Bismillah,
aku fikir post ni aku tuju buat yang meminta. (Bukankah tangan yang menghulur
lebih baik dari tangan yang meminta, terasa tak? Haha. Che gurau naa..)
Berkisarlah
post ini tentang apa pun aku tak tahu, tapi ibarat bulatan,yang akhirnya akan
bersambung di hujung. Aku kira tiada nasihat yang lebih sempurna melainkan
Kata-Kata Dia bukan? Maka,aku cuma menyampaikan dengan gayaku,yang mungkin ada
yang kena gayanya mahupun tidak.
Aku kagum
bagaimana Anis bersabar dan tersenyum,yakin dengan percaturan Allah pada
dirinya.
Lalu,aku
teringat akan kisah Yusuf yang Allah simpangkan jalan demi jalan,bermula
sewaktu mimpi 11 bintang dan matahari yang sujud kepadanya diceritakan kepada
ayahnya, lalu terpisah selepas itu sehinggalah baginda,Nabi Yusuf berdiri di
singgahsana menghormati ayahanda yang lama tak bersua sedang berjalan masuk ke
istana.
Kisah yang
berlaku di bumi Misri ini Allah rakamkan dalam AL-Quran, surah Yusuf. Ada satu
ayat dalam surah ini yang membuat aku
terangguk kecil dalam diam : Fasabrun Jamiil. Itulah kata Nabi Yaakub,sewaktu
anak anaknya menipu kisah Yusuf dimakan serigala. Dan
sambungannya itu mencantikkan lagi apa yang sudah bercahaya :
والله المستعان على ما تصفون
والله المستعان على ما تصفون
Allah. Allah. Kalimah
agung itu aku lantunkan dihujung lidah. Tatkala aku butuh,pasti ayat ini akan aku ulang. Pasti ayat ni datang
terngiang ngiang.
Juga aku
cemburu,bila terfikir akan peluang yang Allah kasi kepada mereka yang mampu
berterbaran, mencari dan menggali setiap pelusuk yang Allah simpan pelbagai
rahsia dan hikmah ini. Aku ingin sekali berdiri di antara kamu, memakai jilbab labuh tanpa rasa
malu,bahkan izzah. Izzah kerana itulah lambang islam. Pengukur keimanan. Aku
ingin sekali,sekali lagi hidup berjamaah,saling membangkitkan orang yang sedang
tidur untuk bersahur, mengejutkan orang yang sedang lena untuk bersolat,dan
berdiri dalam saf untuk berjamaah. Rasa itu aku tidak tahu bagaimana untuk
mengungkapkannya,tapi aku senang dengan keadaan itu. Aku gembira. Aku bahagia.
Lalu aku teringat
Yusuf mengadu kepada Allah bahawa penjara lebih dia suka dari ajakan mereka.
Yusuf memilih iman di atas nafsu. Dan Yusuf ke penjara dengan rela untuk
menyelamatkan imannya. Dan Allah
menceritakan bagaimana rendah hatinya Yusuf di depan Tuhannya. Dia tahu bukan
iman dan kehendaknya yang menyelamatkannya, tapi Allah lah yang menghindarkannya daripada
cenderung menerima ajakan mereka. Dan dia juga tahu dia bodoh sekiranya
termasuk dalam golongan itu (golongan yang menuruti hawa nafsunya). Dan Allah
menyelamat dan mengabulkan permintaannya.
Aku kagum bagaimana Yusuf menundukkan hawa nafsu kemudian
merendahkan diri di hadapan Allah. Atas dasar Yusuf sedar dirinya hamba, dia
tunduk pada Allah,bukan nafsu. Kerana Yusuf ingat bahawa tuannya yang
membelinya di pasar dan melayaninya dengan baik,dia lari dari godaan isteri
itu. Ya,bahkan Yusuf sedar sekiranya dia mengkhianati tuannya, termasuklah dia
dalam kalangan orang yang zalim.
