Skip to main content

Khabarkan! Khabarkan Kepada Mereka!

Salamun ‘alaikum. Happy New Year Everyone! Oppps. We don’t celebrate Masihi year. We celebrate Hijri. That’s what Dr.Zakir Naik said.

Olraitlah. Bila masuk tahun baru,aku tertanya berapa ramai orang yang tertanya tanya: Apakah yang telah aku lakukan sepanjang tahun-tahun yang lepas? Yupp. Satu soalan yang mengebomkan hati kita dengan peluru berpandu nuklear,kan?Kita semua sepatutnya bertanyakan diri kita apakah sebenarnya yang telah berlaku sepanjang panjang tahun lepas.

Hidup ni kawan, bukan kita nak penuhkan dengan yang manis je, bukan nak isi dengan perkara indah je,tapi untuk kita isi dengan perkara kekal. Haa. Moh senarai perkara kekal. Duit? Sekejap lagi habis beli Burger Abang Bob. Kawan? Tersedak kangkung goreng belacan jap. Parents? Senyum. Betulke? Habis kes kes yang pelbagai yang berdendang saban hari tu apa? Jom Jom senarai. Amik kertas,isikan setiap baris. Berjela panjang kan? Satu kertas kajang depan belakang belah lapan pun tak abis lagi kan?

Jom pikiq guna semua benda yang Allah bagi. Akal. Hati. Iman. Kaki. Eeeh? Kita kasi tanya sama diri kita :Hidup aku ni sia-sia ke? Aku sia- sia kan hidup aku sendiri ke? Haa. Sape rasa nak telan kismis sebab tertelan cili giling?

Satu perkara yang biasa terjadi bila kita selak balik buku lama ialah kita akan menyesal. Which is bagus. Bila masih terasa menyesal,tanda kita masih ada hati dan perasaan. Tanda kita masih simpati dan kesian dengan diri kita sendiri.

Tapi yang jadi masalahnya,bila banyak sangat conteng poreng dalam buku tu,kita pandang masa depan semua hitam. Aiii. Mat Luthfi pon ada cakap, Kalau agama tak tawarkan harapan,ia bukan dari Tuhan. Tak percaya? Takleh nak buat pa dah cik oii. Mat Luthfi kuutt.

Aku sharelah ayat dari Tuhan.

[15:49]

“Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu tentang Aku. Akulah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang”

Ni ayat yang memberi harapan. Sebab kita masih ada peluang.

Siapapun kita di masa lalu, bukan define sapa kita pada masa depan.

Kita tahu,makin lama kita hidup,makin gemuk karung dosa yang kita pikul. Tapi ayat ni.. Kau tak rasa ke ayat ni sangat powerful. Ayat ni membolehkan kita melangkah tanpa terbeban.

Allah kata beritahu! Beritahu kepada mereka siapa Aku. Beritahu kepada mereka sifat Aku. Allah telah mewajibkan keatas ‘diriNya’rahmat. Semua tu Allah bagitahu dalam Al-Quran.

[14:52]

Aku tahu sebab aku pun pernah rasa. Rasa malu sampai dah taknak dah mintak ampun dosa. Mintak ampun buat balik. Mintak lagi. Buat lagi.Pastu bila sedar rasa malu,dah taknak mintak dah. Persoalan dia,kalau dah taknak mintak ampun sebab malu,nak mati dengan dosa tu ke? Abaikan pemikiran tu. Syaitan semua tu. Allah beritahu kita:Akulah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.

Tak cukup lagi ke untuk buat kita amik whudu dan solat sunat dua rakaat? Tak cukup lagi ke untuk  buat kita amik U-Turn betulkan jalan? Tak cukup lagi ke untuk buat kita rasa gagah tinggalkan semua benda benda tu? Tak cukup lagi ke untuk at least ketuk hati yang konon kita kata batu?

Cukup siih. Cukup… Kan? Cukupkan?

