. Maha Berkuasa. Maha Mentadbir. Maha Mengurus. Tetapi kitalah yang rugi. Kita lah yang akan terhina. Dan kitalah yang akan merana.
Jadi kalau kita mengingati Allah kala senang,Allah beri jaminan bahawa pertolongan Dia dekat! Allah janji sokonganNya sentiasa ada. Allah janji bantuanNya akan sampai. Jom cek Surah At-Tolaq,ayat 2-3.
Dan Allah juga memberi amaran kepada mereka yang gagal atau enggan mengingatinya saat senang, kesannya akan kembali kepada mereka sendiri. Jadi mengapa sekarang kita tertanya tanya bila doaku akan terjawab? Sebenarnya doa kita terhijab! [59:19]
اللهم أعنا على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك
Tapi Allah juga telah berfirman: كتب على نفسه الرحمة
RahmatNya sentiasa akan mendahului MurkaNya. Berdoalah! Sungguh doa itu senjata. Berdoalah! Sungguh doa itu tanda kita hamba! Berdoalah! Sungguh Dia akan memperkenankanNya. [40:60]
Comments
Post a Comment