Dan bila aku membaca kisah Yusuf memaafkan saudaranya yang
telah meninggalkan dia keseorangan dalam perigi,aku terimbau masa lalu. Waktu
waktu aku dikuasai benci. Waktu waktu aku dibutakan hati. Sehingga rasional aku
tolak ke tepi. Sungguh,aku bodoh ketika itu. Sangat. Amat. Aku juga hairan
mengapa benciku itu begitu hitam,sehingga semuanya aku ‘ban’ kan. Mungkin aku
kecewa teramat. Dan aku tak dapat terima hakikat sebab aku tak expect begitu
cara dan jadinya. Tapi,bila aku terima fakta bahawa memang itu mahunya,aku mula
melepaskannya. Melepaskan amarah terbang perlahan meninggalkan relung relung
hitam kosong itu. Membiarkan ego terkubur tujuh kaki dalam tanah. Dan secara
langsungnya,semuanya aku terima dengan baik.
Terima mereka seadanya.
Jadi,buat yang terkena tempiasnya, aku mohon maaf. Aku tak
expect korang terima sebab memang aku salah. Dan aku tak expect korang membalas
dengan bunga selepas di baling belacan. Aku terima kesilapanku dengan tekad.
Dan koranglah silapku dulu. Pernah
sekali, I let my heart consume by hatred. Dan aku berharap untuk pulang ke
waktu lalu agar dapat aku perbaiki. Benar,too much hate consume you.
Aku ingat waktu itu, waktu kesedaran mula bertapak membina
tiang,aku cari Al-Quran. Aku buka surah Yusuf dan membacanya. Dalam hati aku
berdoa agar diberi kekuatan seperti Yusuf untuk memaafkan dia. Ya,dia tidak
pernah meminta. Bukan seperti aku yang berkali kali meminta. Tapi,aku tetap
acknowledge satu hari itu. Hari dia berusaha untuk meminta. Jadi,aku membaca
satu surah Yusuf untuk menjejaki Yusuf di hatiku. Kemudian,selepas tamat bacaanku, dengan lafaz Bismillah,aku bisikkan
pada hati,aku terima. Aku terima
segalanya. Sakit yang kurasa. Marah yang kutahan. Alasan yang kontang. Ego yang
melangit panjang. Aku terima. Dan serentak itu,dada ku rasa ringan. Rasa
senang. Dan aku pantas menconteng di inbox fb kepadanya. Kerana aku ingin
menjejaki Yusuf dalam diri. Dan aku tidak mahu benci ini bersarang lagi di
hati. Cukup. Cukup atas aku dan dia. Biar aku akhiri segalanya. Hidup satu kali
ini,aku ingin nikmati tanpa rasa benci lagi.
Ya.Yusuf
insprasiku. Abang-abangnya telah bertindak lagi zalim kerana cemburu. Abangnya
memisahkan dia dari Bunyamin dan ayahandanya,Nabi Yaakub. Tapi bila saat jodoh kembali
bertaut,dia masih dapat mengecam bahwa mereka itu abang abangnya walaupun abang
abangnya sudah tidak lagi mengenali dia. Dan saat abang abangnya meminta ampun
akan dosa perbuatan zalim mereka,Yusuf segera memaafkannya.Bahkan Yusuf berkata
: يغفرالله لكم Yusuf
mendoakan keampunan untuk mereka!. Jadi mengapa aku tidak boleh meniru Yusuf
sedangkan Yusuf lagi hebat cabarannya. Allah telah rakamkan kisah ini juga
dalam Al-Quran.
Dan aku teringat
lagi dalam kisah Yusuf, ada lagi satu roh yang Allah cintai. Nabi Yaakub. Yang
Allah uji dengan anak anaknya sendiri. Yang Allah pisahkan antara Yusuf yang
dia kasih,yang dia cinta bertahun lamanya. Tapi tetap,satu hari dia berkata : Wahai anak-anakku, pergi dan carilah
berita tentang Yusuf dan saudaranya dan
janganlah kamu berputus asa bantuan dari Allah. Tetap dia yakin Allah akan
lindung anaknya yang satu itu. Bahkan matanya hampir buta kerana menangis merindui
Yusuf. Tapi tetap dia menangis untuk anaknya itu. Dia,Yaakub. Tidak pernah
berputus asa dari rahmat Allah. Dia,Yaakub yakin pada Allah. Bahkan dia berkata
: Sesungguhnya tidak berputus asa dari bantuan
daripada Allah melainkan kaum yang kafir.