Sekarang 2014. Dulu kecik kecik aku rasa 2020 tu jauh sangat. Aku rasa tak mungkin jejak. Tak mungkin aku akan sampai tahun tu. 2020 pada waktu itu sangat jauh bagi aku. Tapi sekarang, menyaksikan sendiri bagaimana lajunya waktu berdetik meninggalkan 1995 di belakang, aku mula memberitahu diriku sendiri 2020 akan tiba tanpa kamu sedar 2021 bakal menjenguk pula.

Aku membesar dan mula matang. (Hei. Kawallah siket tersembur chipsmore tu.) Betullah. Aku berusaha nak jadi matang apa. Tapi melihat masa laluku,andai esok Izrail singgah, bekal apa aku bawa untuk jawab soalan Munkar-Nakir kalau buku tu kosong tak bertanda?

Aku sibuk corak hias buku hidup aku dengan pelbagai perkara yang tiada satu pun daripadanya boleh aku bawa bersama ke alam sana nanti. Hidup aku dalam diam sebenarnya cuma aku tuliskan dengan sia-sia. Tiada bahagia di akhirnya.

Allahu Rabbi.. T.T

(We are equal at birth but different upon the time of death)



Comments

Popular posts from this blog

Ask God Now

This thought hit me so hard that I just can't ignore it and start to write again in this blog. You know what, think of the time when you were in trouble. Think of the time when you were sick. Think of the time when nothing went fine. Think of the time when your chest felt as if it would burst any second at any time. And remember how many times you called God to fix the thing for you. Remember how many times you asked God to make the way easy for you. Remember the time you asked God to lend you the strength to walk through the rough and cold season. And how many times did God answer your call? Every time! Each and every time! Some in ways that you can see it with your naked eye and some in ways that you could only understand if you have patience hold inside your soul. See, we are the living proof that God answers every prayer. But there will come a time when our call, our prayers will be ignored. And that's when we know everything is too late. When is that? When we alre...

hamba yang bertaubat..

Pada pandangan anda, apakah agak-agaknya darjat tertinggi Allah terhadap hamba-hambaNya?Pasti kita tertanya-tanya sedangkan amatlah mudah jawapannya.Apa lagi kalau bukan darjat kecintaan daripada Allah,Tuhan Sekalian Alam.Kecintaan  daripada Allah itulah yang menjadi dambaan dan buruan para Aulia’ Allah dan Siddiqin (orang-orang yang berada di atas jalan yang benar) kerna mereka tahu dan mengerti bahawa kehidupan mereka di atas dunia ini hanyalah persinggahan semata-mata.Mengapa saya katakan dunia ini cumalah persinggahan? Rasulullah bersabda: Hiduplah di dunia seakan-akan engkau adalah seorang pengembara atau orang yang sedang menumpang lalu (Riwayat Bukhari)                 Dalam kehidupan ini,apa lagi yang kita inginkan selain daripada kecintaan Allah SWT?Tanyalah iman di dada masing-masing,apakah kita mahu diri ini menjadi hamba yang sentiasa dikasihi dan dicintai...

5 Masalah Lidah

Apabila kita lebih banyak bercakap daripada banyak mendengar, kadang-kadang kita berlebih-lebihan. Jadi, sebagai peringatan, hendaklah kita memelihara lidah kita daripada perkara-perkara yang dilarang. Kejahatan lidah ini ada lima. 1. Berdusta- Berhati-hatilah dalam bercakap dan janganlah sehingga kita berdusta sama ada tentang kita mahupun tentang perkara yang lain. Tetapi sabda Nabi SAW bermaksud: Bukanlah dianggap pendusta orang yang mendamaikan antara manusia. 2. Mengumpat- Nabi SAW pernah bertanya kepada sahabat Baginda: Mahukah kamu aku ceritakan kepada kamu orang yang muflis? Sebenar-benar muflis itu adalah orang yang membawa amalan, tetapi amalan itu dituntut oleh orang lain kerana dia mengambil nyawa orang lain, hak orang lain, maruah orang lain. Dan apabila habis amalannya, diambil pula dosa orang lain dan diberikan kepadanya. 3. Mengingkari Janji- Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia berdusta, apabila ...