Pada waktu sempit,dia bersabar. Pada
waktu genting,harapannya tidak pudar. Doanya tidak putus. Tangannya ditadah
telus. Tiada goyah. Tiada patah.
Dan aku hairan akan kita, yang terkadang bila berbuat dosa,tidak mahu
mengaku. Enggan bertaubat. Dengan alasan,dosa aku terlampau banyak. Sedangkan
Allah telah memberitahu Allah itu Maha Pengampun,Maha Penyayang. Jadi,jawablah
nanti,sendiri. Siapa yang zalim kepada siapa. Siapa yang tidak mahu sebenarnya.
Moga kita tersedar sebelum izrail meragut.
Dan di akhir surah Yusuf ini Allah berfirman : Katakanlah(wahai Muhammad), Inilah jalanku,aku menjemput
kepada Allah dengan pandangan, aku dan orang-orang yang mengikuti aku dan yang Mulia
adalah Allah dan bukanlah aku dari orang-orang musyrikin.
Inilah jalanku. Jalan
yang aku pilih. Jalan yang kamu pilih. Berbeza jalannya mungkin. Namun
destinasinya sama. Jadi jangan kisah akan bunyi yang membising akan siapa dan
bagaiman kita. Ini jalan kita. Ini cara kita. Ini prinsip kita. Pertahankannya.
Bukan pertaruhkannya. Untuk apa kita berubah? Untuk menggembirakan orang? Hati
akan berpaling.Hati akan berbolak balik. Jadi,untuk apa pertaruhkan prinsip
pada manusia yang akan memandang satu kesilapan kita dalam ribuan kebaikan yang
terhulur. Siapa kita,janji Allah suka.
Akhir kata,jaga diri.
Jaga iman. Mungkin terlampau benar panjang. Dan terlampau lewat aku contengkan.
Namun,inilah apa termampu. Bayangkan kamu di tempat orang yang tidak memiliki
saat saat ini, saat untuk berlari di bumi Anbiya‘, saat untuk berjalan ditemani
malaikat di tanah berkat, apakah kamu akan mensia siakannya seperti mana yang
kamu lakukan sekarang? Syukurlah,kamu terpilih untuk hidup bersama sejarah.
Meski Mesir berdarah,namun hamasahnya abadi.Sejarahnya diketahui. Di situlah
kisah Musa dan Firaun. Kisah Harun dan Kaum. Kisah Yusuf bertahun tahun.
Kutip sejarahnya. Kutip
hamasah mereka. Kutip ilmu dan cahaya. Dan balik ke sini bersama permata. Kami
tidak mahu kaca. Kami ingin Islam bersama. Pergi dengan niat yang benar.
Mungkin menjadi seperti Ibn Sina. Mungkin Syafii yang kau contohi. Mungkin
pakar matematik seperti Al-Biruni. Ah. Siapapun. Siapa siapapun. Jadilah yang
berguna. Kerana sabda Nabi,mafhumnya: sebaik baik manusia adalah mereka yang
menberi manfaat.
Siiru alaa Barakatillah.
Natrukukum fii ri’ayatillah. :)
(Mungkin sang ayah
berkata: Anak,kau bawa namaku dihujung nama.Pergilah.Ayah hantar dengan
harapan.Ayah selalu kirimkan doa. Pulanglah dengan kejayaan. Yang dapat kami ‘bangga‘
di depan Tuhan nanti.)
(Mungkin sang emak
berkata: Anak,pergilah.Meski terpisah dari mata,biar Allah lah yang menjaga.
Meski jauh berbenua,sayang emak seluas langit membiru. Tegaplah berdiri untuk
berdikari. Kami lepaskan kamu pergi kerana kami percaya,kamu tidak akan
menghampakan kami.)
Comments
Post a Comment